.

.

Saturday, March 9, 2013

. buah apa? .



Sebagai orang kampung. Membesar kat kampung. Nanti akan menetap di kampung. Aku banyak tahu la, nama-nama ulam or buah yang 'klasik' bagi kawan-kawan aku. Bukan nak show off, kalau kau rasa annoying, sila tahan kayy. HAHA.

Contohnya, bila bercakap pasal ulam ke ape. Bila aku sebut nama ulam tu, contohnya, pucuk peraksi (orang Kelantan panggil, negeri lain aku tak tahu.), dorang mesti blurr. Tapi kalau aku pegi pasar tani, aku tanya makcik yang jual sayur, 

' mokcik, pucuk praksi ado?'

Mokcik tu akan jawab, ' adooo' 

Maksudnya di sini, mokcik-mokcik jah kenal. Adakah aku ni berstatus mokcik-mokcik? HAHA. Abaikan. 




Hop ni bukan buoh. Eh, memey la buoh, tapi namo dio tak dop kaitey dengey buoh. 

Pucuk Cekak Manis.

Sedap kalau buat sayur air. Ops. Sayur air tu macam sup sayur la. Tumis bawang, lepas tu letak air. lebih kurang la.  


Haa. Ni Buah Cermai. Masam gila kau! Dulu masa kecik-kecik, dekat rumah Mok Ngoh, tempat aku mengaji al-Quran, ada pokok cermai ni. Lepas mengaji je, mesti aku 'rungkassss' pokok. Haha. Tak kira pakai kain ke pakai seluar. Aku panjat jugak. :P



Next.

Gambar atas ni buah ape? 
Klu : Nama buah ni ada kaitan dengan haiwan. 




Buah Katak Puru!

Korang panggil ape eh?



0 comments: