.

.

Thursday, July 25, 2013

. belajar ;') .



Kadang-kadang kita rasa kita susah. Tapi ingat, ada lagi orang lain yang lagiiiiiii susah.
Kalau kita rasa kita sedih, ada orang lagi sedih daripada kita.
Kita rasa dugaan yang datang pada kita tu dah hebat. Kita jangan lupa, orang lain lagi hebat dugaan mereka.


Aku pernah hadapi situasi macam ni. Aku rasa aku susah, sedih. Beratnya dugaan ni. Walaupun aku senyumm. Act like nothing happen. Buat rilek. Selalu buat tak tahu. Tapi dalam hati. Menggelegak. Sakit hati. Terasa hati. Macam-macam ada. Bercampur baur perasaan. Tapi aku buat tak endah. Sakit dalam. Makan dalam orang kata.


Bila aku rasa tak boleh nak tanggung, ya, aku luahkan. Pada seseorang yang aku boleh percaya.


Tapi bila aku dengar dugaan orang lain. Masalah orang lain. Aku termenung. Aku berfikir sejenak. Rupanya orang lain lagi hebat dugaan daripada aku.


Sabarlah. Semoga dengan sedikit kesabaran, kita boleh menghadapi segala dugaan. Amin.


Allah tak uji seseorang tu jika dia tidak bersedia. Allah juga tak uji seseorang tu kalau dugaan tu di luar kemampuan seseorang tu.


Mungkin hari ni bukan hari kita. Mungkin esok mereka pula di tempat kita. Mungkin hari ini mereka tak hiraukan perasaan kita. Tak pernah nak jaga hati kita. Mana tahu, esok, orang lain buat benda yang sama pada mereka. Kan dunia ni macam roda. Berputar pada paksi yang sama. Bulat. ;')


Orang senang pon bukan sentiasa senang. Orang susah tak selalunya susah. Bukan dalam semua aspek mereka susah. Jadi, sama-sama lah muhasabah diri.


Mungkin kita rasa mereka salah. Tapi seeloknya kita salahkan diri kita dahulu. Mungkin salah kita membuatkan mereka buat salah. Hah. Berbelit dah ayat aku.


Apa yang penting, kita sama-sama muhasabah diri. Jangan letakkan ego di tempat yang paling tinggi. Tak salah untuk memohon maaf walaupun bukan salah kita. Kerana, minta maaf dan memaafkan orang lain itu perkara yang buatkan kita tenang dan rasa lega. Setuju?



Yang benar,
Aku yang tersakiti, aku yang terkesot hati. ;')


p/s:belajarlah hargai orang lain. belajarlah jaga hati orang. belajarlah jadi orang yang peka terhadap orang lain. belajar kurangkan ego. belajar jadi matang. jangan cepat mmecok mmongoh!




0 comments: