.

.

Tuesday, October 8, 2013

. kosongg bak kata Najwa Latiff .



Pernah tak korang rasa nak menaip. Nak hapdet. Tapi kosongg. Macam tu la aku rasa sekarang. Nak hapdet blog tapi rasa kosongg.

Apa benda la yang aku fikir.

Sejak dulu lagi aku fikir satu benda ni. Sampai sekarang aku tak dapat jawapan.

Mungkinkah sepasang kawan baik or orang orang sekarang panggil BFF menjadi suami isteri?

Mungkinkah?

Aku masih berfikir. Bolehkan mereka sesuaikan diri nanti?
Sepanjang hubungan as friend or bestfriend, mereka tak ada langsung rasa malu. Tak ada rahsia. Jujur. Percaya. Tapi, bila dah jadi sepasang kekaasih atau lebih tepat sebagai suami isteri, hubungan mereka kekal seperti dulu?

Adakah tingkah laku mereka same as before?

Mungkin mereka hanya keliru di antara sayang dan cinta?
Apa beza sayang dan cinta?
Ya, mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Mereka saling melengkapi.
Ya, mereka serasi bersama. Ya, mereka saling memahami.
Tapi, adakah itu cinta? Bukan sayang sebagai seorang sahabat baik sahaja?
Kelirukah mereka?

Dek kerana si lelaki tergelincir daripada landasan sebagai seorang sahabat, dan wujud perasaan cinta,  keadaan menjadi semakin runcingg.

Namun, si perempuan juga takut kehilangan si lelaki yang dianggap sebagai bestfriend. Kenapa dia takut? Kerana si lelaki itu lah peneman di kala dia suka dan suka. Peneman kemana dia ingin melangkah. Yang itu jugalah sabar melayan kerenah mengada si perempuan. Sahabat itu jugalah tempat mengadu segala cerita. Sahabat itu jugalah penyelesai masalah. Yang selalu ada di sisi.


Ahh. He is my bodyguard, kata si perempuan. Kata si lelaki pula, you are my princess. Dah macam belangkas dua sahabat itu. Kemana saja berdua. Kau suka apa? Aku suka apa? Semua dalam otak fikiran mereka. Bersandarkan reaksi muka sahaja mereka dapat menebak apa yang bermain di fikiran si sahabat. Sungguh, mereka begitu serasi. Serasi yang amatt.


Kata kawan-kawan, kau orang berdua memang sepadan bersama. Tak salah jika status bestfriend forever itu bertukar kepada status yang halal.


Namun, mampukah si perempuan membalas cinta si lelaki? Sahabat baik bertukar menjadi kekasih? Siapakah yang sedang keliru?  Si perempuan? Si lelaki?



Betulkah?

Bertuahkah seorang wanita itu jika sahabat baik, kekasih dan suami adalah orang yang sama?



Take a chance and never look back.


0 comments: