Fuh. Long time no see right? Hee. Almaklumlah... cuti + kerja bertimbun. ;p So hari ni baru mood datang nak update pasal homecottage yang aku stay kat Kundasang dua bulan lepas --'
Kundasang Rosewood Homecottage. Kami sewa bilik untuk 4 orang even kami berlima. Pandai-pandai la nak jimat, ye dak? HAHA. Bilik ni selesa la untuk tidur. Sebab datang sini memang nak berjalan kan, bukan nak terperap dalam bilik. Lainlah kalau datang nak honeymoon lepastu mereput dalam bilik. Haaa, tu korang kena cari chalet yang best-bestlah. HAHA. ;p Harga? RM 100 semalam.
Tudia dah ada nombor telefon. Kalau rasa nak cuba stay sini, call je ye.
Inilah rupanya cottage kami tu haaa.
Satu katil double-decker
satu katil queen size
Ada kipas, plug untuk caj henfon. Tu yang penting. HAHA Tapi kitaorang tak pasang pun kipas okayyy. Sejuk kot. Mau beku kalau pasang kipas jugak. HAHA.
Pemanas air pun ada. Sejadah.
Tandasnye betul-betul tepi katil queen tadi. Memang dengar lah kau buat apa dalam toilet tu. Kentut pun boleh dengar ni. HAHA. Aku sanggup lunaskan hajat kat masjid weiii, memang tak selera lah nak 'membuang' kat toilet ni. HAHA.
Yang bestnya, bukak je tingkap, kau akan nampak Gunung Kinabalu. Oh Tuhan. Beautiful scenery ever!
Ni lah jalan nak masuk ke homecottage ni. Memang simpangnye kecik je. Korang ambik roundabout ke Desa Dairy Farm tu. Alert dengan signboard Klinik Kesihatan Kundasang. Simpang yang sama. Tempat ni tepi KK tu je haaa. Kalau tak jumpa, sila waze Klinik Kesihatan Kundasang. Dah, setel.
Untuk rujukan korang lah ni. Kalau nak tengok gambar bilik ke apa. Direct ke website ni Kundasang Rosewood Homecottage.
Serius nyaman bah kat sini. Kalau mintak pindah mengajar kat sini ok tak? Hehe.
Oklah, nantikan update aku pasal Weston pulak ye? Dah lama simpan ni. Heee. Have a nice day ahead guys!
happiness only real when shared ;)
0 comments:
Post a Comment