.

.

Monday, November 7, 2011

.main masakmasak.



Cerita si Daging Black Paper. :)


Macam mana kalau korang lepak umah bakal makmertua BFF a.k.a kawan lelaki paling rapat, lepas tu tibatiba BFF korang buat dajal kat korang..? Bila dia cakap kat mama dia, korangg nak masak untuk makan malam dan bahan yang ada hanyalah daging? Grr~ Rasa nak kasi tamporr je. Huh! Failed la kalau masak tak sedap. Bengong nye budakks. Gila ke hape. Hesh.

Haa. Kalau tetiba dapat task macam tu. Cepatcepat tepon mak. Suruh mak datangg. Haha. Eh, tak de lah. Cepat2 mesej kawankawan. Tanya nak masak apa. mesti otak jammed masa tu kan. Haa. Sumpah bluur. Kuang ajau punye BFF.



Aish. Tak kan nak masak daging masak kicap je kot? Malu haku. Oke. Jom masak best sikit. daging black paper. Dengar macam 'hebat' sikit kan. Haha. haa. Bawah ni ada aku sertakan resepi yang aku copy. Kih3. Konpem jadik. Senang je!



Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


Selamat mencuba!


nota kaki :: Mama suka. Tududu. Boleh da jadik menantu neh. Haha.



1 comments:

Diya Edhayaa said...

hahaha... chef kierana msk utk dato' esham.. terbaekkk... menjadik jgk idea den eyh.. ngeh3