Aku ni jenis makan tak memilih. Apa je ada depan aku.. aku tibai. Asalkan halalan toyyiba. Awal awal keje dulu boleh kata kerap jugak la aku beli makanan kat luar. Then balik tanak nasik je. Bajet rm3-4 je sehari sebab aku makan sekali sehari.
Tapi lame2 rasa macam errrr. Baik aku masak. Barang penuh peti aisss. Haaa. Lepas tu memang hari hari lah aku masak. If balik lambat and ada aktiviti petang.. baru ler aku tapau. Satu lagi kalau peti ais kosonggg. Hahaha.
Baby cakap awat aku rajin sangat masakkk. Sempat ke? Kalau saya penat bhaa.
Hahaha. Sebab rajin masak?
1. Jimat
2. Prektis makes perfek mehhh. Hahaha. Nanti dah ada laki kena jugak masak. Takkan tiap tiap hari nak tapau. Belaja dari sekarang
3. Asah skill memasak uols. Sebab aku ni bukan jenis terer power hebat sangat masak. Suam suam kuku sajooo. So kalau selalu masak... lama jadi terbiasa sudah bhaaa
4. Boleh makan apa yang kau nak. Kann? Kau mengidam apa.. masak je meh. Tak reti? Google ade oii. Jangan beri alasan hokeyy.
Aku ni ikut mood. Kadang2 rajin.. kadang tak. Untung la sekarang single lagi. Masak ikut tekak sendiri. Nanti dah ada lagi, takkan goreng teloq goreng ayam goreng ikan sokmo. Laki merungut nanti uols. Haha. So aku belajar lah sikit sikit. Sebab benda ni kita boleh belajar. Cuma rajin ke tak and berusaha ke tak je. Semua atas kehendak and usaha masing masing.
Alhamdulillah setakat ni aku tak lah sibuk mana. Isnin dan Selasa je ada aktiviti petang. Balik jam 12.30 then kena pegi sekolah jam 2.30 petang. So.. malam sebelum tu aku akan masak lauk siap siap. Esok panaskan je. Sayur pulak.. aku potong siap siap. Balik sekolah esok campak campak je dalam kuali. Nasik pepagi or malam sebelum tu masaklah. Haaaa. Jimat masa dan senang kan? Setakat sayur... 10minit dah siap. Hehe.
Rabu hingga Jumaat aku boleh la masak sedap sedap sikit sebab balik pukul 12.30 then takde aktiviti petang.
0 comments:
Post a Comment