.

.

Wednesday, October 29, 2014

. Tips Sihat: Petua melangsingkan badan, membuang lemak dan menurunkan berat badan .



Bismillah...

Hari ni rasa nak berkongsi pulak amalan aku untuk turunkan berat badan dan nak kekal langsing. Selain senaman dan kurangkan makan. Aku cuba something new for me but benda ni sebenarnya dah lama.Amalan minum air asam jawa. :)))

Selalunya asam jawa ni guna dalam masakan saje kan, then asam jawa yang muda tu, kalau cicah dengan gula or kicap pedas,, memang kawwww lah rasanya. aku ni is peminat tegarrr asam asam nih. Asam jawa muda antara fevret jugaklah. but now, aku try guna asam jawa untuk kesihatan.

Air asam jawa ni boleh jadikan sebagai minuman harian. Alahhh, macam orang sekarang nii, minum suplimen macam macam kan. Aku bukan tak percayaaaa, tapi takottttt. T_T

Ok, caranya,

1. ambil sebuku asam jawa or kuantiti kau rasa sesuai
2. ramas dan letakkan air sebanyak satu gelas.
3. simpan dalam peti ais kejap, kasi sejuk.
4. minum selepas lunch or dinner.

in case, kau tak suka yang sejuk, boleh buat yang suam. no worries! ;')))

Memang kesan dia cepatlah. Errr, maksud aku bukan kau minum, esoknya kau terus langsing macam Nora Danish. tak hokehhh. melampau nauuu laaa. Maksud aku, kesan nak berakkkk! Kahkahkahhhhh!!

Aku minum setengah jam selepas lunch sebab aku jenis tak makan malam. Lebih kurang sejam++, perut mula meragam. Fuhhh, 2 3 kali jugak la ke tandas. Tapi i likeeee! Lega rasa. Hahaha. Aku ni jenis perut keball, kau makan la masam ke, pedas ke, memang tak hade nye nak sakit perut. Tapi bila minum air asam jawa, memang thorrrrrbaikkk! Heeee. So, jom amalkan. Murah dan berkesan. :'))))

Tapi, kau kena pastikan kau memang tak de kerja or tak masuk kerja la lepas lunch and lepas kau minum air asam nih. Bimbang pulak akuu, kang korang asyik pegi toilet, tak jadi keje pulak kangggg. Aku pon minum if petang tu aku tak ada aktiviti petang kat sekolah. :')

Selamat mencuba!




 i'll work for what i want


Sunday, October 12, 2014

. banyak jenis manusia .


mood melalut datang sudah.

macam tengah emosi je mektii. tapi aku taip ni dalam keadaan terkawal okayyy.

so, manusia. banyak jenis banyak ragam dan banyak kerenah. penat kadang kadang layan manusia ni.

ada jenis, sukaaaaaaa sangat cari salah orang lain. sedangkan salah sendiri besauuuu gajah pon tak nampak. asyik nak kondem orang saje. sendiri salah kau tak sedorrr. punaya punya manusia.

ada jugak jenis sukaaaaaa nasihat orang. ok, bagusss sebenarnya dorang ni. nasihat menasihati. tapiiii kekadang dia punya nasihat dan kekerapan menegur tu buat kau annoyinggg. eh, macam aku ni anak kau. macam aku ni teruk yang teramat, apa kau ingat kau bagus la eh. tengok jugak diri sendiri. jangan nasihat tapi kau pun buat jugak benda tu.

ada jugak yang selalu komplen, ' aku tak suka orang macam ni macam tu and so on'
ok. memang adat manusia la, masing masing aa benda yang tak suka. tapiii, reflek diri kau, apa benda yang kau buat yang orang tak suka. mestiiii ada la peranghai tak semengah kau yang aku pon meluat nengok.

contoh aeee, kau tak suka orang tetiba moody or tak bercakap. konon mogok or mood swing or kau ada terkasar bahasa sikit dengan dia. then kau terus claim orang tu perangai tak semengah. heyyyy, cuba kau tengok pulak diri kauuu, time ko penat letih tak cukup tidur or kau mood swing. kau pun buat benda yang sama kan. moncong 14 depa. elok sangat lah macam tu kan.

haaaa. dunia ni adil. karma ok karma.


so, pengajaran dia. reflek la diri. just peringatan untuk diri aku dan korang korang.



Friday, October 10, 2014

. Xplore Borneo : Kundasang .


Hai ols. Mood elok malam ni. Terus rajin nak sharing kegiatan 'derak derak' aku. Hehe. 

so,the next trip was Kundasang. maybe dah ramai pernah sampai sini. tapiii, ni kali pertama aku sampai Kundasang. Sungguh tak macam aku bayangkan. Serius aku ingat macam Cameron Highland. Padat dengan tempat menarik yang kau nak lawat. Tapi, sini tak banyak tempat kau boleh lepak macam cameron. Tapi, not bad la. Seronok jugak sebenarnya. kate first time kann. heee.

Kami bertolak lebih kurang pukul 6.30 pagi dari Bandar Sierra, area Tuaran. 6.30 pagi kat sini macam pukul 7.30 la ye kat semenanjung. Aku pegi bertiga. Ok, sebelum tu, aku nak jugakkk share satu benda about Petron! Shit gilaaaa. Pepagi, sebelum mendaki, aku isi minyak kat Petron. Konon nak full tank. Yang aku macam heran la, kejap gila dah RM40. Ingatkan dah fulltank sebab picu dia dah bunyik kan. Kau rase full ke takk? Nan hadoooo! Naik dua bar je. Dah tu, jalan tak sampai 15km, turun dah satu barrr. Memang kami bertia kaw kaw la maki Petron tu. So, aku dah blacklist Petron. Titik!

Ok dah. Now fokusssss cerita percutian pulakk.Kalau dari KK, korang amek jalan terus ke Ranau. Then, bila sampai Ranau, amek jalan ke Sandakan. Korang akan mula mendaki bukit start dari Tuaran lagi la. Jadi, make sure kereta korang larat la ye. Seriusss aku cakap. Kami mula tempat yang paaliiiiing hujung dulu.

1.  KAMPUNG LUANTI ( FISH MASSAGE )

Tempat ni kira wajib lah pegi. Tempat yang ada ikan besau besau then ko letak kaki pastu dia gigit kaki ko. Haha. Serius geli tahap cipannn. Aku tak berjaya pon nak celup walau seinci kaki aku. Wakakakaa. Geli kena sesungut ikan tuuu. Menjerit jerit baq hanggg.


Nak masuk sini mestiiiiiiiiiii kena bayar. RM 3.00 seorang. Kalau ada kamera, kena tambah RM5.00. Sini ada jambatan gantung yang tak tinggi sangat ( haha. mentang mentang la tak takut tinggi kannnn. haha )


2. SABAH TEA

Sabah Tea ni dah tentu tentu tempat tanam daun teh. Ada jugak kilang buat serbuk teh. Tapiii time kami pegi, tak boleh masuk lah pulak. Rupanya sini saje tempat buat teh kat Sabah ae, aku bayangkan Kundasang ni banyak ladang teh macam Cameron. Huu. Hampa. Ladang suam suam kuku je, maybe sebab pekerja dah kutip daun kot.
Sini masuk free je. Tapi kena mendaki lah sikit. Dengan jalan tak berturap.



Dah datang Sabah Tea, tak lengkaplah kalau tak pekena teh sabah kan. Padahal aku dah beli banyak bawak balik semenanjung. Then, korang kena rasa pancake tea dia. Rasa macam mana? Hmm. Macam makan rumput! HAHA. Macam lah aku penah ragut rumput kannnnn. Serius, fresh rasa daun teh. Macam kau blend daun teh pastu campur tepung sikit. Erghhh. Nasib ada madu. Memang tak bole 'go' rasa dia. :P

Syok jugak la 'feel the moment', minum teh sambil hayati fresh air dengan kehijauan depan mata gitewwww. Hehehehe

3. HOT SPRING

Kolam air panas + sejuk. Nak masuk je kau kena bayar. RM 3.00. Kalau mandi, bayar lebih sikit kot. Aku tak mandi pon. Memang tak la aku nak mandi dalam kolam, bercampur pelbagai jenis manusia. Aku ni memang tak boleh la mandi manda tempat ramaiiii gila orang, pastu kecik pulak macam hot spring ni. Kalau taman tema tak pe lah jugak, besauuu. Ni tempat secoet. Huhhh. Jenis penggeliiii. Mana tau ada yang kencing kentut bagai. Yukkksss!


Kat sini, bukan kolam je ada. macam macam lagi, canopy walk, taman kupu kupu, air terjun. aku just try canopy walk je. RM 3.00 per person. kalau bawak kamera kena tambah RM 5.00. canopy walk ni just jalan atas jambatan gantung. semua ada empat.




Perasaan? biasa biasa saje kot. sebab aku bukan jenis takut dengan ketinggian or gayat. jadi steady jela kan. heeee. tak tinggi sangat pon. sebelum kau sampai ke canopy walk tu, korang kena la mendaki bukit. agak jauh lah jugak. tapi enjoy masa jalan ke canopy walk tu. serius awesome bila jalan dalam hutan. sejuk dan fresh! mesti cuba tau.


4. DAIRY FARM 

nextt, dairy farm. memang tempat wajib pegi kan kalau datang sini. tempat kau nak tengok lembu macam kat new jilen tuu. memang sejuk gilosss la tempat ni. time aku pegi tu, baru lepas hujan. angin memang kuatt, siap bunyi lagiii. sejukkkk....! sebelum sampai ke ladang ni, korang kena panjat bukit. jauh jugak la. maklumlah tempat tinggi kan. make sure kereta korang larat lah nak daki bukit tinggi tinggi ni yee. kang stuck pulak.

jalan kat sini berbatu batu. berliku sungguh jalan semata mata nak tengok lembu hitam putih tuuu. hehehe. sebelum masuk korang kena beli tiket dulu, RM 4.00 per person. sejuk betul. pemandangan pon memang cun habisss. fresh air. arghhh. best nya kalau dapat selalu ke tenpat macam niii.



Datang sini, kalau tak beli susu or ais krim memang tak sah la kan. awesome sangat ais krim dia. lemak berkrim. aku tak beli susu, sebab aku is tak suka susu. aku just beli air coklat je. make sure korang datang cepat cepat beratur la. sebab takut habis and tak sempat beliii. rugiiiiiiiiiiii.


 

if korang nak tengok lembu lembu ni masuk kandang, kumpul 'hasil'. korang boleh datang around 2.30- 3.30 pm. time ni untuk perah susu. korang boleh tengok live punyaaa. lembu lembu ni macam dah di set kan tauu. hehe. masuk tempat ni je makan and tunggu hingga siap, then keluar ikut pagar. dah jadi rutin.

ada jugak kawasan untuk korang cuba untuk beri susu pada kambing dan lembu. anak la. bukan mak bapak lembu tuu. tapi kena bayorrr laa. aku tak masuk dekat sebab tak tahan bauuu. T_T

dah datang  jauh jauh. tak sah la kalau tak bergambar sakan kan. memang tempat cliche orang akan bergambar, kat pagor putih ni dengan dekat batu. tapii, aku tak pegi la kat batu besauu tu. ramai orang and dah lewat kan.

5. KINABALU PARK

yang ni last aku masuk. tiket dia just pakai tiket masuk hot spring. emmm, biasa je sini. macam taman, or hutan yang kau boleh jalan jalan amek angin. aku masuk dengan kereta je and tak bergambar pun.. sebab dah hujan. then aku berhenti solat jap dekat surau. scary kot surauuu sini. T_T

so, total memang tak banyak pun bajet datang sini.

fish massage = RM 3.00 + kamera RM 5.00
hot spring     = RM 3.00
canopy walk = RM 3.00
dairy farm    = RM 4.00


sekian sahaja untuk percutian bajet dan singkat. next trip? heeee. stay tuned!

happiness only real when shared ;')