.

.

Tuesday, December 24, 2013

. masanya bila tiba? .


Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Dia tahu apa yang kita perlu instead of apa yang kita mahu. Ya kan?

Alhamdulillah. Tak sangka sebenarnya aku dah capai tahap macam ni. Dah habis belajar. Baru je rasa macam lepas minggu pelajar baru. Pakai tudung batik biruu. Ahahaha. Baru je rasa masuk foundation setahun setengah.


Rasanya baru semalam kita enjoy enjoy time PBS. Praktikummm. BIG. 

Kuliah sane. Kuliah sini. Lawatan penanda aras. Sukan. Berliburrrr. Kejap je rase kan.

 Kelip

Kelip

Kelip

Dah semester 8.

Pembentangan Kajian Tindakan.
Jilid Kajian Tindakan
Jamuan. 
Exam
Dinner
 



Tamat Belajarrrr!


Dua minggu kemudian.....

Tetiba dipanggil temuduga. Mak aiii. Terkejut dennn. Sumpah terkejutt. Ketaq lutut bag hangg. Blurrr. Dah tak tak ready satu benda, maksud aku, tak bace ape-ape. Buku panduan IV pon tak hadeee. Cuma sijil sjil jelah yang memang awal awal aku dah sediaakann. Sebelum exam lagii. Huu. Blurr wehh.

Dapat tahu Khamis. Rabu depan IV. Acanerrr tu. Even tahu nak IV, sempat lagik aku berjimbaaa haaa. Malam sebelum iv baru lah aku bertungkus lumus studyy dengan Zura, Ifa and Ada. Haaa gituuu. Sia sia je nebes, study tak jugakkk.

Untunggnya aku and the geng, nama kitaorang palinggg atas. Jadi, kami kumpulan pertama. Pukul 8 dah tercongok dalam bilik IV. Haaa. Kau rasaa? Macam-macam rasa ada. Nasib baik iv dengan budak budak kelas. Kira pembakar semangat. Alhamdulillah. Selesai jugak iv.




Now, aku tengok dah ada kawan kawan yang dapat surat lantikan dari SPP. Cuma tempat posting belum ditentukan KPM. Serius nevess. Macam mana kalau tak lulus iv? Kene iv sekali lagiii. Huwaaa. Kena tunggu 6 bulan lagii. 6 bulan weh. Apa aku nak buattt? T____T


Monday, December 23, 2013

. hargai dia yang berada di depan mata -.- .



Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada gurunya. 
Ketika itu guru tersebut sdg mengajar mengenai kasih sayang.


P: " cikgu,mcm mana kita nak pilih seseorang yg terbaik sebagai orang yg paling kita sayang? Mcm mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

C :" Ok,kamu ikut apa yg saya suruh.Kamu pergi ke padang,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu.Pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg walau sekali.Dah petik rumput yg PALING cantik,bawa ke kelas." 

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada rumput pun ditangannya.Cikgu bertanya,kenapa tiada rumput yg dipilih.
 
P:"tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yg paling cantik.Mmg ada banyak yg cntik,tp cikgu kata petik yg paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari tanpa menoleh ke belakang lg.Tp sampai dipenghujung padang,saya tak jumpa pn yg paling cantik. Mungkin ada diantara yg dibelakang sy td rmput yg paling cantik tp dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jd tiadalah rumput yg saya boleh petik."


C : "ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang,jangalah kita mencari lg yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yg berada didepan kita sebaik2nya. Jgn kita menoleh ke belakang lg kerana yg berlaku tetap dh berlaku. Smoga yg berlalu tdk berulang lg. Dan ingatlah orang yg paling kita sayang itulah yg paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkn banyak lg yg cantik dan baik seperti rumput tadi...
̣ 



Love is a serious mental illness


Friday, December 13, 2013

. ponin den. kau hado? .



Pepatah ada mengatakan,

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Macam mana ntah aku nak hurai mende tu eh. Bila pikir-pikir balik, macam tak kena pulak pepatah tu.

Haaa. Kalau lagu Ukays, ' Disini Menunggu Disana Menanti' tu sesuai sangat  la kot.


Macam mana kalau macam ni,

Kau berkawan rapat dengan someone. Bukan sehari dua, tapi sepuluh tahun since kau sekolah menengah. Kau memang rapat kaw kaw lah dengan lelaki tu. BFF katanya. Bespreng poreber. Apebenda pasal kau yang dia tak tahu, semua dia tahu. Apebenda rahsia dia yang kau tak tahu, semua dia story kat kauu. Macam tu punya rapattt.


Tetiba pulak, kau tahu dia memang berperasaan cinta kat kauuu. OK. Fullstop.

Satu lagi, teman tapii mesra kau. Kau tak kapel dengan dia, tapi kau macam... ala, TTM. Haaa.

Mana kau pilih. Hehhh. Aku malas la nak fikir weh. Lagi aku fikir, lagi aku pening. Better aku ignore dedua.
Adil. Kawan sampai matiiii. Tak gituuu.