Alkisahnya semalam. Petang, ada aktiviti kokurikulum kat sekolah. Aku uruskan budak2 bola jaringg. Tapi, padang tak boleh guna sebab line padang tak siap lagi. So, aku lepak jela dengan budak-budak kat depan padang. Budak-budak, macam-macam la cerita dorang. Semua benda nak tanya. Siap tanya artis kesukaan bagai kauu. Amar Asyraf pon dorang kenal. Kelas kau budak-budak sekarang.
Mula dengan gosip artis, lepas tu gosip pasal cikgu pulak. Heiii. Budak-budak ni la. Macam-macam di tanya. At last, aku cakap, aku tak hade pakwe, tolong cari untuk cikgu. Ngehngeh. Mana la tahu, bebudak ni ada abang ke kan. Nak jugak cikgu jadi kak ipar korang. HAHA
Lepas tu dorang tanya, aku suka sape, cikgu Faiq ke, cikgu Ali ke. HAHA. Apebenda ntah budak ni. Pakwe orang la woii. HAHA. Aku jawab, cikgu suka Harith, anak cikgu Dasuki tu. Harith tu darjah 6. Sesaje je aku cakap, sebab aku syak, budak tu mesti hensem bila dah besar. Sesaje je ok. Bukan aku nak angkat budak tu jadi anak ikan. HAHA.
Lepas tu dorang cakap, Harith dah ada makwe. Aku buat-buat la frust. Then ada sorang budak tu cakap,
' cikgu, cikgu amek la ayah harith. ' sambil tangan tunjuk kat belakang aku. Elok je aku pandang, aku tengok cikgu tu berjalan ke arah kami. Errrr. Malu aku malu. Mesti dia dengar. Pasti! Pasti! Suara budak-budak mana reti nak slow. Bergegar seluruh bangunan sekolah. Hoiiii. Rasa macam nak letak muka dalam baju je. Tebal 20 inci kot muka aku time tu.
Lepas tu aku tak tahu nak react macam mana. Cikgu tu dah tersengih dah. Aku senyum je la kat cikgu tu. Dia paham kot. Budak-budak kan. Heiiii, budak budak ni memang sengal tahap kronik! Cikgu tu dah ada anak bini hoii. Ingat senang ke nak amek laki oranggg. HAHA.
gua malu. gua malu.