.

.

Tuesday, June 28, 2016

. Road Trip to Miri : Taman Awam Miri .


Last day. Kami check out dan breakfast.  Kami plan nak balik ke Lawas sebelum zohor. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Terlajak enjoy. Hampir jam 3 petang baru bertolak balik. Dah nak masuk Asar. HAHA. Kannn. Perempuan macam tu lah. Janji di capati. ;p


Lepas breakfast, kami ke kedai yang menjual kain batik sarawak dan kraf. Kat situ pun lame jugak. Puas hati si Wahid memborong kain. Aku macam biasa la, stick to the bajet. HAHA. Aku beli beg sandang patchwork je untuk adik aku. 

 

Kedai Rong Reng
14,Jalan Brooke, 98000 Miri
013-8372601 ( Mr. & Mrs George )

Aku siap join group auntie ni lagi. Kat dalam grup wassap tu memang majoriti guru-guru semenanjung yang biasa borong kain banyak-banyak. Hehe. Gigih kau demi nak beli kain batik sarawak yang murah. Retail pun dapat harga murah macam kat kedai. Cuma tambah postage je. Murah bah kan. Kalau korang nak beli kain batik sarawak, jangan lupa datang sini ye. Berbaloi baq hang. Rambang mata.

Then, kami terus ke Bintang Megamall demi mencari sesuap kek. ;p 


Happy Birthday to us! 

Pit stop terakhir sebelum balik, Taman Awam Miri. Pusing-pusing sampai ketibas ( berpeluh ) satu badan. Nasib baik hujan, kalau tak agaknya lama lagi kami kat situ. Lepas puas bergambar, kami terus shoot balik Lawas. 




Haruslah lalu jambatan ni kalau ke sini kan. 




Gigih ke tepi jalan nak amik gamba dengan menatang ni. Hujan pulak tu. ;p



Bai Miri. InsyaAllah datang lagi. Banyak tempat lagi kat Miri ni aku tak explore. Hehe. 

Kami bertolak hampir jam 3 petang dan sampai kat Lawas magrib. Thanks guys for the wonderful experience. Pengalaman jalan kaki dari dalam car park mall keluar mall sebab gate mall kunci. Itu yang paling bongok aku rase. HAHA. Btw, next trip????


 happiness only real when shared ;)

 

Sunday, June 26, 2016

. Road Trip to Miri : Canada Hill .


Last day kursus, Jumaat. Kami mintak stay untuk satu malam kat hostel IPG. Sebab malas nak check in hotel. nasib baik penyelia asrama sporting. So, jimat sikit belanja. Kursus habis tengah hari, then kami balik recharge energy. Lepas asar, kami gerak ke Canada Hill. tempat wajib jejak kalau datang Miri. Sebab dari sini kita akan nampak pemandangan bandar Miri. 


belakang tu view bandar Miri.

Ada apa sebenarnya kat Canada Hill ni? Haaa. Kat sini lah Telaga Minyak Pertama di Miri,  The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum. Nak sampai ke bukit ni, kena mendaki sikit lah. Tapi naik kereta la. Tak daya nak jalan. HAHA. Kat atas bukit ni memang ada track untuk jogging. Waktu kami sampai, dah petang, so ramai yang lepak dan ramai jugak yang jogging. 

menunggu sunset



gambar cover album sikit! HAHA

lima ketul.

Dari puncak Canada Hill, aku nampak bandaraya Miri dan laut. Sunset's view dia subhanallah cantik sangat. Disebabkan kami pergi dah lewat, muzium pun dah tutup. So, tak dapat masuk. Apa lagi, bergambar je la. T_T

   acah-acah sweet. gituuu!

 
 The Grand Old Lady. Telaga minyak pertama di Miri.

 

Kat sini ada banyak anjing hitam. Besar gileee. Tapi jangan takut. Anjing tu tak kacau orang. Mungkin anjing yang jaga kawasan kot. Hehe. Aku pun mula-mula cuak gila. Tapi tengok orang lain rileks je. :p

 

Pencahayaan yang superb. HAHA

 buat album dangdut jom! HAHAHA



Sunset at Canada Hill

Ok dah. HAHA. Lepas tu kami balik ke bilik, solat jamak then kami terus keluar isi perut. Kami dah aim satu kedai jual nasi kukus dan nasi kerabu Kelantan! Walopon jauh sikit, tapi sebab nak makan punya pasal, redah jela jemahh!


Restoran D' Selera Kelate.
Lot 2357, Ground Floor, Jalan Datuk Edward Jeli, Piasau Link, 98000, Miri,

Memang sedap. Rasa kelantannye di situ. HAHA. Puas hati mekti makan haa. Harga memang la mahal sikit kalau nak dibandingkan di Kelantan. Tapi berbaloi sebab sedap + makan dalam aircond. Hewhew. 

Lepas melantak dengan senang hati, kami plan nak main bowling kat Bintang Megamall. Tapi fullhouse, ada pun kat tengah-tengah. memang takkk la wei. HAHA. Then kami terus naik tingkat atas, nengok wayang la gayanya. Next movie yang paling awal, Summer Camp. Apalagi, grab je. 


 Midnight movie sangat. Tapi mata sorang-sorang dah rabakk. HAHA. Layankan jela.


to be continued ... ;p

happiness only real when shared ;)


Saturday, June 25, 2016

. Road Trip to Miri : PTM ! .


Part two! Tujuan utama ke Miri, nak berkursus sebenarnya. Sambil makan angin. Hewhew. PTM guys! Program Transformasi Minda Siri 6! Alhamdulillah, PTM kali ni kami dari Lawas paling ramai. AJK PTM kali ni pun geng Lawas 'konker'. Hehe. Senang nak kawtim. Penghulu dan Penghuluwati geng Lawas. Mihmih.

Sampai je terus ada pre-test. Hah. Padan muka korang. Sapa suruh post gamba kat grup. Hehe. 
Btw, kami ada grup wassap batch kami. 2014. Beberapa ketul je ahli pun. HEHE. Mintak halal gamba ye Amir. ;p
 

Just a short update jelah ye. Sebab takde ape nak cerita weiii. Kursus = boring? Hah. Memang lah boring, tapi tak de la tahap tertido. HAHA. Alhamdulillah, mata aku masih boleh tahan. Even, ceramah dari pagi sampai malam + aktiviti kumpulan sikit. Hmmm. Nasib baik tak ada persembahan kumpulan bagai. I hate that! Tapi bila dapat penceramah yang aktif sikit, jalan sana sini, tanya soalan macam-macam, mula lah mata terbuka luas! Hehe.


First day, boleh duduk suka hati mak kau dengan geng satu PPD. Kikiki


Second day, hah, ikut senarai nama okay. Memandai je korang.

Tapi yang pasti, aku enjoy la sepanjang PTM. Senam robik memang superb. Kawan-kawan memang best. Ketua kami sporting yang amat. Group pun sempoi je semua. Cuma ceramah ada yang bohhhsan. Biasala kan. HAHA. Macam la budak-budak dalam kelas tu semua enjoy time aku mengaja. HAHAHAHA. 


Kumpulan 10 yang semua kepala tak betul. paling bising. HAHA. Ter satu grup pulak dengan si Anep.


Afzan Comrade yaww!

Serius, perkara yang paling dirindui lepas habis PTM ialah senam robik! No wonder lah aku dengar lagu-lagu senam robik tu ulang-ulang kali. Otw balik ke Lawas pun kami dengar je lagu 'mossa mossa' etc, kami siap buat gaya lagik. HAHA. Gilak


 Pengurus kami, Puan Jus with the hot guy from PPD Lawas. HAHA.
 


Gimik perasmian penutup.



With 'Makcik Kantin' . Dia dah cam muka aku sebab setiap kali lepas slot, aku and the geng muka first sampai kafe. HAHA. Yang berkot bagai tu Anep, penghulu. Jejaka berbaju hitam kat belakang tu, Stephen, haaa, dialah ketua senam robik kami. Memang budak PJ kot. Power gila tuu. Belakang sana, si Izzat.


It's wrap for Siri 6 yawww! Seksa seminggu dah habis. Hahaha.


Majlis penyampaian cenderahati. AJK pun dapat haa. Semua geng Lawas tu, Aina, me, Anep, Amir. Aku pi pejam mata tu awatt. Spoil gamba. :p



PPD Lawas


Aina, Jus, me, Zara, Wahida.


" geng kita tengok sapa pindah dulu "


happiness only real when shared ;)