.

.
Showing posts with label meraban pulakkk.. Show all posts
Showing posts with label meraban pulakkk.. Show all posts

Sunday, September 14, 2014

. fact .


Sekarang ni ramai orang pakat tulis #20fakta tentang diri masing masing. Mostly kat instagram. Heemmm. Aku bukan apa, macam malu lah nak tulis kat IG tuh. baik la aku melalut kat blog ni kan. Ekekeke.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa. Konfius dengan diri sendiri. Mungkin aku ada dua watakkk? Oh. Tentu sekali, dekat sekolah, lain, bila di luar waktu kerja, lain pulak. Semua orang pon macam tu lah!

Fakta tentang aku eh?

1. Suka blogging
2. Suka beli barang online
3. Suka baca novel ( sangatttt !! )
4. Suka coklat. ( addicted !! )
5. Suka makan kek. ( sangat sangat sangattttt !! )
6. Seorang yang suka cuba benda baru dan explore  perkara yang aku tak tahu.
7. Sangat suka travel atau dengan kata lain, suka melancong dan cita cita nak jadi backpackers!
8. Anak sulung.
9. Sayang akan negeri kelahiran beliau sangat sangat sangat!
10. Cita cita nak jadi engineer tak kesampaian

 

11. Pendiam dengan orang yang tak kenal tapiii peramah dengan orang yang rapat.
12. Pendengar yang baik dan selalu jadi ' kaunselor dan pendengar setia ' masalah kawan kawan. ( proved  )
13. Suka dengar muzik! Semua genre aku suka termasuk lagu Ahmad Jais.
14. Sangat addicted dengan kamera dan photoshoot.
15. Suka gadget.
16. Garang.
17. Peminat setia Jozan, Lan Kristal, Hazama, Farid Kamil dan Jepp
18. Tak suka layan stress and let it go.
19. Tak suka panjangkan masalah atau perkara yang remeh and just chill!
20. Suka menipu..... diri dan perasaan sendiri. #ijustwannayoubebymysideafiq!





Wednesday, March 26, 2014

. ? .





blurrrr. 



sekian.



Tuesday, January 29, 2013

. ngepek versi budu .




Nnasio. Nnasio ni banyok jenih. Ado lagu tu ado lagu ni. Hok pranga hudoh. Hok pranga molek. Hok hudoh pe'el belana kokna heh. Hok breghi 'mmongoh. Hok breghi mmecok. Hok tok leh 'tek lasong. Hok tokleh sseleh sikik la hok paling ambo tok breghi. Nanggung sseleh sikik, nyettok slalu. Apo jenih nnasio la. Amek tohok 'llauk la  kalu jenih lagu ni. Narak la kito sokmo nok jago peghasae dio. Pahtu alik kito lagu mano? Arrr.. Parok jengg lagu ni Kak We dio..

Banyok doh jenih nnasio hop ambo jupo. Hok makey daley. Hok ni paling tekkey. Llua napok bereh, juruh, tapi dae nyo sembur gak, pah daley hati ddaroh. Ado kae ore kato, ore hok napok senyak ni jange ingak dio baik. Ado pe'el jugok. Nnasio, biasolah, perangha hudoh sikik-sikik tu nyo ado hehh.

Hok tok kenae skali, hok jenih breghi mmogoh. Hei. Panah. Panah. Skalo kalu hok breghi mmongoh ni, biasonyo dio mari skali nga pekeh, mmongoh+sensitih. Tok leh sseleh ore kato. Hooo. Parok alik kito weh. Nanggung sokmo kito keno jago peghasae dio, kito keno sobar, kito keno belako gak. Heeii. Tok leh go weh. Hok jenih lagu ni, saloh sikik jah, cettung slalu. Oloh. Tok breghi la.

Bayae la, tok tahu ulu ilir, tibo-tibo cettung. Hoh? Guano kiro? Tok tahu saloh gapo. Hola, gura sikik-sikik. Kadae-kadae muluk kito ni 'terrrrr'laser sikik, biaso la tu. Tak kae nok kiro jugok. Jolo dok?

Hok breghi wak muko. Sejenih lagi hok ambo tok brapo kenae. Aish. Ngoti eh. Tok molek wei pragha gitu. Tobak ambo tok buak. Wak cettung. Masae. Ingak comey bekali. 

Nnasio. Ado jugok hok bekeng. Oloh. Ambo gak tok leh bena nah. Bahayo ore lagu ni. Saloh sikik, bekok dahi. Haha. Tapi gak, ore Kelate ni, ore kato, bako bekeng-bekeng. Betul ke Bohong? 

Hok jenih kkiro. Hok ni paling ngok. Kedekuk. Supo reto-reto dio buleh wak masuk kubo.

Mujo lah hausmates aku ni jenih tok kkiro blako. Pakak beli pakak makey. Gapo hok ado, ngap blako.. No problem ore puteh kato. Mujo sunggoh la. Peranga pong gilo-gilo blako. Buleh go. Mugo lamo doh kenaa kae. Tahu doh pranga gano.

Kito samo-samo la bekki pragha. Aku pom bukae molek sangak. Kadae-kadae kubey jugokk. Hihi.


nok oyak ni, ambo tuleh ni sajo-sajo jah. takdok keno ngeno nga sapo-sapo. kalu ado hok teghaso tu, maknonyo, dio ore hok sensitih. hahah.



Thursday, January 17, 2013

. sudah tiba masa kah? .






Dah 3 tahun aku kumpul duit syiling ni dengan harapan hujung ni aku boleh buat belanja majlis kawen. Tapi aku rasa impian tu tak akan tercapaiii. HAHA.(x__x)

Tapi aku rasa, menabung itu perlu untuk persediaan. Mana tau tetibe jodoh datang awal dari jangkaan kita. Tetibe rasa dup dap dup dap. *_*







Saturday, December 29, 2012

. lets do it! .






sleep solves everything.




Thursday, December 27, 2012

. aku syakkkkk...





Musim cuti sekolah. Musim hujan. Dedua musim ni jika bergabung dan berlaku serentak, maka hasilnya = gemuk!

Percaya ke tak? Huuu. Sila percaya uols. Aku kalau kat rumah, makan kalah anak jin. Kejap-kejap ngunyah. Kejap-kejap ngunyah. Time cuti ni la nak berjalan sana sini. Bercuti. Then, konpem makan banyak punyeee. Dah tu, musim hujan, duduk kat rumah, konpem la rasa lapar aje.

Bila tak tahu aku nak kurus. Angan-angan jela. Skang, aku syak pipi aku makin tembam dan badan aku makin mengembang. = ='






Saturday, December 15, 2012

. bayar bil .



Sejak akhir-akhir ni, bil BB aku melambung dengan tinggi. Kalau masuk olimpik, dapat pingat emas kauuu. Huhu. Awatnye la banyak bebenor bil ni. Haish. Nasib baik ayah aku baik hati. Dia yang bayar bulan-bulan. Nanti dah kawen. encik suami lah pulak bayarkan ae? ^^




Aku syak, adik-adik aku yang 'kerjakan' bb aku nih. Sebab time aku cuti je bil bb ni naik dengan mendadak. Laju macam EVO 10. :P
Tanya sorang-sorang, tanak ngaku.  Tak hape. Aku sorokkkan bb pasni. Hahaha.


#sori eh. tajuk entry tidak berunsur lucah. :P

Sunday, November 11, 2012

. mesti korangg penah kan? .


Korang penah tak buat macam kat bawah ni?


Jeng!



Kau tengok aku, aku tengok kau. Aku malu kau pun malu. Keh3

Korangg penah buat tak? Jeng jeng jeng. Haa. Dulu-dulu mungkin la. Sebab zaman gila bercintoooo. Kuang3. Sekarang zaman gila macam dulu tak hadee dah. Mungkin sebab tak hade orang nak mengorat macam dulu? Waaahhh. Perasan siot kau!  Phuii! Haha.

Dedulu, zaman matrik, kelas kat dewan kuliah. Ramai-ramai. Campur-campur semua kelas tutor. So, ramai orang. Sekarang, kelas setakat 25 orangg. Keh3. Tak hade feel dengan budak kelas sendiri kauu. Dorang pon muak dah tengok hakuu. Haha. Wahh. Tetibe rinnduuuu zaman matrik. Sob3. #kau rindu zaman matrik atauuuuu.....? :P


p/s : life must go on bebeh.

Saturday, November 10, 2012

. password phone? .





Bukan phone password je. FB. Blog. Emel. Semualah. Ohh my bad. ;'(


Mungkin sebab aku belum betul-betul melepaskan yang lama, yang baru tidak dapat bertahan? Mungkin juga kerana aku tidak ikhlas melepaskan dia pergi dan tidak sepenuhnya menerima yang baru?

Better stop it. Rileks. Enjoy hidup bujang. BUJANG=belum kawen. Ngeh3. Tayah berfeeling sangat lah oii. Geli bulu ketiak je kau. :P



Friday, November 9, 2012

. betul ke bohong? .



Aku perempuan. Korang pon perempuan. Tapi kalau yang baca entry ni lelaki, maknanya dia bukan perempuanlah. Kuikuikui..

Hokayy. Perempuan. Apa yang sinonim dengan P.E.R.E.M.P.U.A.N ni??

Shoping?

Make Up?

Hand bag?

Heels?

Dress?


Dan, perempuan ni sinonim la dengan kecelaruan minda nak pakai baju apa bila hang out dengan member, bf or sape-sape jelah. Rite? Macam aku lah, kalau nak pegy jalan-jalan, mesti sehari sebelum tu aku dah carik baju yang kononnya cun. CUN? Euuwww. Geli beb. Aha. Kalau nak pakai baju, mesti nak kena nampak CUN dalam gambar. Kahkahkah. Aku kan suka potosut (photoshoot).



So true...!

Nothing to wear or Can't decide which clothes they want to wear. 



Aku suka fesyen. Tapi aku tak reti berrrrfesyen. Cis. Kolot. Yes. Kolot molot hakuu ni.  Aku tak reti tau nak belit sana sini. Hana Tajima ke. Ape ke. Kalau tanya aku. Aku jawabb takkk.  Huu. Tapi aku akan pastikan, aku pakai baju yang aku rasa cantekkk. Lantak lah orang cakap apa kan? :P




- Cameron-Seberang Takir-Bukit Tinggi-Cameron-


Ok. Aku tak de mende nak tulis sebenarrrrrnya.!



Tuesday, October 23, 2012

. tangan sejuk tangan panas .




Bosan-bosan study, aku teringat pulak kat blog kesayangan aku ni. Hmm. Update lah kejap. Err. Masalahnya, aku study ke? Or sekadar buat nota? :P

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas. Ayah aku cakap, bukan semua orang boleh menanam. Ada tangan sejuk dan tangan panas. Errr. Ada jugak ke? Maksudnya di sini, ada yang tanam pokok, tapi pokok tu tak hidup pon. Terus innalillah. Haa. Itu namanya tangan panas. Ooo. Macam tu ae?


Alkisahnya, mak aku suka la jugak menanam. Maklumlah, full time house wife kann. Masa kat rumah lama dulu, macam2 bunga ada kat rumah aku. Penuh pokok bunga. Macam taman u know! Lepas pindah, banyak bunga yang rosak, mati and pasu pon pecah. So, rumah sekarang, ada bunga yang biasa je. Suam-suam kuku je la.

Tapi, mak aku suka pulak tanam pokok yang boleh di makan. Haa. Tanah sendiri kan. Suka hati la nak buat apa pon. :P CILI. Banyak sangat pokok cili kat rumah aku ni. Sebab apa? Sebab aku dengan ayah suka sangat makan cili. Aku ni lagi la, cili tu aku buat ulam je. Tak de cili tak sah! Tak selera la makan gamaknya. Aku suka pedas sangat2. Kaw kaw punyalah. Kawan-kawan semua teruja dengan aku. Haha.

Pokok cili kat rumah aku tu, kalau time aku tak balik bercuti, cantik je tengok. Merah je buah.. Lebat dan rimbun je buah. Bila aku balik je. Nasib la cili tu. Habis aku kutip. Haha. Nak makan je, petik. Nak makan je, petik. Fresh wa cakap lu. Nasib lah wahai cili. 

Benda lain yang mak aku tanam...


SERAI. Haa. Ni pon banyak kat rumah aku. Berumpun-rumpun...


Pokok ubi. Memang banyak jugak! Sebab kami suka makan pucuk ubi tu! buat ulam. Ubi kayu tu sedap kalau di rebus!



POKOK BETIK. Haa. Banyak jugak. Tapi, aku hairan. Kenapa tak berbuah? Bunga bukan main lebat. Ayah aku cakap, mak aku tanam betik jantan! Haha,,,

Aku nak sangat tengok pokok-pokok betik mak aku berbuah macam ni...

 
 Ermm. Nak makan betik pulak dah...  = ='


Sekian untuk hari ini. Nak sambung study pulak. :P




Sunday, October 14, 2012

. sahabat baik mula menyampahhhs .




Bila berbicara tentang sahabat. Pilu pulak rasa. Huhu. BFF. kalau sebut pasal BFF semestinya DIA yang saya maksudkan. Dulu, semuanya dia. Dia itu.. Dia ini.. Dia...dia..dia.. Sekarang? BFF yang kami bina itu berkecai. Mungkin salah aku. Dan mungkin juga salah dia. Entah. Tak mau la ulas panjang2, aku tahu DIA baca blog aku ni. :)


Sahabat. Siapa pula. Hah. Ada la kan. Lebih selesa aku gelarkan dia sahabat saja. #ceh. macam artis plak seyh!# OK. Kita sambung. Encik Sahabat secara rasminya menggantikan Mr. BFF yang mungkin dah benci kot tengok muka aku ni. Huuu. #err. encik? dah tentu2 lelaki. huuuu#


Banyak la aku berkongsi dengan dia. Maklumlah, kenal dah lama, bertahun...tahun...tahun. Tapi, tak berpeluang nak chit chat panjang. Sebab masa tu... Heee. Tayah la cite. :P

Ok. Aku dengan encik sahabat ni rapat la kiranya. Dia suka la godeh-godeh Pebret aku. Apa-apa jela tentang kesukaan aku. Kunun nak selami hati budi perasaan dan jantung aku lah. Cewah. Nak manis je ayat kan encik sahabat? :P Dan. Dia mula komen. Ha. kalau bagi bab komen, serahla kat dia. ZZZZZZZzz. Berbulu telinga mak nenek aku mendengarnya!

Apa taknya. Penuh la folder gambar aku dengan artis2 kesayangan aku. Semua lelaki lak tu. Phuiii! Kata encik sahabat. Yela. Kalau aku minat perempuan, dia cakap aku lessy lak ai. Menyampah kata dia tengok artis2 tuh. Sebab aku obses sangat kut? Haaa. Suka hati la oi! :PP


Meh tengok senarai lelaki yang menjadi musuh encik sahabat.


FK a.k.a Farid Kamil. Wah. Dulu aku buat header pon dengan gambar FK.  
Encik sahabat cakap,
' bukan hensem pon. eeei. padam la padam. tak untung pon simpan gambar dia ni..! '




Zizan Razak. Hmm. Encik sahabat suka gak kat Zizangggg ni. Tapi takla seobses aku kan. Siap save gambar2 Zizan dalam henset. Macam mana dia boleh jumpa aku tak tahu la. Padahal aku dah simpan kat tempat secret da. Huuu... Encik sahabat cakap, ' Minat sikit2 sudahlah. Hidung je panjang dia ni...'

Uik? Hidung panjang pon, dia lawak tau! ZZZZZZZ!


 
 Karl Shafek. Hmm. Yang ni memang encik sahabat ANTI habiss. Sebab apa eh? Sebab muka dia iras someone kut. Encik sahabat dengan senang hatinya DELETE semua gambar Karl yang ade dalam henset aku. Amboi. Beraninya! 
Kata dia ' tayah dok minat la die ni. '  

Ala awak, cakap jela jeles. Karl lagi hensem dari awak! Wekkk!


 

HAZAMA. Haa. Yang ni, encik sahabat pelik. Y? Y? Y aku minat sangat! Opkos la. Suara dia UMPHHH! kot! Haa. Jangan tak tahu, aku minat Hazama since dia join Meet Uncle Hussein. Mat Jawa ni memang ohsem tahuu! Kalau tak, tak hadenya aku beli baju Hazamania tuh!





Last but not least. ADAM LEVINE. Arghh! Setiap kali tengok gambar ke. video klip Maroon 5 ke. setiap kali tu lah aku melting!!!!! Aigoo!

Haa. Yang ni ok. Encik sahabat tak de la delete gambar ke ape. Sebab dia pon suka lagu2 Adam Levine ni. Hiii. Tapi agaknya dia menyampah la. Ramai betul lelaki yang aku minat. :P Mahap la encik sahabat. Saya ni memang gatal siket eh. Haha.



Lastly, AFIQ AZMI. Player Kelantan. Haa. Memandangkan encik sahabat juga penyokong The Red Warriors. Oh. Konpem2 la encik sahabat sokong. Team negeri kesayangan kan. Hmm.

Dia kata 'Afiq Azmi ni main bagus. Tapi. Jangan la awak obses sangat! Siap buat wallpaper lagi!'

Haha. Aku letak gambar AFIQ AZMI ni as wallpaper. Encik sahabat siap padam gambar Afiq Azmi ni and gantikan gambar dia as wallpaper fon aku. Gila betul la. Kalau ayah tengok macam mana? Nak kena hambat dengan penyapu? Geram je dengan budak ni la!


Akhir kata, semoga encik sahabat bertabah dengan dugaan ini. Wahahaha!


Tuesday, October 9, 2012

. makan yang sedap-sedap saje lah! .


Apa yang aku tengah fikir? Cuba fikir? EH. Melalut eh kau Cik Kieranaa! 

Huhu. Ekceli, aku tengah fikir nie. Bukan tengah fikir, sebenarnya aku berangan tadi b4 taip entry ni. Haaa. Berangan sambil buat-buat rungsing.

Runsing?

Yela oi. Tak lama dah nak cuti semester. Sebulan lebeh je lagi. Bukan cuti yang aku risaukan. Aktiviti masa cuti tu. Erm.. Ermm. Bukan pasal trip ke Bandung. Yang tu, setel. Haa la. Sebab dah dapat 100% sponsor daripada ayahanda terchiennnta. Hii.

Yang aku rungsing, erm. Pasal kelas memasak bersama emak? Eh. Tak rungsing langsung! Pasal ayah suruh aku training bawak kereta manual? Hmm. Langsung aku tak takut.

Habis tu? Haila. Intro dah panjang berjela ni oii. 

Erm. takut GEMUK lah! Huwaaa. Biasalah, perut macam monster. Makan nak banyak. Tak sedar diri tu macam doremon. Badan cepat naik. Adui la. Kat rumah payah sikit la nak kawal makan. Gila rugi kalau buat-buat diet. Haish. Guane neh. Guane. Ambe nok kuruh!


Aku takut je naik semester 7 nanti. Badan aku kembang macam belonnn. Aiiggo. Tak pasal-pasal pakwe larik. Eh. Ade pakwe ke? Perasan lebeh! Haha. But, hopefully, aku boleh buat-buat sibuk sampai lupa nak makan. #eh, lupa ke?# Takut lah badan aku jadi macam kat bawah ni.....

.
.
.
.
.
.



              SEBELUM CUTI                                  SELEPAS CUTI


Kang tak pasal-pasal kang. Orang lain makin kurus. Aku makin jadik doremon.  Adakah aku perlukan pertolongan?





Herbalife? 

Ahh. Makan banyak tak jadik jugak! Penat je shake hari-hari. Tapi makan dua tiga tong nasik. Gemuk jugak. Haishh. Apa lagi?







Teh Orang Kampung?

Aih. Ni berak je lebih. Haha. Kang tak pasal-pasal berulang pegy toilet. Huhu.






Julap?

Haa. Yang ni boleh. Kalau nak mati cepat. Sila-sila kan amal makan benda ni. Haha.


Kesimpulannya. AKu redha dengan ketentuan Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui. Hihi. #ayat poyo je. Cakap je la nak makan banyak masa cuti nanti!#



p/s : Tajuk entry macam tak kena je!



Monday, October 8, 2012

. ayah tak rasa nak menantu lagi. FULLSTOP .



Whoaa. Wat a sunny day. Eh. Suuny day ke uols? Kat Kuala Lipis ni tak hadeee lah sunny sangat pon. Jo'ong day ade lah. Haip! Jo'ong tu maksudnya mendung ye. Take note. :P


Then, hari ni, dengan mata sembab. Err. Sembab or sembap? Ah. Wat eva lah. Ha. Dengan mata kusam, eh, sembab, aku ke Dewan Kuliah. Kununnya hari ni bebudaksss semester 6 ada ceramah pra-perkhidmatan. Ah. Kusut. Dah la mata mengantuk tak cukup tido kan. Ada ceramah bagai pulak. Siyes rasa nak tumbukk orang. Lepas tu. Tadaa...! Surprise! Aha. Bukan ceramah noksss! Urine test pulak. Hukhuk. Nasib baik semalam masa kat kampungg, aku tak tibai PETAI JERUK makk aku. Kalau tak, nasib lah pegawai yang test urine aku tu, maunye pengsan bau petai. Bhahahaha...!


OK. Aku rasa intro yang tak kena dengan apa yang aku nak merepek sekarang. Zzzzz.... =='


Alkisah di sini, petang semalam, aku teman makk dengan ayah aku pegy bank. Ada la urusan mereka. Then, aku sempat la merayau kedai buku kat sebelah bank tu. Sempat jugak buang duit beli novel. Ok. Bukan kess beli novel aku nak cerita. Tapi kes lain. Stay tuned ok.

Haa. Jumpa la sedara ayah aku. Bapak lama tak jumpa makcik tuh. Rasanya aku pon dah tak cam dia. And dia pon berkali-kali ganda tak cam aku. Masa kecit-kecit dulu kurus je. Sekarang dah macam doremon dah. :P


Ayah aku cakap la ' ni anak sulung kito...'

Makcik ' owh, satu sekolah dengan Ayu dulu ye..?'

Aku ' aah.' #sambil senyum then salam makcik tuh. hope la dia berkenan buat menantu, memandangkan anak dia doktor. hensem bergaya. tinggi lampai.  

Then makcik tu cakap lagi ' ke nak dapat menantu doh ni?'
 
Aku pon gelak-gelak gaya sopan la. Ayah aku dengan spontannya  jawab :

' EH. Lambak lagi ni. Setaung lagi belaja. Kijo dulu. Tak raso lagi nok na'tu '

Ok. Tak paham kan? Meh sini aku translate kan.

'Eh, lambat lagi kot. Setahun lagi baru habis belajar. Lepas tu, kerja dulu. Tak rasa lagi nak menantu '


ZzZzzZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Berkelip-kelip mata aku uols. Oh Ayah. Huhu. 

Ayah tahu tak Kaklong dah siap-siap ambik kursus kawen...?
Apa ni? Apa ni?










Saturday, October 6, 2012

. marbeles lah! .





Alkisah bermulanya kisah. 


Kisah pebende? Haaa. Ni la aku nak kisahkan! :PP

Cik Diya a.k.a Dayah dah dua kali kot tanya aku, 'kak et bila nak tukar fon?'

Aku jawab ' eii.. sayang duit. Nak ayah belikan!'  #haha. bapak punya kedekut! nak jugak ayah belikan.#

Selain cik Diya, orang lain termasuk ehem-ehem pon tanya, bila nk tuka fon?

Aku jawab ' ala, Sony c510 saya ni boleh guna lagi, nak buat call ngan mesej je pon. Tunggu la saya keje, saya beli la Samsung sII like u okeh bebeh? '

Banyak la alasan kalau dah kedekut tu kan. Padahal gelepor nak fon baru, tapi tak nak kua kan duit snirik kan. Haa. Dari aku beli fon, baik aku simpan untuk masa depan. ye dok?

Then, my sis call, sape lagi kalau bukan Cik Yana,
' along, Yana pakai Corby. Kimi pon pakai Samsunggggg...'

Huwarghhh! 1 family pakai Samsung. Aku je pakai Sony yang sememangnya tak canggih la. Bukan touch sekeringgggg macam dorang. Apatah lagi wifi mifi semua tuh. Instagram? lagi la wassalam. Tak de! Tak de! 

Namun begitu, aku tetap steady. Hari2 ayah call, bagi hint cakap seronok lah semua dah pakai Samsung. Padahal nak suruh sponsor. Galaxy Y pon dah hokeyyy. Malangnya, tak dak respon baq hanggg. Aku dah tekad, kalau ayah tak nak belikan. Nanti keje baru aku tuka. #kedekut ya Rabbi!#


Semalam, aku balik mengejut sampai ayah pon terkejut. Last2, aku dapat bende neh..... 

.
.
.
.
.
.
.
.

 







Sama sebijik sedebik baq hangg. Pink pulak. Wat eva la. Tq. Tu je mampu cakap. Tak kira lah. Nanti dah keje, aku nak jugak beli yang macam ehem-ehem tu. Huh. Sebab dia selalu kutuk fon aku kot! 
 



Wednesday, October 3, 2012

. shy-shy cat .









Haa. Pernah tak korang alami situasi macam ni? Haaaaa. Aku? Aku? Kat matrikulasi dulu mungkin! Haha. Kat IPG ni konpem2 la tak de kan. Hihi. Shy2 kucing giteww. Alolo. Cuwit bangat meh!







Friday, August 3, 2012

. hati kala cinta .







Benar kata SPRING - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA , namun seperti kata STINGS - ADAKAH KAU SETIA ? Walhal diriku tak ubah seperti RAHMAT - HANYA SEGENGGAM SETIA . Sekiranya kita seperti SCREEN - KITA DITAKDIRKAN BERPISAH , aku hanya seperti ILUSI - SEGALANYA KU TERIMA . Walau hati ini seperti ARROW - NIAT HATI TAK NAK BERPISAH , akan aku turuti KAPILLA - MERINDU TANPA KATA , ketika itu diriku seperti SCOIN - KU MENANGIS KEHILANGANMU , akan aku ajukan permintaan EYE - IZINKAN SELAMANYE NAMAMU DI HATI dan diriku hanya lah seperti OKAY - KU RELAKAN DIKAU PERGI :)





Friday, November 4, 2011

.jodohORANGsini.



Rumah saya ke rumah awak?


Haa. Tadi pegi umah nenek aku. Dekat je. Naik kete lam 5 minit tak sampai. Berbekalkan pisang goreng dan ubi goreng, aku, adik, mak ngn ayah sampai la umah nenek. Paklong aku tengah cat rumah masa tu. Boleh dikatakan 95% dah siap. 8.12.2011 ni majlis bertandang Pak Cik aku yang keje kat Sarawak tu dan majlis kawen Maksu aku. Wah. Sangat bz yea. Nak buat itu. Nak buat ini.


Sekarang dok kalut pasal nak pergi Kedah. Pak Cik aku kawen ngan orang Kedah. Mak Su aku pulak dengan orang sini je. So, tadi bincang pasal nak bertolak bila, berapa buah kereta nak pegi, sewa homestay berapa bijik, makan macam mana. Huh. Sangat tinggi bajet yea.

So, ayah aku dok cakapcakap. Kawen dengan orang dekat dekat je senang. Aku senyap je. Malas nak menyampuk. Memang dah bagi hint tuh. Haha. Kalau boleh aku nak kawen dengan jiran sebelah rumah ni je. Tapi malangnya, sebelah kiri hutan, belah kanan, anak lelaki dia baru darjah satu. =='





Ayah ada sebut pasal Kuala Berang. Hape ntah, aku buat tatau je. Adoi. Dia cakap, kalau dapat besan orang sane, susah nak sembang. Sebab orang sana cakap piawww derr! 'Pekat' loghat Terengganunya. :P Aku senyap. Haha. :D Macam mana ayah boleh 'bomm' aku dengan orang Kuala Berang? Haih. =='


Jangan risau ayah. Saya nak cari orang Kelantan jea. Senang nak balik raya! :D







Haa. Gambar atas ni Cik Diya yang post kat wall pesbuk aku. Haa. Salah satu nak yang dekatdekat sebab nanti tayah peningpening nak balik raya! Heee. Satu jalan je. Kalau balik dari Selatan, jumpa rumah saya dulu. Kalau dari Timur, jumpa rumah dia dulu. Haa. Persoalannya, siapa DIA? :D




notakaki :: tak pernah berubah. hanya kamu. :)