.

.

Saturday, June 4, 2011

:: Ayah aku pon suka Hazama. Ayah nak buat calon menantu ye? :P ::



Oh. Lagi-lagi pasal Hazama. Tak habis-habis aku ni kan. Hazama sana. Hazama sini. Hazama. Hazama.. Hehe. Im in love with him lah! Adei. Susah la macam ni. Hehe. Kalau dah hari-hari dengar lagu Hazama kan. Sah angau! Hazamaniac! :P

Sebenarnya aku nak cerita pasal AF9 tadi. Aku punyalah yakin kan. Hazama tak akan keluar. Sebab dia one of the best kowt. Eh, bukan, dia THE BEST. Ada dua bagasi. Aku agak Lena ngn Erul la kan. Pastu BFF aku text aku. Err..BFF, sape? Ehehe. Sape lagi kalau bukan Faizal tuh! Saje je an. Sebab aku kan minat kaw-kaw KAWW TIMM kat Hazama.

Dia text aku...' mcm mane kalau Hazama terkeluar?'

Aku jawab r.. ' mmg bodo la astro'

Then ayah aku cakap..dua orang ke..*ayah aku pon tengok AF beb! hehe. Aku cakap.. 'entah-entah yang dapat beg ni yang dapat masuk final...'

Lepas tu, Pak Nil bukak tag nama kat bagasi tuh. 'HAZAMA'. whoahh! gila beb. Memang sumpah aku cakap. SENTAP jantung aku kejap. SUMPAH AKU TAK TIPU.. Aku memang terkejut. Adik-adik aku cakap...'kaklong terkejut sampai macam tu sekali?'

Memang la wei. Gila ke kalau Hazama tak dapat masuk final.! Dia sangat best kowt! Argghh.. Aku tersentap sampai tersandar kat dinding. Haha. Melampau gila kan...? Aku tengok muka Hazama pon macam sangat terkejut. Fuhh..Baru nak maki-maki Astro kan...haha.

Lepas tu Pak Nil cakap Hazama sebenarnya dapat masuk final. Whoaahh..! LEGA DEN LEGA. Dan aku dah agak. Bagasi yang satu lagi tu mesti pelajar yang tersingkir. Kan betul..tapi kenapa mesti Erul? Lena patutnye.. Apa-apa pon. Tenaga pengajar tahu la apa dorang buat. Sebenarnya kita tak boleh percaya sangat yang pelajar terkeluar dan yang tersingkir tu memang betul-betul bergantung atas undian. Kadang-kadang 'ia sudah di rancang...' MACAM IMUNITI YANG FINA DAPAT LA. mmg dah di rancang..kan? ^_____^


Apa-apa pon. Anak sedara Hazama tadi comel..! PAK LANG. PAK LANG. Tak habis-habis ngan Pak Lang die. Ni haa..Mak Lang datang. Hehe. :P


ayah aku cakap...' alah...dapat kat dia (Hazama) dah la...' maksudnya. Hazama menang nanti. Hehe. dan aku tak leh lupa. Masa konsert tadi, ayah aku nak mandi. Tapi dia cakap..
" Hazama ke jap ag? Lepas Hazama nyanyi ni boleh la nak pegi mandi. NAK TENGOK HAZAMA JE. "


Wah gitu.. Ayah aku pon minat Hazama beb..!


notakaki :: oh Hazama.. Kau senyum. Aku pengsan! Haha


Friday, June 3, 2011

:: FK. lame dah aku tak cerita. ::

Sudah lame ye aku tak tulis sal hero aku neh. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil a.k.a FK. Whoaaahh..! Si tinggi lampai ni. Okeh. Jom tengok. FK jadi cover muka depan Majalah InTrend.





Filem Kongsi..! Awesome. 7 juta dalam masa seminggu? Okeh wat..! Hehe. Lawak r Sam neh. Hehe. Thumbs up. Tapi, tatau apa motif Tumulak tu pegi bunuh semua ahli-ahli kongsi gelap tuh. Maybe FK nak sambung Kongsi 2. Then jelaskan semua an. Hehe. Go Fk go..!







Thursday, June 2, 2011

:: imuniti milik Hazama ::








Walaupun isu ni semenangnya dah nak basi. Tapi aku nak ulas jugak. Sebab tak de masa nak berblogging beria sangat. Kan sibukk kesana kesini. Hehe. Ok. Cerita pasal IMUNITI AF9.

Hah. Sebagai peminat Hazama. Memang aku tak puas hati lah kan. Bukan peminat Hazam je, peminat Azri, Erul semua mesti nak pelajar pilihan dorang kan. Tapi, Hazama lah paling ketara sekali. Dah sah-sah Hazama dapat undian paling tinggi. Markah juri pon kalau tak dapat tertingggi, tapii tak de lah seteruk mane kan. Best je Hazama nyanyi lagu May-Sendiri, malam tu. Awesome lah.

Masa nak dekat habis konsert tuh. Ada tunjuk markah undian. Paling bawah sekali Fina. Last-last, pelik pulak, Lena yang terkeluar. Lepas tu, tak pasal-pasal si FINA tuh dapat imuniti. Adakah Fina JUARA TERANCANG? Oh tidakkk! Yang aku pelik, Fina dapat undian terendah. Tup-tup, dapat IMUNITI, konon-konon markah paling tinggi bila undian+markah pengajar..! Imposibble! Mustahil lah. Nampak sangat lah orang nak selamatkan Fina. Takut terkeluarkan. Huhh..! Thumbs down to you all! Huh..!

Rasionalnya kan. Kalaulah Fina terkeluar. Tak de lah JUARA DORANG. kan? Dan, sebab apa tak de yang tersingkir minggu lepas. Sebabnya, mungkin dorang nak kekalkan FINA, HAZAMA, AZRI dan ERUL untuk ke konsert akhir nanti. So, minggu ni Lena yang akan terkeluar. Dan peminat Lena mesti akan undi die lagi. UNTUNG ASTRO..Yang empat orang tu akan kekal. Dan, Astro mesti la nak Fina dapat imuniti, sebab FINA KAN DAPAT UNDIAN YANG PALING RENDAH. So, kalau dia tak dapat imuniti, dan Hazama yang dapat, rugilah Astro. Fina tak de sangat orang nak undi. Sedangkan Hazama dapat undi yang paling tinggi. So, UNTUNG AH ASTRO kat situ. Kan? Kan? Mesti dah peminat Hazama, Azri dan yang lain nak pelajar dorang ke final. Kan? Kan? haha. Kalau lah Fina yang juara. SUMPAH AF9 tak best!

Ni aku ada terbaca dalam satu blog. Meh aku copy paste ayat tuh. Layan~


Hazama (Sendiri)
Entah apa yang mengaburi mata tenaga pengajar dan mengganggu pendengaran para pengkritik! Persembahan Hazama adalah persembahan yang terbaik malam konsert kelapan! Maafkan saya Sham Kamikaze, tetapi persembahan Hazama membawakan lagu May ini saya lihat adalah satu persembahan yang segar, hebat dan memberikan penghormatan yang tinggi untuk lagu ini! Dia membawakan dengan caranya yang tersendiri, lari jauh dari kepompong rock kapak lagu ini! 'Sendiri' ditangan Hazama sangat best! Perubahan minimum pada melodi tidak langsung mencacatkan lagu ini, malahan menjadikannya lebih 'current'! Mungkin hanya Hazama yang faham erti konsert menggunakan live band! Imuniti sebenarnya layak untuk Hazama, tetapi entahlah! Setiap kali ditunjukkan undian Fina di bawah sangat membuktikan pihak produksi terlalu ingin menyelamatkan Fina!

Fina (Samudera)
Tahniah kepada calon bakal juara! Kenapa saya kata Fina bakal juara? Juara terancangkah? Oh, tidak! Bukan itu maksud saya. Cubalah tanya Pak Nil. Memang setiap tahun dan setiap kali Pak Nil mengacarakan konsert akhir, Pak Nil akan sentiasa memanggil finalis dengan panggilan calon juara kerana mereka semua bakal merebut takhta tersebut. Dan oleh kerana Fina sudah layak ke final, sudah tentulah dia adalah salah satu calon bakal juara! Mungkin saya berbeza dengan kebanyakan orang lain. Saya tidak mudah impressed dengan jeritan nada tinggi! Saya hanya akan tertarik jika nada tinggi itu disertai dengan nilai kesedapan yang tinggi! Bukan sekadar nyaring! Saya enjoy dengan persembahan Fina tetapi tidak sampai untuk menobatkan dia sebagai penerima imuniti.

Saya masih berpegang dengan pendapat saya bahawa pelajar-pelajar lelaki, didahului dengan Hazama, Erul dan Azri lebih layak menerima imuniti daripada Fina! Undian peminat memihak kepada Hazama, tetapi tenaga pengajar mahukan Fina. Tagline baru untuk AF9 sejak konsert pengguguran adalah 'Jari Tidak Lagi Menjadi Juri!' Mungkin lebih sesuai digunakan 'Produksi Penjadi Juri'! Wallahualam.


nak baca lagi? klik sini untuk ke blog tersebut.


ni pulak. aku copy dari fesbuk fan Hazama.



Antara komen-komen yang aku sempat baca dan COPY..! Hehe. Bace yek..

hahaha...kesian fina! fina happy dpt imuniti krn dia sangka dia bagus tp sebenarnya dia d slmtkan krn dia kurang dpt undian penonton... penonton lbh suka pljr lain dr dia...

pipitemas - 1-Jun-2011


nampak sgt imuniti mmg sengaja dicipta unt mnyelamatkan fina yg sntiasa dpt undian tcorot tu..dlm erti kata lain sebenarnya imuniti bukanlh untuk pelajar yg hebat ttp untuk pelajar yg berisiko tinggi unt tsingkir tp knonnya dianggap hebat..hebat ke??
mashimaro - 31-May-2011


kata saya :: tak pe lah. Hazama tak jadi juara pon xpe. Dia memang JUARA di hati peminat ok. Then, Hazama much better then Fina. Hazama bukan penyanyi tapi dia PERFORMER. Itu kata Faizal Tahir. Kita semua dah tahu Hazama memang best gila kan. Sejak dia masuk band Meet Uncle Hussain lagi kan. Suara dia memang awesome! Mantap kowt! KAWWWW TIMM.....!



notakaki :: musim gila Hazama.