.

.

Wednesday, October 31, 2012

. anugerah hanya tinggal anugerah ,




Tak mau bebel panjang-panjang. Kang teremosi pulak.

Ada mata pandang. Ada akal, pakat-pakat lah kita fikir.


Calon-calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012





Senarai nama penerima anugerah.


PENJAGA GOL TERBAIK: Khairul Fahmi Che Mat

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK: Aidil Zafuan Razak


PEMAIN TENGAH TERBAIK: Safiq Rahim

PENYERANG TERBAIK : Norshahrul Idlan Talaha

PEMAIN HARAPAN : Rozaimi Abdul Rahman

JURULATIH TERBAIK : B. Sathianathan

PEMAIN PALING BERNILAI : Norshahrul Idlan Talaha

PEMAIN ASING TERBAIK : Marlon Alex James

PENYOKONG TERBAIK : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

PERSATUAN TERBAIK : Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

KELAB TERBAIK : Sime Darby

PENGADIL TERBAIK : Nafeez Abd Wahab



Ok. Yang bawah ni, last last last last year punya. :)






Season ni, Bojan  Hodak dapat 3 piala. Tapi kenapa Abe Ya pulop buleh coach terbaik? Pelik kawe...

Ape-ape pon. GKG!




Monday, October 29, 2012

. aidiladha Kelantan vs Kedah .




Aidil Adha. Orang kata kat Kelantan meriah. Yes. Memang meriah. Tapi bukan meriah macam raya puasa, orang datang beraya. Riuh sana sini. Mercun bum bang bum bang. KONSEP ''meriah'' di sini bermaksud.... erm. Macam mana ek nak cakap. MERIAH sebab banyak aktiviti korban lembu! Haa. Kalau family kita ambil bahagian korban lembu. Memang konpem la meriah. Sama-sama lapah lembu. Bahagi2 daging. Masak ramai-ramai. Makan ramai-ramai bersama sanak saudara. Itulah definisi meriah aidiladha dekat sini.

Ayah aku cakap, Kelantan memang femes dengan aktiviti korban mengorban lembu. Tempat lain kurenggg. Aku pon admit kot dengan buah fikiran ayah tu. Hihi. Aku pun tak pernah beraya kat tempat lain selain NEGERI KELANTAN. Family aku pulak, memang tiap-tiap tahun akan ambil bahagian dalam korban lembu ni. Almaklumlah, nenek aku bela banyak lembu. Family belah mak memang ramai berduyun-duyun. Konpem la meriah. ^^

Sehari sebelum raya. Feeling2 depan cermin before kuar shoping barang-barang untuk memasak pada keesokan harinya. *kotornya cermin!



Fitting room uols! Sempat lagik! Buat-buat masuk nak try baju. Padahal nak ambik gambar. Harharhar...




Ayah aku orang yang teliti kalau pilih barang.


Eeei. budak kecik ni. Kecik2 dah pakai samsung. Touch sekeringgg pulak tuh. Jeles ai!


Sabotaj la. Saje je amik kaburkabur cam gini.


Kasi besar siket gambar. hahaha. Ma ngan Maksu aku tengah pilih dapur. Aiya..Habislah ayah aku....Hahaha,


 

Kalau tak penuh. Memang tak sah la! Nasib baik ayah pakai kad kredit medit. Kalau cash. Tak cukup duit niii... Haha.


RAYA PERTAMA - Kelantan. 

Betapa selekehnya aku. Ish.


Hari kejadian. Masa ni ayah dok potong tulang lembu. Maksu sedang potong daging. Adik berdua ni sedap punya dok ngap eskrem. Aku? Hahaha. Tukang amek gambar. Bapak r punya malas. :P

Lokasi : Belakang rumah.






Tempat kejadian. Aku ditugaskan untuk goreng sekuali besar daging. Habislah hangit nanti! Wakaka.
# dapur dan kuali yang baru dibeli oleh mama aku. :P #


RAYA KEDUA - Baling, Kedah.


On da spot je ayah ajak pegi Baling. Umah Cikda aku. Masa tengah siang2 daging, ayah ajak pegi. Apalagi, aku terus cancel plan ngan kawan-kawan nak pegi Dungun. Harhar...jahatnye la aku neh. Tapi apa boleh buat. Family Come First la kan?

Petang tu ayah terus tuka minyak itam and check2 apa yang patut. Sebab keesokan harinya, afta subuh kami nak chowww calooow! :P  Pegi balik hari saje. Sebab Ahad tuh aku nak pegi Lipis. Kimi nak balik hostel. So, kena la pegi awal.

Bertolak pagi2 lagi kot. Sampai Baling dalam pukul 11++ pagi.. 
Magrib kami bertolak balik, pukul 10.30 malam sampai rumah. Perghh. Feenattttt uols!

Thumbs up kepada driver Mr. DAK dan Mr. DBQ. Berdesut-desut atas jalan. Kejar mengejar kau orang eh. Laju gila pork wehhh! Adui.  Proton Wira vs Grand Livina. Oh Mat Apiss. Kau elok-elok sikit bawak kereta. Jangan lelaju. Kau muda lagi tahuuu. :P

 


Tudia..Mr. DAK dan Mr. DBQ. Mantoppp gitewww. Berdesut-desut atas jalan. ^^
Lokasi : Kg. Iboi, Kupang, Baling Kedah.


Perhentian Sungai Lebey.


Ewahh. Candid ke buat2? :P


Sedap betul tidoq walopon driver bawak bukan men laju.. 140km/j. Jangan lupa check speedtrap ae. Haha.


Dengar lagu sambil pandang ke luar tingkap. Tangkap feeling kaww!


 Yang depan ni kereta adik aku, Mat Apiss.. Jangan di pandang jenis kereta. Laju gila pork seyh. Saing dengan Nisan Grand Livina yang aku naik. Laju gila dia bawak! Hebat ah ko. Enjin turbo eh?
# dia beli kereta guna duit sndiri. Aku? Harapkan ayah je la. :P #



kekasihku di jalanan yang berrrliku.......


Ahaa. On da way balik da. Baibai Kg. Iboi...


Gambar terakhir sebelum aku belayar ke alam mimpi. Haha. Sedar2 kat Tempat Rehat Bintang Hijau. Hiii. Setengah jam gak aku tidoq!




Having a place to go is HOME. Having someone to love is FAMILY.



Tuesday, October 23, 2012

. tangan sejuk tangan panas .




Bosan-bosan study, aku teringat pulak kat blog kesayangan aku ni. Hmm. Update lah kejap. Err. Masalahnya, aku study ke? Or sekadar buat nota? :P

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Ayah aku cakap, bukan semua orang boleh menanam. Ada tangan sejuk dan tangan panas. Errr. Ada jugak ke? Maksudnya di sini, ada yang tanam pokok, tapi pokok tu tak hidup pon. Terus innalillah. Haa. Itu namanya tangan panas. Ooo. Macam tu ae?


Alkisahnya, mak aku suka la jugak menanam. Maklumlah, full time house wife kann. Masa kat rumah lama dulu, macam2 bunga ada kat rumah aku. Penuh pokok bunga. Macam taman u know! Lepas pindah, banyak bunga yang rosak, mati and pasu pon pecah. So, rumah sekarang, ada bunga yang biasa je. Suam-suam kuku je la.

Tapi, mak aku suka pulak tanam pokok yang boleh di makan. Haa. Tanah sendiri kan. Suka hati la nak buat apa pon. :P CILI. Banyak sangat pokok cili kat rumah aku ni. Sebab apa? Sebab aku dengan ayah suka sangat makan cili. Aku ni lagi la, cili tu aku buat ulam je. Tak de cili tak sah! Tak selera la makan gamaknya. Aku suka pedas sangat2. Kaw kaw punyalah. Kawan-kawan semua teruja dengan aku. Haha.

Pokok cili kat rumah aku tu, kalau time aku tak balik bercuti, cantik je tengok. Merah je buah.. Lebat dan rimbun je buah. Bila aku balik je. Nasib la cili tu. Habis aku kutip. Haha. Nak makan je, petik. Nak makan je, petik. Fresh wa cakap lu. Nasib lah wahai cili. 

Benda lain yang mak aku tanam...


SERAI. Haa. Ni pon banyak kat rumah aku. Berumpun-rumpun...


Pokok ubi. Memang banyak jugak! Sebab kami suka makan pucuk ubi tu! buat ulam. Ubi kayu tu sedap kalau di rebus!



POKOK BETIK. Haa. Banyak jugak. Tapi, aku hairan. Kenapa tak berbuah? Bunga bukan main lebat. Ayah aku cakap, mak aku tanam betik jantan! Haha,,,

Aku nak sangat tengok pokok-pokok betik mak aku berbuah macam ni...

 
 Ermm. Nak makan betik pulak dah...  = ='


Sekian untuk hari ini. Nak sambung study pulak. :P




Sunday, October 21, 2012

. Lebanon mari... .



Tahukah anda..

Dia. Mohamad Ghaddar..






1. jaringkan gol kemenangan ketika mnentang Lions di Jln Bsr (2-1)

2. jaringkan gol kemenangan ketika mnentang Selangor di KB (1-0)


3. Jaringkan gol kemenangan ketika mnentan T-team di KT (2-1)


4. Jaringkan gol kemenangan ketika menentang kedah di KB. (2-1)

5. Jaringkan gol kemenangan ketika mnentang Navibank Saigon (2-1)

6. Jaringkan gol kemenangan di final Piala FA (1-0)

7. Hatrick ketika menentang Arema Malang (3-0)

8. JAringkan gol penyamaan di minit2 akhir ketika mnentang Arbil di KB (1-1)

9. Jaringkan gol kemenangan ketika mnentang Felda Utd(agg 4-3)

10. Jaringkan gol kemenangan ketika menentang Kedah dalam Piala FA (agg 3-3, kelebihan gol di tempat lawan)





. treble yang dramatik .



Oh. Semestinya update ni pasal BOLA. BOLA dan BOLA. Segalanya BOLA. Hehe.

Beberapa hari sebelum FINAL. Bahang dah terasa.  Haih. Aku yang neves. Mane taknya. Paan ngn Ghaddar tak main. Tapi, Bojan Hodak cakap, semua orang boleh sumbat gol. Tudia. Steady coach kito!

Jumaat - 19.10.2012. Aku otw balik ke Kelantan dari Kuala Lipis. Terkelu dan terkedu tengok konvoi penyokong2 Kelantan menuju ke KL. Tak putus2 kot dari mula aku bertolak (12.30 pm) sampai la pukul 5 ptg. Siyes aku bangga. Bangga dengan semangat ANAK JATI KELATE. Sampai RnR Gua Musang, aku terkejut. Dah macam apa dah. Penuh dengan kereta+bendera Kelantan. Banyak pulak booth2 jual bendera ngan jersi and stiker. Pheww... Sesak. Jammed jap.

Menjelang perlawanan. Pukul 8. Aku ngan family dah tercongok depan tv. Puas hati la tengok tv pon. Thanks to ASTRO MUSTIKA HD 134. Dengan tv 42'', bulu hidung pemain pon bolehh nampak toqq. Haha..


Penuh stadium. Siyes la. Satu stadium tu boleh penuh dengan penyokong TRW. Kat Malaysia ni,  stadium yang berkapasiti 80k memang tak cukup untuk penyokong TRW. Kita memerlukan stadium yang berkapasiti 120K! Ini hakikat. Semangat penyokong TRW tak boleh di tandingi oleh penyokong negeri or kelab lain. Setuju? Sila tekan like. Hihi. Semalam, 70 ribu eh penyokong TRW??? Em. Patutlah KB lengang je semalam. Hiii.

Game semalam memang sengit kot. Tak pernah aku semangat gila macam ni. Setiap kali striker TRW depan pintu gol, aku sampai terbangunn. Menjerit tu tak payah cakap la. Haha. Semangat tahap cipan ni.  Tapi aku kecewa la, reff nampak sangat macam berat sebelah. PO CIHH ore Kelate kato. Bukan aku je cakap macam tu, ayah aku, adik aku, komen2 kat FB pon cakap macam tu.



Tahukah kita, ketiga-tiga gol adalah assist dari Kapten Marvel, Piya. Hebat lah kapten kita. 



Mat Yo pon apa kurangnya. Patutla dia dapat Man of The Match. Tak sampai seminit dia jaringkan gol. Bak kata ayah ' Mat Yo jadddi male ni!'

 Walau aku tengok, ramai yang jangka ATM akan menang sebab game semalam, dua tonggak TRW, Paan ngn Ghaddar tak de, tapi, kita dah buktikan, kita boleh! Treble! Banyak pula yang kutuk-kutuk TRW kan. Apa la nasib kami asyik kena kutuk. Tapi, Tuhan tu Maha Adil. DIA bagi kita menang. Walaupun sengit gila game semalam. Walau reff  PO CIHH.

Bak kata TRW fans, game semalam boleh la diumpakan KELANTAN vs MALAYSIA. Sebab, penyokong negeri lain sokong ATM. Dah sah2 la sokong ATM. Sebab sejak lahiriah lagi, ramai yang tak suka rakyat Kelantan kan? Tapi, hade aku kisah? Haha.



TREBLE 2012!



19 MEI 2012 - Menjulang Piala FA pertama
14 Julai 2012 - Memenangi Piala Liga Super
20 Oktober 2012 - Menjulang Piala Malaysia


BIAR GAMBAR YANG BERBICARA.


Yang paling aku suka. part coach ATM komen semalam

' pemain Kelantan jatuh macam buah nangka'

Terus Akhbar Sahari shoot, 'LUAHAN EMOSI' dari B. Sathianathan. :P

#ok. dah banyak aku merepek. pasti haters TRW dah menyampah kann? haha.



yang macam ni tak bagus. kau nak shoot kami? silap2 kau yang kena shoot weh! hahahha. lucu la weh!

We are born to be the champion! I am so proud to be "ORE KELATE". No matter what people say. We will always unite and protect each others together. - my fren, Haziem Che Hassan.




Thursday, October 18, 2012

. Lukisan Mereka? .



Tak tahu nak tulis ape. Klik sane. Klik sini. Open here. Open there. Picit kiri, picit kanan. Hah! Tak hade idea nak tulis entry.

So. Nah. Korang tengok jela gambar2 mase pameran budak2 PSV kat tempat gua. Tema dia RADAR 360. Rasa Dalam Rupa. :)


Sharing is caring. :)




Yang baju merah mak ngah tu den la.



Very the ohsem! Haha. Beli satu. Letak kat rumah suami. :P


Ada nyanyi-nyanyi. Macamakustik gitu uols.!



Paku + Benang. Jadi ni? Grr. Awat kreatif sangat neh?


Konon nak berseni la. Amek gambar ala-ala skill bagus giteeew! Haha







Penuh satu kafetaria depa konker. Macam galeri dah. 








Boleh la tempah untuk kawen nanti ye Bimal! :)






Ok. Dah keringg idea. Mohon berundur dulu. Ada dinner pulak.  =_=