.

.

Thursday, May 10, 2012

. K.O.T 2012 # 1 .




Study week. Study week. Apakah itu? Ahaa. Itulah petanda exam sudah dekat. Tapi tidak ada kesedaran untuk aku study. Haha. Teruknya aku. Oh. Memang, orang yang teruk memang selalu mengaku dia teruk. Kan? Kan? Yes. Memang teruk pun, next week dah nak exam, minggu ni masih lagi berpoya-poya. Aish. Mahap kan Along yea ayah. Mud tarakk mari.  = ='


Apalah yang aku merepek kan? Sebenarnya aku nak share ngan korang pasal satu event besar yang BATCH PISMP SEM 5 anjurkan iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan 2012. Mungkin kawan-kawan kat IPG lain pelik kan, kenapa kami buat masa study week ni. Haa. Sebabnya, kami memang dah tumpukan 101% masa kuliah, so, masa study week ni, kami boleh berjimba-jimba atas padang. Hehe. :P

Tak de la weh, sebenarnya, banyak kekangan, plan nak buat before praktikum, tapi ada majlis Jubli Perak yang melibatkan Sultan, so kena lah extend afta praktikum. Then, ni jela masa yang sesuai. Maklumlah, sejak azalinya bebudak sem 5 ni sibuk, dengan amali Permainan Tradisional lagi, BIG lagi. Fuh. Macam bizi je kann?  :P


Sekalung, sejuta, seribu dan berlemon-lemon tahniah aku ucapkan khususnya kepada Pengerusi Olahraga Sem 5, Azren. Memang dia sangat bagus buat kerja dowh. Tabik spring sama dia. Dan juga rakan-rakan unit PJ yang lain. Memang bagus la korang. TAHNIAH. Dan tidak lupa kepada semua geng-geng semester 5, korang memang best and awesome! Susah senang bersama walopon ada jugak yang cilok-cilok. Hehe. 

Jujur aku cakap, hampir 4 tahun aku kat Afzan, ni lah KOT yang paling meriah! Dengan pertandingan sukan yang kita buat tiap-tiap hari. Sukantara, sehinggalah olahraga. Sumpah best. Majlis penutup KOT yang paling gempak. Waa. Tatau macam mana nak cakap. Paling best setakat ni, bak kata En. Mat, junior kita akan rasa tercabar kalau dorang tak boleh buat sehebat kita sebab kita dan letak kan benchmark yang tinggi, dan senior kita rasa nak menangis and ulang semula KOT yang dorang buat tahun lepas. Tu nasib baik senior yang dah posting tak datang kan kawan-kawan? Hee. Apa-apa pon tahniah geng! 


Jom lah ushar pixca pulak. Aku upload sikit2 lah ekh. ^^





Ilham yang setia mengukur... LONTAR PELURU 8 MEI 2012



Mereka yang berpanas - Pie, Alimie, Farid dan ______ -


 

 Syahid yang setia dengan papan hijau dia. BALAPAN 9 MEI 2012




 100 Kategori Semester 5 (P).



 200 M Kategori Semester 5 (L)



Haa. Acara fevret gua. Tapi bukan aku yang masuk la. Suka tengok seyh. Nak lari da tak larat, pancit dah skang. Tak macam zaman muda-muda dulu. Hee. 110M hurdles. Minat betul aku tengok. Star-star semua yang masuk ni. Peserta yang sama macam tahun lepas. Cuma ada muka baru 2 3 orang. Sape star? Siapa lagi kalau bukan si Abu. Azrol pon hebat jugak. haa. Jom ushar.





100M  Kategori Semester 5 (L)
dari kiri, Azrol, Hanif, Aizuddin, Fetri, Marwan, Azan, Afnan.
* ni semua jejaka semester 5. baju oren tuh. konpem bebudak sem 5 selaku urusetia. Hehe. urusetia pon masuk acara meh. ^^ *



Close up. Si Azrol suruh aku close up muka dia. Hehe. Tak clear lah pulak. Mahap lah, guna D3100 je. :P



Haa. Ni acara fevret aku. Hurdles. Atlet fevret, Abu Sufian. Style gila dowh dia lari. Jauh bebenor tinggalkan orang lain. Suka dowh tengok dia melompat tuh. Perghh... Hebat ko Abu.



Ni haa die. Tahun lepas aku siap rekod lagi. Tapi malangnya, external disk aku rosak. Sob3.. Tak dapat tengok Abu ni melayang. Hehe.




tarik tali.





Tok Lela da champion. Tapi tarik tali jela. Hehe. Azren selaku nekahoda. Hehe. 
*excited yea korang tengok Sopi? hehe. *








p/s : part 2 akan menyusul. ^^



kenangan terindah yang tak mungkin aku lupakan. zaman belajar adalah zaman untuk mencipta kenangan manis bersama mereka yang aku sayangi. love u guys! PISMP SEM 5 2012.




0 comments: