.

.

Friday, October 2, 2020

. HikingTrip : Bukit Patoi, Brunei Darussalam .

My Hiking Diaryyy

Adui lama sungguh tak update trip hiking. Padahal aku aktif je hike. Tahun 2018 je aku rest sebab masalah kesihatan. Feb 2018 hingga Feb 2019. Lepas tu baru hike santai-santai. Ikutlah nasihat doktor tu sitii. Kalau tak, cari penyakit lagi la.

Actually, trip ni lama dah, 20 Ogos 2017. Peram lama sangat. Tak pastilah sibuk atau malas nak update. Mood hilang kali ahh. Ok, back to the story. 


kj

 Bukit ni terletak dalam Peradayan Forest Reserve. 2 km trekking dengan ketinggian 310m.

 

Bukit Patoi ni sebenarnya terletak di Temburong, Brunei. Daerah kecil Brunei. Dia macam ni, Lawas (Malaysia) - Temburong ( Brunei) - Limbang (Malaysia)- Brunei - Miri (Malaysia). Nampak?  Untung kan aku, selalu masuk Brunei. Hihi. Aku tak tahu pun tempat ni, aku tengok kawan aku pegi sini. Aku pun risik-risik la. Gamble je datang sini. Tak ada guide, tak ada orang jaga kat entrance. Kawan aku si Amir tu cakap, kena inform guide kot. Erk, kami redah je sebab sunyi yakmatt masa kami datang. 

j

 Amir bergambar dekat batu ni lah. Aku terus PM dia. Terus jatuh cinta kat Amir, ehhh dekat view sini. Hahaha. Tapi, masa kami datang tu, trailnya macam semak. Tak ada orang urus kali. Kami gamble je masuk dalam sana. Dengan tak ada line. Yelahh, masuk negara lain kot.

 
Lupa dah berapa minit kami mendaki. Sebab dah lama. 

 

 Inilah puncaknya. Memang tak gah macam bukit lain, tapi puas. Teroka negara orang. Hahah.



Dari puncak, kami nampak jalan yang kami limpas tadi. Lama juga lepak atas ni. Siap picnic k. Gigih.


So, next? Banyak lagi trip hiking aku. Pelan-pelan aku update okayy. Mostly dekat Sabah. Sebab Lawas, Sarawak ni sempadan Sabah. Setengah jam, dah sampai Sabah. Gituuu. Ok, till we meet again k guys.