Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat
tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain
terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap
egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros
atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita
seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya
akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di
samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin
lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini
sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang
teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti
ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap
tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah
itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius
seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik
tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke
depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual
dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi
boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar
berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan
semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian.
Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment