.

.

Monday, June 25, 2012

. quotes : 38 .


^^



Life is like roller coaster, it has its up and downs. But it your choice to scream or enjoy the ride.




A friend shares the good times and helps out by listening during the bad times.



Our love is like the wind. I cant see it, but I can feel it.




The secret to friendship is being a good listener.




A friend is one of the nicest things u can have, and one of the best things u can be.





Tuesday, June 19, 2012

. penah buat ta dulu? .




Teringat zaman kecit-kecit dulu. First time dapat fon snirik masa form 1. Duduk kat asrama kan. Ayah bagi la fon buruk sebijik. Hehe.


Fon tu hanya leh mesej ngan koling-koling je. Ringtone pon dulu biasa-biasa je. Tak de la secanggih sekarang. Masa tu tahun 2002 kot. Hii. Masa form 2, tuka fon baru. Canggih sikit je. Nokia 3310. Before tuh Nokia 3210. Yang besau gedabak tuh. ^^


Then, masa tuh, fon tuh boleh compose snirik ringtone. Lepas tu, masa tu ada la dia punya kod-kod ringtone. Haha. Masa tuh punya la semangat. Salin semua kod tuh dalam buku.. Haila.. Sengal pulak rasanya!




Macam ni. Korang hade?.....



Sunday, June 17, 2012

. quotes : 37 .



^^




Liking someone doesn't mean you have to be lovers, sometimes you just have to be friends...




Only TRUE friend can hear unspoken words. Understanding the silent moment.



Di mana nilai persahabatan jika sanggup mengkhianati sahabat sendiri. Sahabat bukan sahaja tempat berkongsi suka dan duka, sahabat juga seseorang yang kita patut hormati dan bukan khianati.



Feeling change, memories don't








Friday, June 15, 2012

. jangan ganggu pacarku .




Lagu ni best! Ahaaa. Budak tuu suruh aku dengar! Ahaa.
#mana ada orang liking-liking, poking-poking saya la awak! ;p#







Memindai laman Facebook mu
Kadang buat ku cemburu
Baru saja engkau update
Ramai lelaki berkomen
Tak sedikit yang merayu
Tapi ku percaya kamu
Kau juga yakinkan aku
Tetap saja aku ingin bicara

Chorus
Berhentilah rayu pacarku
Bawa pergi pesonamu
Takkan cukup kata-kata manismu
Gambar-gambar seksimu

Tagging-tagging flirting-flirting baginya
Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya

Bukan hanya itu
Kerna ku tahu
Dia hanya cinta caraku mencintainya

Ulang chorus 2x

Berhentilah ganggu pacarku
Jangan pernah main hati
Takkan cukup email-email indahmu
Status-status palsumu
Liking-liking poking-poking baginya


 

Wednesday, June 13, 2012

. quotes : 36 .



 scheduled post




Suami merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) masuk syurga. :)



Your past mistake are meant to guide you, not define you.



In the end, the only reason I can stand and smile through at my problems and pain is because I know I have God on my side.



Always hope but never espect.



Life isn't complicated, what you give, you get back. What goes around, comes around. Simple enough.


Sunday, June 10, 2012

. pulut orang kawen .


scheduled pot.


Pulut orang kawen? Haa. Apa tu. Ala, mesti la korang tahu kan. Kalau kat Kelantan, orang panggil pulut semangat. Yang baut cucuk2 bunga telur tuh. Hihi. Adat tu masih lagi di amalkan kat Kelantan, khususnya kampung aku. Kalau sanak saudara aku kawen, mesti nenek aku yang buat pulut tu. Haa.. Korang jangan tak tahu, nenek aku terer buat benda2 nih. Meti orang suruh dia punyaa! Aku kawen nanti pon aku nak nenek yang buat!

Dah tu, kalau bab masak-masak mase orang kawen ni memang orang kampung AKAN panggil atok sedara aku. Haa.. Pakeh lengkap beb. Nak kawen nanti. Hihi. Saudara belah mak aku ni ramai. So, kalau nak kawen tu, tak da masalah. Kita leh rewang-rewang smpai pagi toqq!

.
.
.
.



Ni ha pulutnya. Sedap d makan beb! Hihi. AKu memang suka bebenor makan pulut mulut ni haa... ;p



Ni la pulut semangat yang aku cakap tu. Ni masa kenduri anak sepupu mak aku 3 4 hari lepas. :)





Friday, June 8, 2012

. kemas jom! .



                                                                                   scheduled post.



Mengemas? Ahh. Rajin? Haha.

Mesti la kena mengemas. AKu balik cuti sem, bawak balik semua bukubuku dan failfail, notanota yang dah tak guna. 4 kotak besau kau. Penuh bonet. Haha. Bukan ape. Semak sangat da kat bilik hostel tuh. Satu lagi aku malas nak mengemas banyak-banyak bila  time cuti. So, eksport balik la. Hihi.


Sampai lak kat umah. Da kusut. Banyak nya barang dalam bilik! Ahaa. Kotak fail da konpem la letak bilik lain. Tak kan aku nak tdo bersama kotak-kotak tu! Ohhooo.. Ayah kena buat satu lagi bilik la. STOR!




Haa.. Tengok? Hasil 4 tahun aku di AFzan. Kat sane banyak lagi barang ok. Nanti abes blaja, tatau la nak letak mana barang aku tuh. Haila....=='


Masa kemas-kemas, konpem la godeh semua kotak. Then jumpa la barang2 yang mengimbau kembali kenangan lama. Hik2.. Apa da.. Ada yang aku buang. Ada yang simpan. Hmm.. Kenangan kan. ^^


{astu aku jumpa koleksi jam PM aku. PM? Aha.. PM stands for Pasar Malam. ;p





Kuikui.. dulu suka beli jam cenggini. Tahan la pakai 3 4 bulan. Lepas tu beli baru. Sekarang je baru aku beli yang mahal sikit. Alhamdulillah, tahan 2 tahun. Hihi.






Tuesday, June 5, 2012

. quotes : 35 .


scheduled post





The PAST is where you learned the lesson. The FUTURE is where you apply the lesson. Don't give up in the middle.





If you want something you've never had, maybe you'll have second chance, but it will never be as great as the first one.




Every song playing different music. Some of the song can playing our feeling.



The same girl who laughs and talks a lot and seems very happy is also girl who may cry herself to sleep.




Always there a someone will be care about you without your knowing.






Monday, June 4, 2012

. mereka = JOZAN ♥ .



Walopon cerita dah basi. Tapi aku nak jugak post. Haha. Before ni tak sempat nak update kan. Kalau ada pon, semua scheduled post. Haha. SIbuk uolsss! ;p

Malam Super Spontan akhir tu memang aku tengok. Tapi dengan keadaan penat. Lepas habis, terus ZzzZZZZzzzz... Hehe.

Tapi really ohsem la Zizan ngan Johan. SO swit! Dorang sangat swit. Dah hampir 5 tahun kot dorang ni bersama. Masa Adibah Noor cakap, kehebatan dua sahabat. Aku dah sebak. *over jekan?*


Memang mae dorang peluk-peluk tuh, aku dah terharu dah..*over lagik*

Huwaa. Sungguh aku bangga. Bila Zizan g amek hadiah n Zizan tarikk tangan Johan. Memang dorang BFF! Zizan dedikasi kemenangan dia tu untuk Johan sekali. Yela. Dorang susah senang sekali. Really ohsem weh! Semoga korang bersama hingga ke akhirnya! Cehh.. macam laki bini lak. Tapi bak kata Zizan. Jozan takkan berpecah! Yeah!




Ni la detik-detik yang aku suka sangat!





Johan. ^^



Zizan! ^^




Ni masa bufday Zizan, Johan bagi hadiah. Swit la dorang ni kan. ^^


Sunday, June 3, 2012

. novel lagi! .






NOVEL. Tak habis-habis novel kan? Aigoo. Kesian Encik Suami nanti. Rumah penuh dengan novel. ;p


Novel ni sebenarnya dah basi. Means dah dapat lama. Masa exam hari tu. Tapi aku tak baca lagi ponn.

.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.





Yeah! Siti Rosmizah!

Lafazkan Kalimah Cintamu & Takdir Itu Milik Aku.




Cuti semester! Balik rumah and dapat novel yang aku nak sangat!


DAMYA HANNA.
Ingin Berkasih Lagi.


Thanks awakkk! ^^



.
.
.



Cuti panjang, tapi tak sempat baca novel pon. Sibuk kenduri sana kenduri sini. ^^




Friday, June 1, 2012

. ketahui 7 sikap wanita .



Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

 

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.