.

.

Thursday, September 4, 2014

. how fast time flies by .



It's amazing how fast time flies by and you don't even realize it. Am i right?

Oh. Speaking pulok mek tii. HAHA.

Takpela, aku karang entry ni dalam BM jela ye. Kang kalau BI, korang tak paham pulak. Wakakaka. Bukan ape, aku  'sangat fasihhhhhhh' english ni. :P:P


Hari ni saja nak up story. Tiba tiba rasa nak throwback. Tiba tiba terfikir. Cepatnya masa berlaluuuu. Rasa baru je masuk foundation kat IPG. Rasa baru je ayah hantar aku kat Kuala Lipis yang 'jauhhhh sangat' tuu. Rasa baru je aku nangis nangis masa nak fly datang Sarawak. Bukan apa, nangis sebab takut kena mengajar pedalaman. Tup tup, kat pekan je kot. Buang air mata macam tu jek nangis. Hehehe.

  My first PBS, Pengalaman Berasaskan Sekolah, 2010

* abaikan pipi pauu tu. zaman kecik dulu memang tong dram sikit. *

PBS ni seminggu je. First PBS aku buat kat Terengganu. Haa. Ni kira dah masuk degree la. Foundation masa ada turun sekolah. Teori je semataaaa. Allah. Kejap kan masa berlalu. Macam baru je aku PBS kat sini, time ni ada dua cikgu praktikum kat SKST ni, abang rohazlan dengan abang sharul. Now dedua pon posting Sarawak. Hehe. Time ni blurr je lagi bila masuk kelas. Maklumlah, first time kan turun sekolah. Now, dah jadi cikgu, masuk kelas je nak bebel. Adaaaa je benda yang nak bebelkan. Hope la laki aku nanti tak kena bebel. HAHA

PBS 1, Sem 1 Tahun 2010  - SK Sebarang Takir, Terengganu ( seminggu )
PBS 2, Sem 2 Tahun 2010 - SK Belukar, Machang Kelantan ( seminggu )
PBS 3, Sem 3 Tahun 2011 - SK Sungai Danga, JB ( seminggu )
PBS 4, Sem 4 Tahun 2011 - SK Bukit Tiu, Machang Kelantan ( seminggu )

Lepas habis je siri PBS  kau melepak je kat sekolah selama seminggu sambil sambil cari bahan untuk buat laporan, maka bermula lah praktikum pada tahun tiga dan empat dannnnnnnnnnnnn setiap semester ada praktikum. Haaa. Itulah beza IPG dengan universiti. Praktikum kemainnn.

Praktikum 1, Sem 5 Tahun 2012 - SKKeledek Kuala Lipis ( sebulan )
Praktikum 2, Sem 6 Tahun 2012 - SK Betau, Kuala Lipis ( 2 bulan )-sek.org asli
Praktikum 3, Sem 7 Tahun 2013 - Sk Gali, Raub ( 3 bulan ) best sekolah everrr!
Internship,    Sem 8 Tahun 2013 - SK Gali, Raub ( sebulan )


Praktikum tu just 10% je kot dari tugas guru yang sebenar. Kau sibuk time lecturer kau datang nak observe je. Yang lainn, kau hanya mengajar macam biasa dan bergembira dengan cikgu cikgu kat sekolah tu. Kebeeeeeetulan kalau cikgu kat sekolah tu sporting. Haa. Aku saaaaaaaaaangat beruntung, selalu dapat sekolah yang cikgu nya ohsem gilaaa. Especially SK GALI. Best sekolah ever! Cikgu tak ramai, dan sek kito memonopoli. Memang riuhh la bilik guru. Boleh masak masak, gelak ketawa sama sama. Kalau diberi pilihan, nak je aku apply pindah situuu. Hehe. Sk Betau pon best, sebab aku tinggal kat kuarters kan. Cikgu pun sporting dan majoriti orang Kelantan. Dorang semua ramah dan banyak membantu.

2014, officially as ateacher. Alhamdulillah. Syukur sangat. Aku ada kerjaya sendiri, boleh bina hidup sendiri. Tak sangka aku end up as a teacher. Sebab aku takkkkkk pernah terfikir nak jadi cikgu, dedulu cita cita melangit nak jadi engineer. Gila fizik kannnn dulu. HAHA. Tapi, orang kata, pilihan ibu bapa tu berkatttt. Sekarang aku sudah jatuh cinta dengan kerjaya ni. Berkaatttt ikut kata mak ayah. macam jugak jodoh, kan ke berkat kalau kawen dengan pilihan mak ayah. ( ehh,, tetiba! hahaha )

First posting, SJKC Chung Hwa Lawas, Sarawak.


Masa cepat berlalu. Banyak yang berubah. Dulu tong dram, sekarang tin biskut. HAHA.

Dah 5 bulan plus plus plussssssss aku kerja. Semoga aku berjaya pencen dengan jayanya. Hehe. Bai korang

Have a nice day ahead. Love me as much as u can babyyyy. Muahh!


0 comments: