.

.

Saturday, November 19, 2016

. Kuching Trip : First Day .


Bismillah.

Lamanya tunggu mood meng-update blog. Mood ke hulu ke hilir ke sana ke sini sangat sekarang ni. Mood aku suka lari-lari. Entah la kenapa. HAHA.

So, dah bersemangat balik nak update ni. cuti Depavali hari tu, aku tak balik Kelantan. So, otak dah pikir nak berjalan. Tangan terus booking tiket ke Kuching. Pheww. Matilanakkkk. Bila nak menyimpannya. Sampai ke sudah la tak nikah ko sitiiiiiiiiiiiiiii.

Trip bermula 28 Oktober ( Jumaat ) hingga  Oktober ( Isnin ). So, Jumaat tu kami ambik flight pukul 3.30 petang. Jam 5 lebih kami berlima, aku, yu, kaksara, nasrul dan ainul dari airport Kota Kinabalu. Kami tunggu Shamim dari KL. Aku dan Yu dari Lawas, Nasrul dari Labuan, Ainul dari Tenom dan Kak Sara dari Sandakan. Ni memang geng berjalan. HAHA. Selagi duduk kat sini, keje kat sini, selagi tak nikah. Memang berjalan jela kejanyaaa. Huh. Mohon bertabah bakal suami. Eh... Mana bakal suami ni... sesat eh? Kah4.



Yeay semua dah sampai! 


So, Itinerary kami kat sinii. 

28 Okt, Jumaat  ( malam )
- makan
-waterfront
- tugu kucing

29 Okt, Sabtu
- breakfast ( Kopi O Corner )
- pasar serikin
- gua angin
- tasik biru
- lunch
- kubah ria/pasar satok
- dinner at topspot

30 Okt, Ahad
- breakfast ( Teh Tarik restaurant )
- sarawak cultural village
- muzium kuching
- masjid jamek
- beli kek batik ( dayang salhah )
- dinner ( Restoran Ala Kampong )

31 Okt, Isnin
- breakfast ( Mom's Laksa )
- muzium negeri sarawak
- muzium etnologi
- the spring mall



Sebenarnya kami ada ambik pakej van + pemandu untuk 3 hari. Total semua RM 600. So, aku rasa berbaloi lah kot. Kami tak payah penat penat drive, fikir jalan lagi. Konpom sesat entah ke mane-mane je nanti. HAHA. So, kalau korang nak ke Kuching, boleh la kontek Cg. Halid ni. Dia ramai pekerja. So, jangan risau, request je nak kereta apa. Dapat punyaa. Service dari pagi sampai malam. Kau petikk je mane nak pegi. Macam kami, kami tunjuk dulu iti kami kat driver tu.

Cg. Halid 016-8559792 atau 012-8871250


Sampai je airport, driver kami datang ambik. Then terus ke hotel. Pada asalnya nak booking Hotel 60Xpress. tapi fully book. So, memandangkan bajet kami tipis. So, kami cari lah hotel paling murah untuk 3 orang satu bilik. So, kami booking Living House. Dekat je dengan waterfornt. Boleh jalan kaki. Nanti aku up entry khas untuk review hotel tu ok. Lepas check in. Abang driver bawak kami pegi makan kat De' Monas Cafe. Memasing dah lemau, tapi tahan kantuk demi nak lepak. Kat sini ayam penyet dia memang sedap. Tak pasal-pasal aku dapat hadiah jerawat 10 bijik kat muka. Stresss gilaaa. Nak balik jumpa mak mentua nii. kah4.

Then, kami terus berjalan ke waterfront. Singgah jap kat Tugu Kuching tu. Malam-malam bergambor. kau hade? Haha. Tugu ni memang kat tengah jalan, tapi jangan risau, memang ada lintasan khas untuk pejalan kaki nak cross ke tugu ni. Hee.


Akhirnyaaaa... sampai juga aku ke Kuching. HAHA


Meowwww meowwwwww

Kami terus berjalan ke waterfront. Lepak seraunggggg. Kalau ayoh tahu ni, ermmmm habis lah aku. HAHA. Amende anak dara lepak malam-malam oi. Kalau kat rumah, malam-malam mana keluar dah. --'


Kuching Waterfront. Lain bebenor dengan kat Lawas. HAHAH





sempat lagiiiiiiiiii

Kami lepak kejap, tengok orang nyanyi. Minum-minum. Tapi sebenarnya nak sembang jaa. HAHA. jauh kami jalan, sampai ke hujung. Lepas tu penat. Memasing call uber. Kah3. Nasib baik murah je. RM2 je sari sini ke hotel. So, sesiapa nak ke Kuching. Install apps uber dulu ye.


So, tak sabar nak tunggu esok. Pasar Serikin!


happiness only real when shared ;')


0 comments: