.

.

Saturday, November 26, 2016

. Kuching Trip : Topspot Food Court .


Dah penat round Pasar Serikin. Balik mentidooo. bangun-bangun mesti la lapor. Ye dok? Hehe. So, kami mintak Abang Botak bawak kami ke tempat seafood palinggggggggg femes kat Kuching. Memang wajib ah datang sini. Tempat ni strategik betul. Tengah-tengah bandar Kuching, keliling tu memang hotel je, then Topspot Food Court ni sama bangunan dengan UTC. Level paaaling atas, dekat tempat letak kereta. Memang besauuu weh food court ni. Kagum jap.


Bukit Mata Seafood

Sebelum drop kami tu, Abang Botak dah suggest kedai paling murah dan sedap. Sebab kat atas ni banyak bebenor kedai makannya. Kang korang terrrrmakan kat tempat non muslim. Matilanakkkk. HAHAH. Kat kedai ni konpom halal. Sijil halal berderet haaa. Sampai je kat level atas ni, terkejut gila weii. Ramaiiiiiiiiiiii sangat orang. HAHA. Kami kene berdiri kejap, tunggu meja. Ada orang bangun terus duduk.


Konsep kat sini, korang pilih lauk, timbang, lepas tu order nak masak apa. Macam-macam aku dengan Sara pilih. Ikut napppsu lapor kan.Tapi, harga dia murah gila wei. Terkejut kami. Semua pakat dok teka berapa ratus. Heee. 



Aku nak snap pic board belakang lah! Hadoii


Sambil-sambil tunggu makanan. Bergambar itu wajib dah.


Menu kami :
 - ikan kerapu  rasa
- ikan pari bakar
- pucuk paku masak garlic
- tomyam campur
- udang butter
- sotong celup tepung
- umai
- lemon ais


RM 131. Murah hoiiiiii. Haha. Kami teka RM200++ kot.

Dah setel semua, makan kenyang-kenyang, kami gerak. Kat sini tak syok lepak nak sembang. Sebab bising dan kami pun bagi peluang la kat orang lain nak makan pulak. Ye tak? So, kami turun. Lif penuh, jadi terpaksa pakai tangga. Haaa nampak? Ramai tak ramai orang. Nak naik lif pun kene tunggu lama. So, jalan jelah. Biar makanan tadik turun cepat-cepat. Hihi. Kami ke Riverside Hotel, kat situ ada bowling dan wayang. Bowling penuh, so kami tengok wayang je. Cerita Rock Bro.



Selesai hari kedua. Balik, macam biasa, naik uber lah. Malas berjalan. Masing-masing dah penat + mengantuk. Ok. Tunggu sambungan hari ketiga pulak. Zzzzzzzz

Kepada korangggg yang nak tahu lebih detail pasal Topspot ni, sila baca kat blog brader ni. Detail dia bagi hokayyy - azlanrumadi


happiness only real when shared ;)

Monday, November 21, 2016

. Kuching Trip : Pasar Serikin, Gua Angin, Tasik Biru .


Second day.

Pukul 7.30 pagi, driver kami datang ambik, Abang Botak terus bawak kami pegi breakfast kat Kopi O Corner. Makanan semua sedap tapi harga pun sedap la jugak. Oh, btw, kami dah kutip duit siap-siap untuk trip kali ni. Senang, semua bayar sekali je. Ketua rombongan haruslah Kak Sara. Hehe. Kami kutip RM290 untuk hotel, sewa van, makan dan tiket ke Sarawak Cultural Village. Memang ni stail kami kalau bercuti. Hee.


Total makan kat sini untuk 6 orang, RM 51.20


 Semua dah kenyang, kami terus ke Pasar Serikin. Otw tu, nampak la Gunung Santubong ni haa. Excited semua amik-amik gambar. Perjalan ke Serikin ni tak lama kalau kau bawak laju. Tapi stail orang Kuching, dorang slow and steady. Bukan kat Kuching je, kat Lawas pun. Sejam setengah perjalanan + setengah jam jammed nak masuk ke kampung serikin tu.


Bertabah lah kepada sesiapa yang  bawak manual tu. OMG kremm kaki baq hang.

Ni dia Pasar Serikin. Kebanyakkan peniaga dari Indonesia. Pasar ni bukak weekend je ok. Sabtu sampai petang. Ahad, half day. Sebab dorang akan kemas barang-barang lepas tu balik ke indon Memang dekat je. Sign board ke 'Pontianak' pun ada. Sejam lebih je kata Abang Botak. HAHA. Bila kau sampai sini, kau akan nampak banyak motor no plat KB. Kalimantan mariiii bro.


Rambang mata jugaklah. Tapi awal-awal aku memang niat tak nak shoping banyak sangat. Nanti nak pegi Vietnam kan. Kang lari bajet. hahah.


Aku beli sepasang kain, RM34 dan sepasang kasut RM13. Erk. Aku pun hairan dengan diri sendiri. Aku ni jenis pantang tengok kain pasang weiii. Mesti memborong. Sejak zaman sekolah laginye. Tapi kali ni nafsu pada kain tu hilang terusss. Wakaka. Ops, btw, kat sini panasssssssssssss gila. Serius aku lupa nak bawa topi. Muka aku memang terbakorrr teruk. Dah tu aku pakai selipar je. Hmmm.. berbelang habis kaki hakak dikkk. Stresss jugak la. Ni dah  minggu tak hilang-hilang lagi sunburn tu haaa.


 Next station is Gua Angin. Nak masuk kena bayar RM1 per person. Dalam ni seingat aku, ada  3 trail. Memandangkan kami ni pakai cenggini, kami pilih trail yang paling dekat dan tak mencabar. Dalam gua ni gelap. Memang back to nature habis. terpaksa guna lampu dari phone.


 Kak Sara  missing in action.


Beli tiket dulu ye. Lepas tu wakil kumpulan kena tulis nama.


Pilih trail mana korang nak. Haruslah yang paling dekat. Ketibas ( ketiak basah ) nanti. HAHAHA


Korang kena hadam dengan bau najis dan kencing kelawar ye.


Basah jugak la ketiak akak dik non! HAHA. Serius. Berpeluh sakan oiiii. Terus berlari naik van hadap aircond. hahahaha. Perangai sangat.


Next station : Tasik Biru, Bau. Air kat tasik ni memang warna biru. Ramai jugak la datang bergambo. Kami tak turun pun ke pelantar tu. Panehhhh terr. Kami lepak bawah pokok je. Tak sanggup nak hadap cahaya matahari dah sorang-sorang.


Lepak-lepak kejap, lepas tu Abang Botak bawak kami pegi makan then solat kat masjid area situ.


Nexttttt, Medan Niaga Satok dan Kubah Ria. Sini tempat korang nak beli keychain ke baju ke. Haa. Kami berenam beli baju tshirt. Then kami jalan ke Kubah Ria. Sebelah je. Kat situ tempat makan. Tapiii sebab kami pegi petang, kedai baru 2 3 buah yang bukak. Kebetulan hujan lebat. So, kami lepak je kat situ sambil tengok orang nyanyi. 




Waktu jalan nak ke Kubah Ria, aku terserempak dengan schoolmate kat MRSM Kuala Lipis dulu. Lamaaaaaaaaa gila tak jumpa. Last jumpa masa ambik result PMR tahun 2004. HAHA. Nasib la dia cam aku. Shakirah memang tak berubah langsung! Aku ni je, dulu zaman sekolah, hurmmm... muka pecah. KAH4. Dia pun mengajar kat Sarawak jugak. Kat Miri.  Excited la dedua. Bergambor tepi jalan haaa.


So, setel. Malamnya pula kami ke Topspot. Tempat makan wajib pegi kalau ke Kuching. Seafood memang A+ hakak bagii. Dia kat atas UTC. nanti aku akan post entyr khas untuk topspot tu okayyyy. 


Apo lagii. Ayuh pulang.... Kami sampai je hotel, terus tidoo. Penat gila dik nonn. HAHA. Malam kang la pulak sambung merayappp. ;p


happiness only real when shared ;)

Saturday, November 19, 2016

. Kuching Trip : First Day .


Bismillah.

Lamanya tunggu mood meng-update blog. Mood ke hulu ke hilir ke sana ke sini sangat sekarang ni. Mood aku suka lari-lari. Entah la kenapa. HAHA.

So, dah bersemangat balik nak update ni. cuti Depavali hari tu, aku tak balik Kelantan. So, otak dah pikir nak berjalan. Tangan terus booking tiket ke Kuching. Pheww. Matilanakkkk. Bila nak menyimpannya. Sampai ke sudah la tak nikah ko sitiiiiiiiiiiiiiii.

Trip bermula 28 Oktober ( Jumaat ) hingga  Oktober ( Isnin ). So, Jumaat tu kami ambik flight pukul 3.30 petang. Jam 5 lebih kami berlima, aku, yu, kaksara, nasrul dan ainul dari airport Kota Kinabalu. Kami tunggu Shamim dari KL. Aku dan Yu dari Lawas, Nasrul dari Labuan, Ainul dari Tenom dan Kak Sara dari Sandakan. Ni memang geng berjalan. HAHA. Selagi duduk kat sini, keje kat sini, selagi tak nikah. Memang berjalan jela kejanyaaa. Huh. Mohon bertabah bakal suami. Eh... Mana bakal suami ni... sesat eh? Kah4.



Yeay semua dah sampai! 


So, Itinerary kami kat sinii. 

28 Okt, Jumaat  ( malam )
- makan
-waterfront
- tugu kucing

29 Okt, Sabtu
- breakfast ( Kopi O Corner )
- pasar serikin
- gua angin
- tasik biru
- lunch
- kubah ria/pasar satok
- dinner at topspot

30 Okt, Ahad
- breakfast ( Teh Tarik restaurant )
- sarawak cultural village
- muzium kuching
- masjid jamek
- beli kek batik ( dayang salhah )
- dinner ( Restoran Ala Kampong )

31 Okt, Isnin
- breakfast ( Mom's Laksa )
- muzium negeri sarawak
- muzium etnologi
- the spring mall



Sebenarnya kami ada ambik pakej van + pemandu untuk 3 hari. Total semua RM 600. So, aku rasa berbaloi lah kot. Kami tak payah penat penat drive, fikir jalan lagi. Konpom sesat entah ke mane-mane je nanti. HAHA. So, kalau korang nak ke Kuching, boleh la kontek Cg. Halid ni. Dia ramai pekerja. So, jangan risau, request je nak kereta apa. Dapat punyaa. Service dari pagi sampai malam. Kau petikk je mane nak pegi. Macam kami, kami tunjuk dulu iti kami kat driver tu.

Cg. Halid 016-8559792 atau 012-8871250


Sampai je airport, driver kami datang ambik. Then terus ke hotel. Pada asalnya nak booking Hotel 60Xpress. tapi fully book. So, memandangkan bajet kami tipis. So, kami cari lah hotel paling murah untuk 3 orang satu bilik. So, kami booking Living House. Dekat je dengan waterfornt. Boleh jalan kaki. Nanti aku up entry khas untuk review hotel tu ok. Lepas check in. Abang driver bawak kami pegi makan kat De' Monas Cafe. Memasing dah lemau, tapi tahan kantuk demi nak lepak. Kat sini ayam penyet dia memang sedap. Tak pasal-pasal aku dapat hadiah jerawat 10 bijik kat muka. Stresss gilaaa. Nak balik jumpa mak mentua nii. kah4.

Then, kami terus berjalan ke waterfront. Singgah jap kat Tugu Kuching tu. Malam-malam bergambor. kau hade? Haha. Tugu ni memang kat tengah jalan, tapi jangan risau, memang ada lintasan khas untuk pejalan kaki nak cross ke tugu ni. Hee.


Akhirnyaaaa... sampai juga aku ke Kuching. HAHA


Meowwww meowwwwww

Kami terus berjalan ke waterfront. Lepak seraunggggg. Kalau ayoh tahu ni, ermmmm habis lah aku. HAHA. Amende anak dara lepak malam-malam oi. Kalau kat rumah, malam-malam mana keluar dah. --'


Kuching Waterfront. Lain bebenor dengan kat Lawas. HAHAH





sempat lagiiiiiiiiii

Kami lepak kejap, tengok orang nyanyi. Minum-minum. Tapi sebenarnya nak sembang jaa. HAHA. jauh kami jalan, sampai ke hujung. Lepas tu penat. Memasing call uber. Kah3. Nasib baik murah je. RM2 je sari sini ke hotel. So, sesiapa nak ke Kuching. Install apps uber dulu ye.


So, tak sabar nak tunggu esok. Pasar Serikin!


happiness only real when shared ;')