.

.

Thursday, June 2, 2011

:: imuniti milik Hazama ::








Walaupun isu ni semenangnya dah nak basi. Tapi aku nak ulas jugak. Sebab tak de masa nak berblogging beria sangat. Kan sibukk kesana kesini. Hehe. Ok. Cerita pasal IMUNITI AF9.

Hah. Sebagai peminat Hazama. Memang aku tak puas hati lah kan. Bukan peminat Hazam je, peminat Azri, Erul semua mesti nak pelajar pilihan dorang kan. Tapi, Hazama lah paling ketara sekali. Dah sah-sah Hazama dapat undian paling tinggi. Markah juri pon kalau tak dapat tertingggi, tapii tak de lah seteruk mane kan. Best je Hazama nyanyi lagu May-Sendiri, malam tu. Awesome lah.

Masa nak dekat habis konsert tuh. Ada tunjuk markah undian. Paling bawah sekali Fina. Last-last, pelik pulak, Lena yang terkeluar. Lepas tu, tak pasal-pasal si FINA tuh dapat imuniti. Adakah Fina JUARA TERANCANG? Oh tidakkk! Yang aku pelik, Fina dapat undian terendah. Tup-tup, dapat IMUNITI, konon-konon markah paling tinggi bila undian+markah pengajar..! Imposibble! Mustahil lah. Nampak sangat lah orang nak selamatkan Fina. Takut terkeluarkan. Huhh..! Thumbs down to you all! Huh..!

Rasionalnya kan. Kalaulah Fina terkeluar. Tak de lah JUARA DORANG. kan? Dan, sebab apa tak de yang tersingkir minggu lepas. Sebabnya, mungkin dorang nak kekalkan FINA, HAZAMA, AZRI dan ERUL untuk ke konsert akhir nanti. So, minggu ni Lena yang akan terkeluar. Dan peminat Lena mesti akan undi die lagi. UNTUNG ASTRO..Yang empat orang tu akan kekal. Dan, Astro mesti la nak Fina dapat imuniti, sebab FINA KAN DAPAT UNDIAN YANG PALING RENDAH. So, kalau dia tak dapat imuniti, dan Hazama yang dapat, rugilah Astro. Fina tak de sangat orang nak undi. Sedangkan Hazama dapat undi yang paling tinggi. So, UNTUNG AH ASTRO kat situ. Kan? Kan? Mesti dah peminat Hazama, Azri dan yang lain nak pelajar dorang ke final. Kan? Kan? haha. Kalau lah Fina yang juara. SUMPAH AF9 tak best!

Ni aku ada terbaca dalam satu blog. Meh aku copy paste ayat tuh. Layan~


Hazama (Sendiri)
Entah apa yang mengaburi mata tenaga pengajar dan mengganggu pendengaran para pengkritik! Persembahan Hazama adalah persembahan yang terbaik malam konsert kelapan! Maafkan saya Sham Kamikaze, tetapi persembahan Hazama membawakan lagu May ini saya lihat adalah satu persembahan yang segar, hebat dan memberikan penghormatan yang tinggi untuk lagu ini! Dia membawakan dengan caranya yang tersendiri, lari jauh dari kepompong rock kapak lagu ini! 'Sendiri' ditangan Hazama sangat best! Perubahan minimum pada melodi tidak langsung mencacatkan lagu ini, malahan menjadikannya lebih 'current'! Mungkin hanya Hazama yang faham erti konsert menggunakan live band! Imuniti sebenarnya layak untuk Hazama, tetapi entahlah! Setiap kali ditunjukkan undian Fina di bawah sangat membuktikan pihak produksi terlalu ingin menyelamatkan Fina!

Fina (Samudera)
Tahniah kepada calon bakal juara! Kenapa saya kata Fina bakal juara? Juara terancangkah? Oh, tidak! Bukan itu maksud saya. Cubalah tanya Pak Nil. Memang setiap tahun dan setiap kali Pak Nil mengacarakan konsert akhir, Pak Nil akan sentiasa memanggil finalis dengan panggilan calon juara kerana mereka semua bakal merebut takhta tersebut. Dan oleh kerana Fina sudah layak ke final, sudah tentulah dia adalah salah satu calon bakal juara! Mungkin saya berbeza dengan kebanyakan orang lain. Saya tidak mudah impressed dengan jeritan nada tinggi! Saya hanya akan tertarik jika nada tinggi itu disertai dengan nilai kesedapan yang tinggi! Bukan sekadar nyaring! Saya enjoy dengan persembahan Fina tetapi tidak sampai untuk menobatkan dia sebagai penerima imuniti.

Saya masih berpegang dengan pendapat saya bahawa pelajar-pelajar lelaki, didahului dengan Hazama, Erul dan Azri lebih layak menerima imuniti daripada Fina! Undian peminat memihak kepada Hazama, tetapi tenaga pengajar mahukan Fina. Tagline baru untuk AF9 sejak konsert pengguguran adalah 'Jari Tidak Lagi Menjadi Juri!' Mungkin lebih sesuai digunakan 'Produksi Penjadi Juri'! Wallahualam.


nak baca lagi? klik sini untuk ke blog tersebut.


ni pulak. aku copy dari fesbuk fan Hazama.



Antara komen-komen yang aku sempat baca dan COPY..! Hehe. Bace yek..

hahaha...kesian fina! fina happy dpt imuniti krn dia sangka dia bagus tp sebenarnya dia d slmtkan krn dia kurang dpt undian penonton... penonton lbh suka pljr lain dr dia...

pipitemas - 1-Jun-2011


nampak sgt imuniti mmg sengaja dicipta unt mnyelamatkan fina yg sntiasa dpt undian tcorot tu..dlm erti kata lain sebenarnya imuniti bukanlh untuk pelajar yg hebat ttp untuk pelajar yg berisiko tinggi unt tsingkir tp knonnya dianggap hebat..hebat ke??
mashimaro - 31-May-2011


kata saya :: tak pe lah. Hazama tak jadi juara pon xpe. Dia memang JUARA di hati peminat ok. Then, Hazama much better then Fina. Hazama bukan penyanyi tapi dia PERFORMER. Itu kata Faizal Tahir. Kita semua dah tahu Hazama memang best gila kan. Sejak dia masuk band Meet Uncle Hussain lagi kan. Suara dia memang awesome! Mantap kowt! KAWWWW TIMM.....!



notakaki :: musim gila Hazama.

0 comments: