.

.

Saturday, September 8, 2012

. Selamat Hari Lahir Ayah! .





Tanggal 8 September 1958, lahirlah seorang putera yang kini menjadi hero paling teratas di dalam hati saya. 


AYAH tak pernah berkata TIDAK walau apa yang ALONG dan ADIK-ADIK minta. AYAH sentiasa berusaha untuk cukupkan keperluan kami. AYAH sentiasa bawa ke mana saja kami mahu pergi. Kami sayang AYAHHH!





Selamat Hari Lahir ayah. Semoga ayah di berkati oleh-Nya selalu. Semoga ayah sehat-sehat selalu dan kami selalu mendoakan kesejahteraan ayah.  Semoga Along berpeluang membalas jasa ayah dan membahagiakan ayah. 





InsyaAllah, Along akan menjadi anak yang terbaik untuk ayah dan membimbing adik-adik sebaik mungkin. Along takkan hampakan impian ayah. InsyaAllah.



p/s : kawinkan  along cepat-cepat, supaya anak sulung ayah ni boleh bagi cucu yang comel-comel untuk ma & ayah. carikan suami yang keje engineer tau ayah! ;p *kalau ayah baca ni. mampoihh guwa. ;p



Wednesday, September 5, 2012

. adik-adik kesayangan saya .




Kami empat beradik ni nak kate rapat. Memang rapat. Tapi kadang-kadang gaduh jugak. Biasala kan. sedangkan lidah lagi tergigit.. ^^

Tapi ada masa kami ni gila jugak. Haa. Contohnya bab makan. Memang bersatu hati, pedal, jantung dan limpa. Hihi. Sebab tu semua gumuks-gumukks.. :PP


Satu hari tu, kami main Saidaina or Billionare hape ntah. Adik bongsu aku ni la beria ajak main. Semua kena main. Haha. Syok jugak. Riuh satu rumah. Adik kedua aku, Apih, memang semangat kalau bab main ni.Mesti nak menang. Tak kasi can langsung kat adik-adik yang kecit. Gelak sakan kami. Mak ngan ayah aku geleng kepala tengok kami. Hee. Bila lagi kan nak hepi-hepi macam ni. Sekali sekala jela. Time aku ngan Kimi balik umah jela baru lengkap family. Kalau tak, ada Yana, Apis and parents aku je.









Kesian si Yana, mentang-mentang dia kecit, habis kena buli. Haha. Time ni la nak riuh rendahkan rumah, nanti Along dah kawen. Apih da beristeri, tak boleh da buat semua ni kan..?  >.<




Saturday, September 1, 2012

. realiti bukan fantasi, saya sebenarnya gemok! .





Ada sesiapa kat sini ada masalah macam aku tak? Asal makan terlebih je, GEMUK. Makan banyak sikit je GEMUK! :'(


Tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih sempurna dari segi fizikal, walaupun tak slim macam model, tak gebu macam Nora Danish, kulit tak mulus macam Diana Danielle. Tapi aku tetap bersyukur, cuma tak salah kita berusaha untuk menjadi lebih baik kalau dengan cara itu kita lebih konfiden dan yakin untuk berdepan dengan orang sekeliling. Kan?









Inilah realiti hidup AKU. Sebab tu aku selalu berhati-hati bila makan. Tak nak 'over' melantak berpinggan-pinggan. Aku kurangkan makan. Bukan TAK MAKAN LANGSUNG ae, cuma kurangkan. Malam aku jarang sangat makan. Dalam seminggu tu kadang-kadang tak de langsung. Aku minum vico aje la. Haa. Kadang-kadang aku sedar jugak diri ni gemuk, sebab tu berusaha untuk jaga pemakanan di samping aku excercise. ^^



kata saya : di mana ada kemahuan, di situ ada highway... err.. ada jalan dah... :P