.

.

Sunday, October 31, 2010

:: juara::


NEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)

KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)

KUALA LUMPUR – Kelantan muncul juara Piala Malaysia edisi kali ke-84 setelah mengalahkan juara musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan malam tadi membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang kali pertama dalam perebutan piala paling berprestij itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.

Beraksi dihadapan hampir 90,000 penonton, dengan didominasi sokongan penyokong setia Merah Putih, The Red Warriors jelas membuktikan mengapa mereka tidak boleh digelar sebagai kuasa baru dalam arena bola sepak tempatan apabila mempamerkan aksi kelas yang tersendiri biarpun ketinggalan satu gol pada separuh masa yang pertama.

Sementara kekalahan malam tadi memaksa barisan pemain Negeri Sembilan menelan kepahitan gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu apabila terpaksa merelakan piala tersebut untuk dibawa pulang ke bumi Negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kali.

Dua gol dalam tempoh lapan minit pada awal babak kedua menerusi jaringan Hairuddin Omar dan Muhd Badhri Radzi akhirnya menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala Malaysia edisi kali ke-84.

Seawal minit pertama, Kelantan terlebih dahulu menguji pintu gol Negeri Sembilan apabila sepakan percuma Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kanan penjuru pintu gol ditanduk tinggi oleh Mohd Rizal Fahmid Abd Rosid melepasi palang gol Negeri Sembilan.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan melakukan serangan balas menerusi lorongan bola Abdul Halim Zainal kepada rakan sepasukan namun Khairul Fahmi Che Mat bijak meluru keluar menyelamatkan situasi tersebut.

Pada m-7, Negeri Sembilan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila hantaran lintang S Kunalan disambut Idris Abdul Karim tetapi tampanan kurang kemasnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-14, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti setelah Khairul Fahmi menjatuhkan pemain Negeri Sembilan didalam kotak penalti dalam usahanya menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi. Penyerang, Shahurain Abu Samah yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi seterusnya menghasilkan gol pertama Negeri Sembilan.

Walaubagaimanapun, gol pendahuluan tersebut tidak mematahkan semangat pemain Kelantan. Pada m-29, Kelantan mempunyai peluang terbaik merapatkan jurang apabila Hairuddin Omar berjaya melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Mohd Sani Annuar Kamsani terlebih dahulu meluru keluar menyelamatkan bola.

Sebaliknya Negeri Sembilan lebih ghairah memburu jaringan apabila dilihat lebih banyak menjanakan corakan serangan melalui rangkaian penyerang muda, Shahurain Abu Samah dan Abdul Halim Zainal yang mendapat sokongan jentera tengah mereka.

Dua peluang terbaik Negeri Sembilan hadir pada m-30 dan 34 perlawanan menerusi percubaan jarak jauh Idris dan Kunalan yang menyaksikan ianya sekadar tersasar dan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan mempunyai tiga peluang terbaik merapatkan jurang menerusi percubaan Hairuddin, Indra Putra dan Mohd Norfarhan namun ketangkasan Mohd Sani Annuar menghampakan peluang tersebut.

Babak kedua, Kelantan seakan mendapat aura baru apabila menguasai hampir keseluruhan tempo permainan. Pada m-51, Hairuddin mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol menerusi tandukan tetapi sempat ditampan keluar oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan manakala rembatan susulan Muhd Badhri selepas itu sekadar melepasi palang.

Detik malang bagi Negeri Sembilan bermula enam minit kemudian. Bermula larian bola Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan pintu gol, beliau melakukan hantaran lintang kepada Hairuddin yang menanduk cantik ke penjuru sebelah kanan pintu gol menewaskan Mohd Sani Annuar.

Gol penyamaan tersebut ternyata membakar semangat juang pemain Kelantan sementara Negeri Sembilan terus tertekan selepas kehilangan bek kental mereka, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa diusung keluar selepas itu kerana mengalam kecederaan.

Pada m-62, Negeri Sembilan sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan kali ini melalui menerusi percubaan Shahurain yang merembat kencang tetapi diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-65, Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan sorakan 70,000 penyokong setia Kelantan apabila Muhd Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Kelalaian benteng pertahanan Negeri Sembilan sekali lagi terhukum apabila beliau yang menerima umpanan Mohd Norfarhan sebelum itu hanya memerlukan tiga langkah sahaja sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd Sani Annuar buat kali kedua.

Negeri Sembilan yang kian tertekan memasukkan penyerang muda, Mohd Shafik Abdul Rahman menggantikan Qhairil Anwar Roslani namun itu tidak cukup membantu mereka mencari gol penyamaan.

Dua percubaan terbaik mereka pada m-80 dan masa tambahan masing-masing menerusi Shahurain dan Idris menyaksikan Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penghalang buat mereka dalam usaha mencari gol penyamaan.

Sementara itu, sepakan percuma Indra Putra pada m-85 sekadar tersasar ke sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Tiupan wisel penamat pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang Piala Malaysia dan piala paling berprestij itu akan kekal disimpan di bumi negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.

Sementara itu, penjaring gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi, Hairuddin Omar diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha (S Chanturu).

FORMASI : 4-4-2

NEGERI SEMBILAN : Mohd Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (KP) (Mohd Firdaus Azizul), Mohd Shukor Adan, Tengku Qayyum Ubaidhillah Tengku Ahmad, Ching Hong Aik (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Qhairil Anwar Roslani (Mohd Shafik Abdul Rahman), S Kunalan, Idris Abdul Karim, Abdul Halim Zainal, dan Shahurain Abu Samah.
FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Negeri Sembilan (9) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Negeri Sembilan (3) Kelantan (4)
Sepakan sudut : Negeri Sembilan (2) Kelantan (11)
Sepakan percuma : Negeri Sembilan (17) Kelantan (18)
Offsaid : Negeri Sembilan (2) Kelantan (2)
Kekasaran : Negeri Sembilan (15) Kelantan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Mohd Shukor Adan, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Alif Samsudin) Kelantan (Mohd Shakir Shaari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Negeri Sembilan (45%) Kelantan (55%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Subkhiddin Mohd Salleh
Penolong Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Penolong Pengadil 2: Nojey Anak Nakeng
Pegawai Keempat : Mohd Nafeez Abd Wahab
Komisionel Perlawanan : Ismail Yacob
Penilai Pengadil : Ahmad Khalidi Suppian
General Kordinator : Ahmad Fuad Daud
Pegawai Media : Raja Azura Shamim


sumber :: kelate.net

:: Lautan merah’ penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong N9 ::


KUALA LUMPUR – ‘Lautan merah’ penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kehadiran penyokong ‘Hoben Jang Hoben’ hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.

‘Gelombang merah’ ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.

Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi ‘lautan merah’.

Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam.

Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben.

Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan.

Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan ‘gelombang Mexico’ atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong.


sumber :: kelantan.net

haih.ramainye rakyat kelantan neyh...majoriti.semangat biar lebih!..haha.hebat2!...=,=

:: semangat pemain julang THE RED WARRIORS ::



KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.

“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.

Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.

Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.

“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.


sumber :: kelantan.net


tak paham betul larh aku.sebab aidil keluar ke kelantan dapat sumbat gol?haisshh..tak kan aidil je yang terer main?bukan dia sorang yang kontrol bola.hebat sangat ke aidil sampai die tak de.n9 boleh kalah..adoyai...macam2...tak logik kot.ramai lagik pemain lain.huhu.kalah menang tu adat larh.....

:: hero-hero kami ::

Barisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha.


oh hero2 aku...cayalah korang!

Saturday, October 30, 2010

:: kelateku hebat ::



salam readers~

final piala malaysia?horeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!! tahniah negeriku!tahniah red warriors~tahniah pemain kelantan.tahniah kepada penyokong yang memenuhi stadium.penyokong yang setia supp0rt pasukan red warriors...tahniah! piala Malaysia milik kita!.....cayalah weh!..Kelantan cuti hari ni kot!..waahh...beraya larh orang2 Kelantan.sumpah aku rasa bangga gila.ok.aku memang kaki bola yang kaki bangku!..haha.aku suka tengok bola.dan aku memang fanatik bola.tambah2 lagi kalo negeri aku masuk final.konpem r tengok.konpem aku emo!..haha.sumpah best semalam.walaupun ketinggalan pada awal2 permainan.tapi..kami bangkit!..alahai..penalti kot!...haha.

berbaloi-baloi la aku korbankan masa study aku semalam.haha.ramai kot kat bilik tv semalam.rakyat2 kelantan semua.haha.penyokong n9?..ada la 2 3 orang.tu pon tengok kejap je.adoyai..tak semangat larhh korang.huhu.seyes best semalam.bising giler.tak hirau kami ni tengok kat hostel.tak hirau orang atas nak study.kami tak kisah!semangat tuhh bersorak..huhu.membe2 kat tingkat atas cakap.kuat giler dengar kami bersorak..haha.biasa r tuh.final tahun lepas pon same.siap gadoh2 lagik sebab Kelantan kalah dan ade larh sorang minah tuh dk kutuk2 kami.ape lagik.aku ngn membe2 panas rr..tahun neyh die datang kejap je.sebab pasukan yang dye sokong tuh da nak kalah mase dye turun...haha.taw pon.tahun lepas kaw2 ko kutuk Kelantan..amek kao!

tapi,alu respect larh pemain Kelantan.lepas habis main.terus angkat tangan berdoa n sujud syukur.bagus tol....=)

dari pemerhatian aku semalam.walaupun aku tak pergi kat stadium tuh.aku tengok.penyokong Kelantan mendominasi stadium.penuh dengan penyokong red warriors jep.pengulas pon cakap macam tu.dan ada jugak fakta yang cakap.penyokong Kelantan paling ramai tengok bola berbanding penyokong negeri lain.nahhh...itulah semangat negeri kami.then orang2 luar sesedap mulut je cakap.kami bersifat kenegerian.wehh....ape rakyat2 negeri lain tak bersifat kenegerian ke?salah ke kami bersatu macam tuh?mane nak dapat penyokong paling ramai macam kami?hah...mane nak dapat weiii?.....**emo neyh!jangan sesekali nak kutuk negeri aku.

haa..tengok neyh...merah menyala semua!....penuh stadium..penuh ngan red warriors je...mane kami tak bangga..mulut2 yang lancang sedap je cakap kami ni fanatik.itu lah.ini lah.huh!..emo aku neyh.bukan ape wei...janganlah kerana nila setitik.habis susu sebelanga.tak semua orang kelantan jahat.tak semua orang negeri lain baik.kita semua sama.penyokong negeri lain ada gak baling2 botol.ade gak bakar2 mercun..so?kenapa kesalahan kami je selalu korang nampak?

ape2 pon.jange pecoh sep kito!.,....pergilah mana2 pon.pasti ramai anak Kelantan.betul tak?



pic ni pulak.cuba tengok.nisbah penyokong Kelantan dan penyokong negeri lain?haha.terbaik larh red warriors~ mungkin ada yang menyampah dengan post aku.terlebih2 puji n sokong Kelantan an?arhhhh..peduli ape.ni blog aku.aku punye suka lah nak post ape.kebebasan bersuara ok!.......yang tak tahan.aku naik je bilik.bukak fesbuk.kt status update tuh..dari atas....aku scroll down sampai bawah..semua post pasal kemengangan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia..see?..kat FB pon ramai d red warriors..haha.cayalah!...agagga~

hmm.biarlah kami nak bangga pon.ok fine.kalau ada orang kata kami excited sebab 1st time menang.ok.fine!macam larhh negeri korang tak pernah rasa 1st time menang an?..alahai..ade yang kutuk aku tuh,negeri die tak pernah masuk final pon!..haha.pooo00dahhh!!!...dah dua kali berturut2 kot kami ke final.ke ade yang jeles sebab pasukan red warriors semakin meningkat naik.mencipta nama.semakin cemerlang sekarang?kami makin hebat?....huhu.ikut suka korang larh...semenangnya ramai yang tak senang dengan kami.tak senang dengan kemenangan kami.ade jugak yang tak suka kami.ok.fine.itu hal kamu.kami tak amek pot ok!..blah larhh weh!...

then, nak jadikan cerita,ade lah aku post pasal kelantan menang.tengah syok dk komen2..ade larhh.. 2 3 orang menyibokk..saje jep nak naikkan darah kami.ape lagik..kawan2 aku emo larhh...gado2 kot kat fesbuk tuh...bayangkan larh..sampai 111 komen!!!...heboh kot.orang yang tak pernah n jarang komen post aku..malam tadi..ringan tangan lak komen an...senior sem 6..sem 4...dak2 sem 2..semua ade.hot giler...status aku tuhh tak menimbulkan sifat kenegerian pon.post biasa2 jep.tapi komen2 dalam tuh yang hot.ade sorang membe laki aku neyh yang sememangnya bukan penyokong kelantan bikin hot..dan ade 2 orang lagik campur tangan.adoyai..mengamuk kawan aku ***.huhu.sampai membe laki yang sekelas ngan aku buzz kat chat.die kate ramai yang pegi bilik dia tanye ape yang terjadi.then **pakcik** msg aku.suruh kawan aku tuh cool down.dan **pakcik** cakap lagik.ramai larhh dak2 unit die yang baca post aku.waahh...hot!hot!..femes larhh aku pasni.haha.**mmg da femes kot!haha...

aku memang panas gak larhh an...aku memang tak leh orang sentuh2 pasal negeri aku.mudah panas wehh..tapi aku cepat2 cool.aku dan membe2 laki lain cuba coolkan keadaan.tapi,kawan aku tetap panas weh.mak aiii...neves aku.makin hot plak.da sedaya upaya aku tenangkan.tapi *** masih hot.aku paham larhh..die bengang.sekarang ni semua salah.semua betul...**errr...ape neyh?haha. ramai kot yang baca post tuh.hot giler.dan ramai gak yang tetibe request nk jadik fren aku.nak bace post tuh kot.semua dak kampus neyh..haha.hot2!...

aku dah mintak maap da.tapi kawan aku berdua neyh tak layan.alahai kawan..ape salahnya turunkan ego tuh sikit.tak salah pon.komen2 kat fesbuk je kot.jangan amik pot sangat.lame lagi kita nak nk sini..kan?kan?rilek..chill larhhh...malu pulak aku kat **pakcik**.dia sungguh2 msg aku.nasihat itu.nasihat ini.berjela-jela.huishhhh...aku tak emo lah.adoyai....hmm..aku tak kira,nak letak gak komen2 semalam.atas nasihat ADIB dan **pakcik**.aku delete je post tuh..huhu.tak nak aku!..huhu.

:: ni larhh post tuh ::

KiEra NAa ‎:: puah hati ambo!.....haha.tak sio2 turun tg0k bola!.....penyok0m2 p0m hebat! ADa Darwisyh Nur Azura Efa Ezetty Siti Hasanah Hassan Taubatnasuha Ampunkan Daku n saem2~ haha. kelate hebat!!

Top of Form

about an hour ago · Friends Only · Comment · LikeUnlike

ADa Darwisyh ahaha..puah at ak!!! klate terbaek!!

Nur Azura me2 puah ati ah...xsio2 nepik..hahaha

Efa Ezetty alhamdulillah.... ^_^

Long Haffiz Long Hassan kemah keming kelate..

Nur Azura bgus la siap sujud syukur lg...bgus sngt2...huhuhu

KiEra NAa taw xpo...
puah hati sorok kuak2!
yahooo!

ADa Darwisyh Alhamdulillah...letih sero tepik..ahahah..banggo ak!!

Siti Hasanah Hassan ALLAHUAKBAR... pedih tekok ak.. keno bli strepsile kito nieh...

KiEra NAa long hafiz >> kemah sep kito!!!..

ada n zura>> alhamdulillah~ kemah pemain klate..sujud syukur!..like3~

KiEra NAa anah >> haha.taw xpo.xsio2 larh nepik..

ADa Darwisyh long~ barakAllah..bese larr ore klate..

k.iti~ahahah..yu kte kuat glo sek neh tepik..gegar blok..

KiEra NAa taw xpo.syida pom kate kuat!semangat sep red warriors!

Rafael Abues aq mls ble dgr amar bangge jap g..

KiEra NAa haha.ko buat2 tdo la abu..kih3

Siti Hasanah Hassan ak x tau nk taip gapo.. betapa gumbiranya ak..

Nur Azura btol2...sngt puah r...alhamdulillah..xsio2 geng kg seneng ambo 2run stadium..hahaha

Efa Ezetty mantap r main....fuh...

KiEra NAa btol 2 sep kito..xtaw nk komen gapo.gumbira dooh lalu

Ieda Abdullah klate besttttttttttttttttt

KiEra NAa klate hebat!

Rafael Abues aq blah dlu r kak eti.. post ko ni.. ni bukan geng aq ni.. ni geng amar!

ADa Darwisyh ahahah..rugi x g male long...sdp ag tepik sno...

KiEra NAa aha..xpe abu.aku alu2kan jep..hehe

Ieda Abdullah nie jus sek klate....hahaha

Rafael Abues xphm korg sembang ape.. kne blah jgk..

KiEra NAa ida > xpo da.sek klate baik.sapo2 nk komen.buless..

abu >> haha.xpe...silakan dgn hormat..

Nur Azura hahaha..deba gak da kalu g..tkut jd prkara ngeri...hahaha...

Siti Hasanah Hassan dtg pon x dijemput abu ooiii.... agagagaga

KiEra NAa long >> nok gop raso g sano...sapa hati kekasih hati dop bw sayo g sano..huhu..

ADa Darwisyh ahahha..sek kto rmai long,,50000 tuuu..

KiEra NAa anah >> haha...like3~

KiEra NAa ‎2 hop d stadium..hop lua neyh blmbok lagi...ramainye rakyat kito..

ADa Darwisyh ahahha,,rkyt klate d mno2 juo..d uniberct blambok skali~

Nur Azura huhuhu..jolow doh da..kalu g msti pakat guard kto dih...xsio2 ah g rama2...hahaha

KiEra NAa btol 2 ada..sep2 kito d mana2.menunjukkan kito hebat!...

ADa Darwisyh yo dh longgg,,xpo2 taun dpn sek kto plop megey..kno g neh.,ya,sy mesti pilih!

Izzat Bin Roslan sivik itu sangat penting ,tahniah..
roy: sivik itu penting juga,serambi mekah kan..:)

Nur Azura hahaha..insha ALLAH da...walaupn rama ore pndng rndoh n xpuah ati nge kto...gno2 pom ak ttp sokong kelate kto...hahaha

KiEra NAa yeyeh!sep klate megey!

ijad >> roy mane lak neyh?mane ade azrol kt cni~

Izzat Bin Roslan azrol ad sblh aku...:)
best x baru menang sekali...:)

ADa Darwisyh yapppsss..wjb dh,,ank jati neh..wehh,,ad hok nk cari baloh 2,,

ADa Darwisyh ijat~ jgn bikin hot..at least menang,,jhor da brape kali msk final ea?

KiEra NAa ijat >> op kos.bermulanya kegemilangan kami.best sgt org2 luar kutuk2 kami an....

ada >> sapo nop cari baloh nga sep klate?acu royak..kito timbok rama2

KiEra NAa ada >> lek da...bia ah sep dyo nok kato gapo..kito senyap...takbir!

Izzat Bin Roslan ‎1 malaysia tapi anggap kitorang org luar..:)
manusia manusia...:)

Nur Azura me2 pom...
kpd yg nk mnghine or mngejek...cube celik dr anda yea...

ADa Darwisyh k.iti~ ahahha..kto x leh kto,,agk2 ar msk kndg ore op..

KiEra NAa ijat >> 1malaysia...tapi...pinggirkan kami...dunia.dunia.

long n ada..ado ore nok cr pasa.timbok weh hok atah neyh

KiEra NAa ada >> ado la sore tuh..masuk kande ore.nok wak panah.eii...gomo baru tau...

ADa Darwisyh ahahha..lek2,,kte tgk dluuu..agk lbh2,,kte v sedah~

KiEra NAa haha.sedah sore..sedak doh sero.

Zahid Musa tenang k..dh menang 2 tahniah...
papepun..sume orang moral kena jga..tak kire la negeri mna pun..menang ke kalah ke..

Izzat Bin Roslan komen pon leh bwat 'gomo2',xbest la cmni..:)
cikgu kan..macamaner melayu nk maju..
happy deepavali...
selamat ari raya,maaf zahir batin.

Izzat Bin Roslan moral = kesedaran sivik :)

Rafael Abues ehem2

ADa Darwisyh zahid~ memg tgh tng pown,,tp tbe nk bikin pns pehal..

Nur Azura ada n k.iti: xpow2...ak xkesoh pom nge ore g2..jnji kto mnang n banggo nge MB kelate hok bg sokongan hangat sokmo..banggo nge player kelate..menang sujud syukur terus...so,kpd yg nk mnghine...teruskan la kalo diri 2 hebat sngt!!!!!!!!! (ak sngt mnyampah dgn ore g2)

Sirshafiq MyLamoc ape daaa..ble mng gle bersorak..ble klh gle bakau sane sini

Zahid Musa buat pe nak panas nye..kan dah menang...

KiEra NAa wat eva lah.aku mintak maap kpd semua.
0-0 ok.
ak darah panas cket.sori la terkasar bahasa

abu >> ehem3...hehe

Sirshafiq MyLamoc bhse jwe bangse..

ADa Darwisyh x delarr,,kte sivik pnuh d dada..komen2 mmbngkitkan pehal,,,nk ktuk cri geng arr,,

Zahid Musa haha..
contohilah pemain2 klantan ye..mnang wat sjud syukur..
cuma sglintir2 pnyokong klantan ni..mngkin trlpas pndang or gagal kwal emosi..tapi 2 dlu kn..skang dah menang..masing2 dah hepi..so xyah panas2..

Nur Azura k.iti n ada: kto stop cni jea la...biarkn mereka...

Mohd Fahmi Yusof nie natang pa nie.....semangat lebey2..xphm2...

KiEra NAa sokong zahid!
jgn sebab nila setitik.habis susu sebelanga

sabar~
tp..sabar ada batas.

ADa Darwisyh x kre ngri mne pown,,asl sivik kureng,,hancusss..mcm ngeri len x penah blg mercun kn...yelarr,,nk wat mcm mne..ngeri len mne nk knl mercun2 neh..

KiEra NAa sabar jela micop...

Sirshafiq MyLamoc xtw r dak2 nie..bnde kck..lau diwg men xpe gk

KiEra NAa dah2 sapik..
rilek2,
mak aii.....
sabar.sabar.sabar.sabar.sabar dan sabarrr

Izzat Bin Roslan tu la..entah2 psl bola pon xtaw apa2...:D

ADa Darwisyh ahahah..komen ko terbaek shafiq..

KiEra NAa ai ijat..
jgn la bikin hot lagik
anak2 kelantan neyh darah panas...

Mohd Fahmi Yusof mmg la negeri lain pon baling mercun...xdinafikan...tapi menurut pemerhatian saya,,,,kelantan is the most greater state in throwing mercun....xtaw la btoi ka ayat nie....

Izzat Bin Roslan lor..xde niat nk bikin hot pon..
law xtaw psl bola,kite leh same2 belajar..
next sem unit aku belajar bola sepak,nnt tanye2 la mira k..:)

Sirshafiq MyLamoc da la tu..xde drh pns..sume same..lek suda..ijat lek jat..

KiEra NAa haha.terbaek la micop ayt ko.haha.perfect!

ADa Darwisyh ijat~ ahahha..ijat ney..memg taw..nakalllllllllll..i like~

Izzat Bin Roslan ada; i loike u too....................................gomo klate gomo..:D

KiEra NAa kawan2 ak nakal sume!

ADa Darwisyh let them be,loser!! wateva it takes,,we won tonite wif da great performance ever~ Alhamdulillah..

Sirshafiq MyLamoc ish3

Izzat Bin Roslan bi berterabur..
boleh perbaiki lg..
anyway,tahniah u alll..:D

ADa Darwisyh ko pehal ijat,,da2 lar..mcm ko pndai sgt kn...
pehal x ambk tesl dlu wehh?

KiEra NAa haha.,
ijat..ko ajr la ktorg BI.
kami dak BM..mane reti...haha

Rafael Abues da r.. huh bpeluh aq bace.. da sok2 time rehat blnje aq roti canai.. lapa..
thnx kak ct.. post ni.. dpt mengerat kn lg hubugan silaturahim kite.. jgn pndg negatif je.. myb gado2..
las2 kite baek2 kn.. so ni positive side die k..

KiEra NAa sokong abu!
hehe.
eyh..ke ko perli aku?

Izzat Bin Roslan hehehhee
jgn la marah2..
rilex sudeh..
apalah..
kwn2 nk berguraw pon xleh...

KiEra NAa kah3,
lek jat...ktorg xGOMO pon ko..hehe

Sirshafiq MyLamoc tah..lek r ahda eh slh ada

KiEra NAa sapik >> aHda da lame xwujud..kih3

Sirshafiq MyLamoc haha..lupe r

ADa Darwisyh x delar,,td kte byk sgt sivik...nk sound,sound dpn2..

KiEra NAa ish3..
pelupe tol atok neyh...

Izzat Bin Roslan kiera naa: law ko n ada nk gomo aku,aku rela..:DDDD

ADa Darwisyh x de bab ahda kt cney,,

Sirshafiq MyLamoc lalala~

KiEra NAa ijat >> eyh..nak ke?haha.xtakot kat aku?ak ganas..

sapik >> ko nyanyi xsedap larh sapik!ujan nnt!

Izzat Bin Roslan facebook, facebook la,apa la nk depan2 lak..
realiti n virtual bukan 1 bnde yg sama..:)

Sirshafiq MyLamoc haha..bg tng ket line kt cni

KiEra NAa hehe..,
ak da sedaya upaya bagi tenang,,
tapi ia tetap jua begitu..haha,
skema x ayt aku?

Izzat Bin Roslan kiera: xdehal kot..gnas2 br besh...miaw miaw...:D

Rafael Abues

ada : sawadikap kapkungkap.. wei ko lek r.. ijat da lek tu.. nk ke kne sound dpn2?
jgn goyang sgt..
aq da post baek2 ckp positif side sume.. ko post g2 lg..
nk tau.. aq dara pns gak..
kak ct pon da lek.. ko nk pns2 lg.. nk try dara org len pns... gak ke?

ADa Darwisyh memg lar x sme..sape kte sme..

ko pehal bu? ak x ckp gn ko pown..ko diam dh ar,,

KiEra NAa ijat >> meow!..awwwww..i loike!...ahaks~

abu>> lek r cyg..adusshh....cyg kamu semua!kak et syg kamu semua!syg sgt!...ahaks!....meow!

Rafael Abues woi ada.. pahal ko ni?

Sirshafiq MyLamoc weh dara ke darah..haha

Izzat Bin Roslan tah ada ni..
ko nk lebih2 sgt apahal?
rilex da la..
adohai...
sib bek aku ni penyabar..:)

KiEra NAa sayang abu..sayang ada..sayang ijat..
sayang semuanye..yeyey..
sayang..syaang..syang..

Rafael Abues kak ct : seb bek ko ade kak.. usha2 sket ada.. die cm pnas je..

KiEra NAa hehe.
kak et mmg baik.cun.hehe.

sapik >> darah la atok...hehe

Bottom of Form

huhu.
hope kami tak gado.aku da setel ngan ijat.die tak de pape pon.die ok jep ngan aku.tapi ngn *** aku tak tau larhh..yang pentim aku da mintak maap ngn semua orang.janganlah pasal benda ni kita nak gadoh2.masam2 muka.tak best larhh...
ada..zura..rilek k?..huhu.aku pulak yang rasa bersalah.sebab dorang gadoh kat wall aku!..huhu.
seyes aku tak sedap hati.aiyoo....aku takut.takut sangat orang mengata pasal aku.wehh..salah ke aku post macam tuh?...adoyai..lantak ahhh..da nak abes sem da pon.sem depan konpem orang dah tak ingat!..
tapi aku tak hot pon komen2 ni an?..huhu




Thursday, October 28, 2010

:: rintihan aku seorang anak Kelantan by NAIF MUSTAKIM ::



Dulu aku hanya budak hingusan..

Tidak ingin bicara ttg politik

Tidak ingin bicara tentang org dewasa

Tidak ingin amik tahu ttg pendidikan..

Ttg prasarana dan juga kemajuan..

Hari ini aku sudah terdidik

Sudah menjadi minda kelas pertama

Bukan lg golongan bawahan

Yang hanya mengikut kata

Mendengar cerita dusta dr kaca tv

Membaca berita-berita diskriminasi dari dada-dada media...

Dari dulu aku sering mendengarkan..

Persoalan demi persoalan..

Hinaan dan kutukan dari mulut2 mereka

Kenapa aku tidak menyambung pengajian dibumi sendiri

Bumi sendiri yang terlalu mundur

Kerajaan Kelantan yang jauh terkebelakang..

atau Kerajaan Kelantan yang miskin

Minda ini seakan sudah teracun

Dengan berita-berita dari media

Begitu hebat media mencanang berita

Sehingga mampu membuatkan Kelantan terus hina

Dimata masyarakat Malaysia

Mencari ilmu dinegeri orang

Dikata negeri sendiri tiada universiti

Mencari rezeki di negeri orang

Dikata negeri sendiri mundur

Malah aku berbangga dimana-mana

Ada saja org dari negeriku..

Dimana-mana IPTA

Penuh terisi rakyat Kelantan

Di syarikat-syarikat terisi juga Rakyat Kelantan...

Arghhh begitu ramaikah kami???

Sehingga media menindas kami sebegini??

Kami kah yang tiada semangat kesukanan??

Kerana mengisi setiap inci ruang stadium??

Kami kah yang tiada semangat kesukanan??

Kerana sentiasa bersemangat menyokong??

Kamikah negeri mundur??

Yang seringkali direbut saat pilihanraya??

Kamikah rakyat pemikiran kelas ke-3??

Kerana memilih pemerintahan islam??

Kamikah negeri yang bersifat kenegerian??

Hanya kerana kami bersatu??

Apa yang ingin dimaksudkan dengan 1Malaysia??

Bukankah inginkan bersatu padu??

Tidak malukah melaungkan 1Malaysia??

Andai tidak mampu menyatukan rakyat??

Media jalanan..

Mengatur wacana berita santapan rakyat

Namun kini semakin meracuni

Dengan fitnah duniawi

Kerana untung atau korapsi

Hingga hilang nilai-nilai

Manusia itu sendiri...

Inikah revolusi??

Pengubah paradigma arus duniawi??

Pencetus kebencian dalam diri??

atau sebuah diskriminasi??

atau sebuah suara majoriti??

Kami tetap kami..

Anak-anak Kelantan yg teguh berdiri

Kami akan tetap pertahankan..

Bumi Kelantan pendokong pemerintahan Islam..

Walau kami dibenci dan dicaci

Takkan kami berganjak walau seinci... 



::credit to my fren Toru Anaki::



Wednesday, October 27, 2010

:: Kelate.net, theredwarriors.com top laman web bola sepak di Malaysia ::

salam readers~

bangga sat jadik rakyat kelantan..err...bukan sat..tapi mmg bangga!..yarrhh!..im d red warriors..tak sabar nak tunggu Sabtu neyh.final piala MAlaysia!...gomo Kelate gomo!..ramai cakap kami fanatik.itu salah.,sebenarnya kami bersatu padu.semangat yang cukup kuat dalam diri kami sebagai ANAK KELANTAN telah disalah tafsir.apakah hanya kesalahan kami yang kamu semua nampak?kesalahan rakyat2 negeri lain kamu semua buat2 tak nampak.begitu juga FAM?yes..aku bukan tahu semua konflik2,apa yang terjadi dalam dunia bola sepak Malaysia.tapi aku ikut perkembangannya!..ak terkilan.rupanya pemikiran rakyat Malaysia masih di takuk lama.hmm..aku pon tak taw.hati manusia,siapa tahu?aku sungguh terkilan kami diperlakukan seperti ini.layakkah kamu semua menghina,mengutuk dan memperlekehkan kami?kami mundur?kami tak berkembang?atau kamu yang mengutuk kami tuh berfikiran sempit?

cuba kamu semua lihat.,di serata ceruk ada rakyat kami.waahh..ramainya anak Kelantan?cuba kamu lihat.dalam kabinet,tokoh2 falsafah.tokoh dalam bidang pendidikan.orang kenamaan.ramai juga dalam kalangan kami bukan?jadi..mundurkah kami?negeri kami miskin?oh yeaah?..dari mana sumber kamu dapat?kamu urus kewangan negeri kamikah?kami mundur kan.tak lah!kamu silap.tengok link neyh..siapa lebih maju? [kelantan.net].bukti kami pon maju larhh...dont judge a bo0k by its cover ok.ini fakta!

Trafik ranking (Alexa) laman web persatuan dan kelab penyokong bola sepak tempatan bagi kunjungan dari Malaysia (ranking global dalam kurungan):


1) Kelate.net 790 (332,187)
2) Theredwarriors.com 965 (281,828)
3) Harimaumalaya.com 3,124 (502,275)
4) FAM.org.my 4,197 (757,154)
5) Hijaukuning.com 5,283 (975,609)
6) Selangorfc.com 6,456 (1,742,851)
7) GanuSoccer.net 14,850 (1,718,000)
8 ) FASelangor.my 17,765 (2,731,910)
9) Tokgajah.com 28,342 (2,553,105)
10) Seladang.net – (3,740,625)
11) Yob4ever.com – (4,167,126)
12) n9futbol.com – (7,135,801)
13) Singautara.net – (7,152,509)
14) Jengking.com – (12,351,452)
15) Johorfc.com – (20,166,012)

**ni ranking.bukan bilangan pengunjung

**klik pada link utk view website**

kelate.net
theredwarriors

rakyat negeri kami ganas?tak sopan?urgghh..mcm lah kamu semua sopan+baik macam malaikat!kita semua manusia.kita sama.sedangkan Nabi pon lakukan kesalahan.inikan manusia yang bersifat lemah.janganlah kita mengata mengutuk orang kalau kita juga tak sempurna.sampai dalam paper pon nak sindir2 kami.ingat kami tak ade perasaan?maruah kami mane?kamu campak kat mane?


ak sangat kesal dengan apa yang berlaku.sangat terkilan.dimanakah slogan 1Malaysia?mana?mana?kadang2 pengulas sukan juga berat sebelah.media apatah lagi.dan lagi.kes kematian penyokong Kelantam dibelasah penyokong Selangor.senyap macam tu je.yang di war-warkan hanya kes kematian penyokong Kelantan yang sesak nafas.yang kena belasah tu senyap je an?bagus.bagus sangat!dan,ada seorang pemilik akaun Facebook.aku lupa nama dia.dia mengaku dia belasah salah seorang penyokong Kelantan,dan dia maki2 lagi dengan gembiranya atas kematian penyokong negeri kami tu.tapi...perkara tu senyap je.tak de heboh pon.owwhh...baik sangatlah penyokong negeri lain?hhmm...baguslah kamu semua.ye..kami je yang buruk.kamu semua baik! dan lagik FAM yang butakan mata.pekakkan telinga atas kes Khairul Anuar Baharom yang menanduk Haris Safwan ala2 Zidane,**klik sebelah utk tgok video tuh** kes baling batu di Stadium Kangar tanpa sebarang hukuman. aish..kalau lah kami yang buat semua tu.da tentu heboh 1 Malaysia kan?haha.itu sudah pasti!


ye.aku bukan terer sangat nak bercakap pasal benda2 neyh.tapi aku hanya m enulis.meluahkan rasa hati aku.rasa tak puas hati aku.ape yang aku tahu.segala kekasaran bahasa.khilaf yang aku lakukan.harap maaf.tapi, tak semua rakyat kami jahat dan tak semua rakyat negeri lain baik.semua sama.jangan banding bezakan.semuanya sama disisi Allah.

haih.dah lari tajuk neyh..haha