.

.

Saturday, October 15, 2016

. Xplore Borneo : Weston Proboscis Monkey Sanctuary .


Next trip: 3 September 2016. Weston Prosboscis Sanctuary. Day trip je pun. Tapi dia punya excited tu lain macam. Sebab dah lama tak ada trip kot? --' Orang dok kata kami ni banyak berjalan. Hello, alang-alang kat borneo ni, jalan la. Bila lagi nak round borneo kan? Hahaha.



Lawas - Weston, santai-santai je drive. Tak sampai 2 jam dah sampai. Errr, ada penampakan dua ketul makhluk sedang cuba masuk dalam gambor. kahkah!


Yeayy! Dah sampai. Awal lagi time kami sampai ni. Trip bermula pukul 5 petang. Hmm... apa sebenarnya ada kat tempat ni? Dah nama pun monkey sanctuary, ada monyet lah! HAHA. Monyet yang hidung panjang tuuu. Aku ingat kat Sandakan je adaa. Rupanya kat sini pun ada. So, trip ke Sandakan cancel lah ek. HAHA. 


 Fyi, selain tengok monyet tu, sebelah malam, tourist guide akan bawak kita tengok kunang-kunang/keli-kelip. Haaa. Ingat kat Selangor je ada? Heee. Pakej tengok monyet + kelip-kelip, RM 30 per person. Korang boleh walk in atau booking. Better booking lah kot. Bimbang full je. Kami main redah je hari tu. Nasib baik ada kosong. Kebetulan ramai pelancong luar negara time tu. Kalau korang nak ambik pakej sekali dengan makanan pun ada. Kami tak amik sekali dengan pakej makan, kami booking asing-asing. Jimat sikit. Sebab kami ni spesies yang makan sikit. Rugi la bayor mahal-mahal. ;p


tempat makan

jeti


Chalet pun disediakan. In case nak bermalam ke. Sebab trip akan habis dalam jam 8 malam ++. So, yang datang dari jauh, boleh bermalam kat sini. Sebab jalan ke sanctuary ni agak sunyi. Bilik solat semua ada kat sini.

chaletnyeee. macam dorm.

menu


Sebelum trip bermula, kami jalan-jalan kat kawasan chalet dulu. Trip tengok monyet start pukul  petang. Lepas tu, kami naik ke jeti untuk makan malam dan solat. Then sambung trip tengok kelip-kelip pulak!


kawasan chalet. hujunggggnye ada pangkin. lepak tepi sungai. heee


Trip bermula! Kami satu bot dengan pelancong dari Korea dan Eropah. Hee. Excited si Wahid dapat satu bot dengan orang Korea --'


Baju pink tu oppa! Hahaha.


Housemates


Menyusuri sungai weston. Seram pulakss noks. Hmmm. Aku takdelah excited sangat tengok monyet ni. Tapi entah kenapa aku tengok dorang ni semua beriaaaa gila. HAHA.


Pokok monyet! --'


Touristguard bawak kami tengok sunset. Siap tolong amikkan gambar lagi.



Sunset at Weston.


Dinner



Lepas dinner, kami terus naik bot untuk tengok kelip-kelip. Serius woowwwww gila! Memanglahh aku penah tengok kelip-kelip. Tapi ni banyak gilaa kot. Seriouslyyyyy amazing weiii. Rugi tak dapat snap gambar sebab nanti kelip-kelip tu lariiiiiii. Orang tu just guna satu lampu khas untuk tarik perhatian kelip-kelip tu. Bila dia pusing-pusing je lampu tu, terus bercahaya. Macam pokok krismas. Fuh. Korang kena datang sini wei! Dalam pukul 8 lebih, kami naik ke jeti. Serius penat. Kami terus pecut balik Lawas. Hampir pukul 10 malam baru sampai. So, what's next?


total bajet :

pakej                   : RM 30
makan                 : RM 22
minyak kereta      : RM 5

TOTAL = RM 57


happiness only real when shared ;)


Saturday, October 8, 2016

. Xplore Borneo : Kundasang Rosewood Homecottage .


Fuh. Long time no see right? Hee. Almaklumlah... cuti + kerja bertimbun. ;p So hari ni baru mood datang nak update pasal homecottage yang aku stay kat Kundasang dua bulan lepas --' 

Kundasang Rosewood Homecottage. Kami sewa bilik untuk 4 orang even kami berlima. Pandai-pandai la nak jimat, ye dak? HAHA. Bilik ni selesa la untuk tidur. Sebab datang sini memang nak berjalan kan, bukan nak terperap dalam bilik. Lainlah kalau datang nak honeymoon lepastu mereput dalam bilik. Haaa, tu korang kena cari chalet yang best-bestlah. HAHA. ;p Harga? RM 100 semalam.



Tudia dah ada nombor telefon. Kalau rasa nak cuba stay sini, call je ye. 


Inilah rupanya cottage kami tu haaa. 


Satu katil double-decker

satu katil queen size


Ada kipas, plug untuk caj henfon. Tu yang penting. HAHA  Tapi kitaorang tak pasang pun kipas okayyy. Sejuk kot. Mau beku kalau pasang kipas jugak. HAHA.


Pemanas air pun ada. Sejadah. 


Tandasnye betul-betul tepi katil queen tadi. Memang dengar lah kau buat apa dalam toilet tu. Kentut pun boleh dengar ni. HAHA. Aku sanggup lunaskan hajat kat masjid weiii, memang tak selera lah nak 'membuang' kat toilet ni. HAHA.


Yang bestnya, bukak je tingkap, kau akan nampak Gunung Kinabalu. Oh Tuhan. Beautiful scenery ever!


Ni lah jalan nak masuk ke homecottage ni. Memang simpangnye kecik je. Korang ambik roundabout ke Desa Dairy Farm tu. Alert dengan signboard Klinik Kesihatan Kundasang. Simpang yang sama. Tempat ni tepi KK tu je haaa. Kalau tak jumpa, sila waze Klinik Kesihatan Kundasang. Dah, setel. 


 

Untuk rujukan korang lah ni. Kalau nak tengok gambar bilik ke apa. Direct ke website ni Kundasang Rosewood Homecottage.


Serius nyaman bah kat sini. Kalau mintak pindah mengajar kat sini ok tak? Hehe.


Oklah, nantikan update aku pasal Weston pulak ye? Dah lama simpan ni. Heee. Have a nice day ahead guys!


happiness only real when shared ;)