.

.

Friday, October 2, 2020

. HikingTrip : Bukit Patoi, Brunei Darussalam .

My Hiking Diaryyy

Adui lama sungguh tak update trip hiking. Padahal aku aktif je hike. Tahun 2018 je aku rest sebab masalah kesihatan. Feb 2018 hingga Feb 2019. Lepas tu baru hike santai-santai. Ikutlah nasihat doktor tu sitii. Kalau tak, cari penyakit lagi la.

Actually, trip ni lama dah, 20 Ogos 2017. Peram lama sangat. Tak pastilah sibuk atau malas nak update. Mood hilang kali ahh. Ok, back to the story. 


kj

 Bukit ni terletak dalam Peradayan Forest Reserve. 2 km trekking dengan ketinggian 310m.

 

Bukit Patoi ni sebenarnya terletak di Temburong, Brunei. Daerah kecil Brunei. Dia macam ni, Lawas (Malaysia) - Temburong ( Brunei) - Limbang (Malaysia)- Brunei - Miri (Malaysia). Nampak?  Untung kan aku, selalu masuk Brunei. Hihi. Aku tak tahu pun tempat ni, aku tengok kawan aku pegi sini. Aku pun risik-risik la. Gamble je datang sini. Tak ada guide, tak ada orang jaga kat entrance. Kawan aku si Amir tu cakap, kena inform guide kot. Erk, kami redah je sebab sunyi yakmatt masa kami datang. 

j

 Amir bergambar dekat batu ni lah. Aku terus PM dia. Terus jatuh cinta kat Amir, ehhh dekat view sini. Hahaha. Tapi, masa kami datang tu, trailnya macam semak. Tak ada orang urus kali. Kami gamble je masuk dalam sana. Dengan tak ada line. Yelahh, masuk negara lain kot.

 
Lupa dah berapa minit kami mendaki. Sebab dah lama. 

 

 Inilah puncaknya. Memang tak gah macam bukit lain, tapi puas. Teroka negara orang. Hahah.



Dari puncak, kami nampak jalan yang kami limpas tadi. Lama juga lepak atas ni. Siap picnic k. Gigih.


So, next? Banyak lagi trip hiking aku. Pelan-pelan aku update okayy. Mostly dekat Sabah. Sebab Lawas, Sarawak ni sempadan Sabah. Setengah jam, dah sampai Sabah. Gituuu. Ok, till we meet again k guys.




Wednesday, July 1, 2020

. hotelreview : Hotel Sentral, Kuala Lumpur .



Ok, nextt hotel, Hotel Sentral Kuala Lumpur. Aku stay sini rasanya bulan Februari 2019. Aku dari Sabah, then stay KL dua hari baru balik Kelantan. Hotel ni selesa, cantik dan murahhh. Since kawan aku yang belanja hotel. Jadi aku tak tahu berapa rate hotel ni.


Aku just share gambar jela eh.



Reception


Lif dan ruang menunggu



Yang penting cermin dalam bilik ni besarrrrrrrrrrrrrrr



Bilik queen. Ada dua katil single.



Boleh minum kopi free okayyy. Hahahah




If you guys nak stay sini, sila lah booking thru booking.com atau agoda okayyyy




Hotel Sentral KL
No.30, Jalan Thambypillai, 
KL Train Station, Brickfields, 
50470 Kuala Lumpur, Malaysia



Saturday, June 27, 2020

. hotelreview : Hotel Seri Malaysia Lawas .


OK. Nexttttt. Kita nak share view bilik di Hotel Seri Malaysia Lawas, Sarawak. Aku sebenarnya bertugas di Lawas. Hotel ni sekangkang kera saja denga rumah sewa aku. Tapi, sekolah aku ada program murid tahun enam kat hotel ni selama dua hari. Sekolah pulak jauh di ulu, so guru besar booking bilik untuk kami.


Check in! Stay free, siapa taknak kann.


View dari tingkat dua. Depan tu Waterfront Lawas. Masa ni waterfront tak siap lagi. Tahun 2018 kot program ni. Punyalah lama peram kan.



Ada dua katil single. Harga dalam RM100lebih macam tu la.  Sekolah yang bayar so aku tak ambil tahu harga dia.


Confirm selesa korangggg. Hari kedua tu budak-budak balik dalam jam 10 pagi macam tu. Tapi guru-guru pengiring masuk bilik sambung tidur. Jam 12 baru check out. Hahaha. Rugiiiii kalau keluar awalll.






Breakfast free je. Aku makan. Lepas tu mandi kolam. Haruslah perut lapar lepas main air kan. So, kau boleh sambung breakfast. HAHAHA


Punyalah happy murid-murid aku. Dorang memang tak pernah mandi kolam. Maklumlah budak-budak ulu. Keluar ke bandar pun jarang sekali.


Hotel Seri Malaysia Lawas
Jalan Gaya, 98850 Lawas, Sarawak
085-283 200