.

.

Thursday, December 20, 2012

. eksiden lagi .





Accident. Kemalangan. Huh. Sungguh akuu fobia. Trauma. Sumpah beb! Aku ni kalau dah trauma. Memang berbulan-bulan lah aku ketoooor (gigil) lutut nak memandu. Kecuali motosikal. Aku memang tak pernah trauma. Sebab tak pernah alami dan kalau tengok orang eksiden pon, aku macam tak takut nak bawak motor lagi. Lain pulak kalau kereta. Trauma habisss.

Sebab apa eh? Maybe kereta tu besar? Eh. Ada kaitan ke? Serius cakap, aku suka bawak motor. Kawan-kawan aku ramai yang 'kureng' dengan motor. Alah, gegurl kan. Sopan-sopan sikit kalau pandu kereta. Tapi aku, wahh. Motor lagi best. Leh cilok-cilok. Kalau hujan baru menggagau cari kunci kereta, Ye idokkk? Hiii. Nak kata aku ganazzz, tak hade pon. Pakai swit-swit macam kaum perempuan lain kot.


Ni gambar eksiden dua hari lepas, depan UITM Machang, dekat dengan rumah aku. Punyalah terkejut. Eksiden ni melibatkan tiga buah kereta dan sebuah lori. Seorang meninggal. Kejadian betul-betul depan 7 Eleven pada pagi Selasa lepas. Lori tu terbabas langgar divider then langgar dua buah kereta. Then, kereta tu terbabas dan rempuh kereta yang parking kat tepi jalan.


Seorang yang meninggal tu kawan mak su dan pakcik aku. Mak su aku cerita, semalam (Isnin) dia ada datang kat kedai makan mak su and biasanya dia ni suka buat bising. Kalau dia (allahyarham) pergi kat kedai, mesti kecoh. Masa dia datang tu, mak su tanya la, nak minum apa, then dia cakap, 'tak de selera'..
Terkejut betul mak su aku bila pagi Selasa tu dapat tahu dia dah tak de. Ajal dan maut ni kita tak tahu bila kan. Huhu

Tapi memang la. Depan Uitm ni aku trauma kot. Huhu. Divider tu selalu jadi mangsa langgar lari. Haha. Siyes bahaya. Peringatan untuk diri sendiri supaya berhati-hati kat depan UITM tu. Semoga kejadian sama tak berulang kembali. :)





Inilah divider yang amat bahay iteuuuuwwww. Hihi. Malu pulak kalau ingat. :P
#gambar dari arah bus stand. Tempat kejadian tu depan lagi..


Kawasan depan Uitm ni selalu sibuk. Jalan besar. Highway, mesti la sibuk kan. Student Uitm memang guna jalan ni untuk melintas. Tapi, kalau kita hati-hati boleh kita elak kejadian yang tidak di ingini. Ada seorang hamba Allah ni komen, dia cakap, ' kadang2 driver lori ni macam celake'

Heloo bro! Suka hati lu je kan. Pemandu kereta pon kadang-kadang ada yang macam @#$%^&* jugak kan. Jangan la suka nak menuduh atau maki orang. :)


p/s : AES? Suka atau tidak? Tak pernah lagi aku kena saman.


2 comments:

Admin said...

Bab-bab kemalangan ni.. kalau orang tak langgar kita, kita langgar org. kena hati2 di jalan raya..

~cik atin~ said...

takot sbenarnye klu ngadap bende2 kemalangan ni. mitak jaoh la..