.

.

Sunday, August 31, 2014

. Xplore Borneo : Sipitang .





Ehemmm. Rasa nak up story. Rajin tetibe. :P

Rasanya sejak aku posting Sarawak ni, semua cerita aku pasal Borneo je kan? HAHA. Tak kenal maka tak cinta orang kata.

Tempat pertama aku pergi selain round kawasan Lawas ialah Sipitang.







Jangan tak tahu Sipitang ni daerah dalam negeri Sabah. Sempadan dengan negeri Sarawak iaitu Lawas. Bandar Sipitang ni tepi laut. Siap ada jeti lagi. And femes dengan sate Sipitang. Berderet kedai sate je dekat Waterfront Sipitang ni. So kalau sesiapa duduk Lawas, tak datang Sipitang memang tak sah la.





Dah banyak kali la jugak aku datang sini. Datang just nak makan. Singgah time otw nak pegi KK pun pernah. Makna kata, Sipitang ni tempat biasa nak lepak la. Tak jauh sangat and makanan boleh tahan. .





Yang paling best kat Sipitang korang boleh tengok sunset yang superb! Serius ohsem. Weekend lepas, aku tengok kat Tanjung Lipat, KK. Tapi tak se ohsem kat Sipitang sebab at last matahari terlindung dengan bukit.



Haaa. Korang nampak kat belakang tu? Tu tempat lepak, siap ada plug lagi if korang nak lepas situ, bukak lappy and online kat situ. Memang ramai la lepak sana. Yang ngedate pon ramai meh. One day kena la bawak laki aku datang sini. Muahahaha




Sini pulak jeti untuk nelayan. Tempat dorang turunkan hasil laut. ;')


okeh. sekian saja lah untuk kali ini. till meet again. have a nice day ahead uols.





Happiness only real when shared. :')

Wednesday, August 27, 2014

. Xplore Borneo: Bandar Lawas, Sarawak .



Sudah terlambat rasanya aku nak cerita pasal bandar tempat aku menetap sekarang atau lebih sesuai aku panggil pekan. Oh. Punyalah lama tak up story, lepas tu bila mula gila blogging, up story yang latest dulu. Pasal PEKAN LAWAS aku tak describe banyak pon kan. Hehe.


Kalau korang tengok dalam peta Malaysia, Lawas ni kat hujung Sarawak, sempadan Sabah. Sempadan juga dengan negara Brunei. Haaa. Sebab tu aku rilek je pegi Brunei. Bhaaa. Seronok kan? No wonder la time mula mula aku sampai sini, orang orang sini slank dia lain bah. Melayu Brunei + Sabah baaaah. Tak de la kamek kitak semua tu. lagipun bandar Lawas ni ramai Cina. Nak cari tempat makan yang halal ada beberapa tempat je.

Syukur aku dapat mengajar kat sekolah area pekan. Nak apa apa senang. Lepas balik sekolah, jalan kaki je ke pekan. Balik rumah pon boleh jalan kaki. Tak jauh dan tak dekat. Ok ok bhaaa. Rumah sewa pulak superb best! Dua tingkat, fully furnished, 5 bilik, 2 bilik air = RM 900. Ok sangat dah. Share pulak dengan 4 orang lagiii. Murah sangat dah weiii. Alhamdulillah.



Hausmates sengal. Mula mula kami dapat sewa kereta kancil. Sumbat la 6 orang. Macam sardin kot. Tapi layann. HAHA



Kat sini la aku mantapkan skill drive kereta manual selain aku menjahanamkan kereta Apis kat kampung nuuu. Haha. Boleh dah la bawak manual tanpa ragu-ragu sekarang. Prektis makes perfek. HAHAHA



Pekan Lawas ni letaknya tepi sungai. Seberang sungai sana ada perkampungan Melayu dan ada la tempat makan. Yang menariknya, bot untuk ke kedai seberang sana free of charge! Tapi for those yang nak pegi makan kedai sana jela. Kalau nak pegi round kampung seberang sana, memang kau bayar sendiri lah derr! HAHA



Kami dengan muka tak malu siap bergambar lagik kat tepi sungai ni. Then, kami siap sewa bot, roung sungai lawas. Pft! Kalau ingat balik. Oh my! Jakunnnesss nya weols. Hehe. tapi nak buat macam mana, first time kan. Macam rusa masuk kampung pon ada.



For those yang pernah pergi Kuala Lipis, Pahang. Haaa. Lebih kurang macam tu la keadaan dia. Ada KFC je kat sini. KFC pulak dekat trafik light. Sebijik Lipis! Oh, I mss Lipis damn much. Even bandar kecik, tapi dekat dengan rumah. 4 hours only! Emmm,  Bank ada banyak, no worries.. Tapiiii, pekan Lawas ni lepas isyak dah sunyi kot. Lipis macam ok sikit. Dan yang sadissss, kalau weekend, memang sunyiii lah. Lagi lagi kalau kau round malam minggu, kau boleh berjoget atas jalan raya. Boleh langgor je lampu merah tanpa was was. T_T





Orang orang kat sini pulak peramah and baik baik ajaa even Chinese and Lun Bawang pon memang baik. Kawasan perumahan aku tu kawasan orang Melayu. Depan rumah ada makcik jual lauk pauk lagi. Haaa. Memang seronok la. Selesa sangat dah.




First time naik bot. Macam jakunnnesss. HAHA



Haaa. Yang ni paaaaalingg aku teruja. Lumba perahu tapi kayuh pakai tangan. Perghhhh. Lenguh tuuu. Kami kagummmm gila kot tengok. Wah Wahh. Kuat ek dorang nih.


Haa. Satu lagi aku nak share dengan korang. PASAR. Kat sini ada pasar jugak. Of kosss lah hade oii. HAHA. Tapiiii, ada saaaatuuuuuuuuu lagi pasar yang special punyaaa. Emmm. Emmm. Tapi aku tak pernah nampak pulak pasar ni bukak and ada orang kelaur masuk pasar tu. After few months kat sini, last week ( 23 Ogos). Aku ngan kawan aku keluar pagi2 lagi sebab kami nak ke Sipitang. Then lalu la area pasar tuu. Nahhh. Amek ko. Aktiviti jual beli 'benda' tu. Ooooooo. Betul la hausmate aku cakap, dorang bukak pagi2 je. Huhh. Nak tau pasar apa? Tengok gambar bawah!



Ok. Sampai sini saja! Hahaha.


Have a nice day ahead uols!


Happiness only real when shared ;')

Sunday, August 24, 2014

. Xplore Borneo : unplanned trip with kesayangans .


Fuhh. Weekend yang awesome lah this week! Unplanned! Yehuuu. Happy me. Sapa kata duduk borneo tak happy meh. Happy dapat jenjalan. Lol!


Actually, aku dan Yu dah plan nak lunch and kekonon mini reunion dengan klasmates kami yang posting Tenom, Din & Ainul.. Kami just nak jumpa dekat Sipitang. Kira tengahtengah antara Lawas dengan Tenom. Lebih kurang pukul 1 kami jumpa. Pung pang pung pang. Melahap 60 cucuk sate. Biasa la kan, lama tak jumpa, banyak la modal nak sembang.

Tiba tiba Din cakap, " weh, jom g KK. Makan seafood, tengok sunset, lepas tu balik ah.."

Aku ngan Yu pandang sama sendiri. Haha. Kami suka unplanned trip macam ni. So, kami cakap, tak kesah, jom jela. Nak tido sana pon ok je. Tapi Din as our Abang Long decide balik malam je. No hal. lagipun otw balik nanti konvoi dengan dorang sampai Sipitang. Then baru berpecah. Sipitang ke Lawas setengah jam je pon. So, lepas kenyang lahap sate, kami singgah masjid solat siap-siap then terus drift ke KK.





Ok, sebelum tu, Din ada cadangkan pegi Labuan. Naik feri kat Menumbok, dekat jela dengan Sipitang tu. Naik feri ke Labuan just 5 minit je. Tapi memandangkan feri ke balikke Menumbok last pukul 4 petang. So, mana la sempattt kan. Emmmkayy, KK je la uols!

Kami naik kereta asing asing sebab dari tempat lain lain kan. Dahtu, otw balik nanti, Din nak amek jalan lain balik ke Tenom. So, pegi asing la senang. Konvoi la kamiii.



Sampai ke KK, kami decide nak makan kat Tanjung Lipat, Likas sambil tengok sunset. asalnya nak ke Tanjung Aru, tapi tukar plan. heheh. Tanjung Aru, lain kali ya! Aku bawak hausmates nanti. :D


Lain feeling dia bila kau dapat jumpa kawan kawan yang kau sayang di tempat orangg ni. Serius. Mendalam rasa dia. Tak sangka kami masih boleh berjumpa di sini. Tak sangka akan berjumpa dengan mereka lagi.




Lepas makan and singgah masjid bandaraya untuk solat. Kami konvoi sampai la Papar then masing masing bawa haluan sendiri. Hukk. Sedihnyaaaa, bila la boleh jumpa korang lagi ek. InsyaAllah one day, kita cuti cuti sesama. :')



Lebih kurang pukul 8.35 kami bertolak dari KK. Sampai imigresen Sindumin dekat Sipitang pukul 11 kot. You know whattt. Imigresen dah tutup. AKu tahu imigresen tu tutup pukul 10. Tapi tak sangka la pagar pon tutup jugak uols! 2 3 kali jugak kami pusing pusing roundbout Sindumin tu. Blurrr nak buat ape. Sebab pagar nak masuk imigresen which is laluan nak masuk Sarawak tu tutup. Bagi yang tak tahu, kami, orang semenanjung yang nak ke Sabah, kena limpas imigresen and cap paspot dulu. Bila balik, kena cap lagi untuk masuk Sarawak. Antara negeri pon kena cap paspot hokeyyy. I donno why. Uols kena tanya kerajaan. haha.

Then, aku nampak ada rela naik motor masuk imigresen. Aku dengar depa dok borak. Terus park kereta tepi jalan and masuk tanya, boleh tak kami nak lalu situ. Rupanyaaa bolehh. Bukak je pagar tu sendiri. Tapi dalam masa 30 hari kami kena cap paspot kami tanda kami dah keluar Sabah. Fuhhh, legaaa!

Dah sampai Sindumin, lega laaa. Slow je bawak balik Lawas. Pukul 11.30 jugak sampai rumah. Kat semenanjung, macam pukul 1 pagi dah laaa.

Ops. Lupa nak cakap. Tq Din & Ainul, belanja sate, steamboat, udang butter ngan sotong celup tepungg. Next time uols datang Lawas, kamek belanja kitak makan. :D

Ape ape pon, serius ohsem la trip semalam. Heeee. Tq guys! Lebiuuu!


Happiness only real when shared


Thursday, August 21, 2014

. Xplore Borneo : pantai punang .



Up story sikit. Cerita basi. Tapi aku nak jugak tepek sini. Buat kenangan untuk anak cucu nanti. Hehe.

Pantai Punang. Tempat pertama kami explore. Time ni kami baru je dapat sewa kereta untuk sebulan. Wahhh, kemain la ke sana ke sini sampai kene saman AES. Muahahhaa.

First check point kami, Pantai Punang. Tak jauh pon, dalam 15-25 minit from Lawas. Lebih tepat lagi dari rumah kami. ON da spot je semua niiii. Unplanned! Pagi Sabtu, kami ke tamu. Tamu ni kalau kat semenanjung pasar tani la. Haaa. Kami pon beli la kuih muih sikit. Pepagi lagi dah tercongok kat tamu. Then, hausmate aku cakap, jom weh g survey Pantai Punang. Pegi brekfes kat saneee.

Hape lagiii, berdesuppp ke sana. Dengan tak mandi nyeeee. Punyalah tak senonoh anak daraaa. Dah la mini cooper kancil tu kami sumbat enam orang. Hewhewwwww. Sampai je kat situuu. Waaaaaaa. CUn gila tempat tu. Macam dalam drama-drama melayu tuuu. Konon kekasih merajuk bawak diri sampai hujung pantai. Hahaha. Over pulak. :D



Haaa. Nak sampai kat hujung nii, punya lah jauh. Pondok ni jauhh ke tengah laut sebab sini kawasan air surut. So, ni macam tempat bot berhenti la waktu air surut laaa. Hausmate aku pulak ada yang takut nak jalan atas ni, merangkakkk la depa. Aku tukang gelak je la. Nasib la aku bukan jeni fobia air or gayat. Heee.





Haaa. Betul tak aku cakap. Jauhhhh giler. Tempat kami groupfie ni dah suku dah kami jalan. Phewww. Peluh jugak la. Dengan kayu nya ada yang rapuh. Kriukk kriukkkk bunyik. Mana la bebudak ni tak kecut perutttt.




Ok. Selesai sesi 'suvey' di waktu pagi. Petanggg tu kami pergi lagi sekali dengan niat nak photoshoot. Hahaha! Pakai lelawo posing depan fon. Ape kejadahnya ni semuaaaa! Haha. Serius aku tak sangka akan jumpa geng yang satu kepala. Perangai tak semengah semuaaa. Hihi.



Groupfie sesi petangg. 






Serius cun sangat tempat ni. Kalau la photoshoot kawen kat sini, memang puas hatiiii oiiii. Adoii, ni rasa nak kidnap cikgu cikgu bujanggg dari semenanjung kat sini nak buat lakiii niiii. Hahahhaa. *overrrrrrrrr naaaaa*





The Hausmatessss. from left, Lina, Aina, Wahid, Yu, Atifah


Kita buddies. Takkan terpisah. Susah bersama. Menangis ketawa bersama. Jatuh bangun bersama. ;')





Subhanallah. Betulkan aku cakap? Cantiknya ciptaan Allah. Tiada tandingan. Allahuakbar!




Happiness only real when shared. :')