PRAKTIKUM. Wah. Apa ekh? Ahaa. Budak-budak IPG (maktab), tahu lah apa itu PRAKTIKUM. ^^
Kebizian la jugak kan. Sampai dragg masa aku nak berblog dan berfesbuk. Kena fikir macam mana nak rancang pengajaran. Alat bantu mengajar lagi. Kalau time kene observe, ABM memang kena TIP TOP la habaq hang!
Hari ni hari first aku masuk kelas + terus kena observe oleh pensyarah. Terbaikkk!
Tapi, semuanya ok saje! Thanks 2 Allah. Semua berjalan lancar. Thanks lah kat murid-murid tahun 3. Kerjasama memang TIP TOP. ^^
Petang pulak ada unit beruniform. Aha. Syok lah. Aku jadi guru penasihat pengakap. Memang best la layan dorang. Hari ni ada pertandingan memasak cekodok. Satu badan bau asap. Tapi, aku rasa sangat seronok...! Im in love with SK Kg Keledek!
Korang tahu tak, hari ni aku tak makan nasi langsung. Lepas observe, makan bihun sup kat kantin dengan pensyarah. Lebih kurang pukul 10.30++ la. Then, lunch memang tak langsung. Balik dah pukul 4.30 petang. Beli burger je kat kafe. Tapi, lupa pulak nak makan. Dah SIBUK buat rancangan pengajaran untuk esok (Khamis) sampai lupa nak makan. Pukul 11 malam baru tersedar, yang aku ni tak sentuh nasi langsung. Burger pun tak makan. Malam-malam macam ni. Dah tak selera nak makan dan aku jarang makan malam. Tido lagi syokkk. Alahai, patutlah aku tengok senior-senior ramai yang kurus afta praktikum. Sebab apa? SEBAB LUPA NAK MAKAN! Hehe.
0 comments:
Post a Comment