.

.

Sunday, June 26, 2016

. Road Trip to Miri : Canada Hill .


Last day kursus, Jumaat. Kami mintak stay untuk satu malam kat hostel IPG. Sebab malas nak check in hotel. nasib baik penyelia asrama sporting. So, jimat sikit belanja. Kursus habis tengah hari, then kami balik recharge energy. Lepas asar, kami gerak ke Canada Hill. tempat wajib jejak kalau datang Miri. Sebab dari sini kita akan nampak pemandangan bandar Miri. 


belakang tu view bandar Miri.

Ada apa sebenarnya kat Canada Hill ni? Haaa. Kat sini lah Telaga Minyak Pertama di Miri,  The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum. Nak sampai ke bukit ni, kena mendaki sikit lah. Tapi naik kereta la. Tak daya nak jalan. HAHA. Kat atas bukit ni memang ada track untuk jogging. Waktu kami sampai, dah petang, so ramai yang lepak dan ramai jugak yang jogging. 

menunggu sunset



gambar cover album sikit! HAHA

lima ketul.

Dari puncak Canada Hill, aku nampak bandaraya Miri dan laut. Sunset's view dia subhanallah cantik sangat. Disebabkan kami pergi dah lewat, muzium pun dah tutup. So, tak dapat masuk. Apa lagi, bergambar je la. T_T

   acah-acah sweet. gituuu!

 
 The Grand Old Lady. Telaga minyak pertama di Miri.

 

Kat sini ada banyak anjing hitam. Besar gileee. Tapi jangan takut. Anjing tu tak kacau orang. Mungkin anjing yang jaga kawasan kot. Hehe. Aku pun mula-mula cuak gila. Tapi tengok orang lain rileks je. :p

 

Pencahayaan yang superb. HAHA

 buat album dangdut jom! HAHAHA



Sunset at Canada Hill

Ok dah. HAHA. Lepas tu kami balik ke bilik, solat jamak then kami terus keluar isi perut. Kami dah aim satu kedai jual nasi kukus dan nasi kerabu Kelantan! Walopon jauh sikit, tapi sebab nak makan punya pasal, redah jela jemahh!


Restoran D' Selera Kelate.
Lot 2357, Ground Floor, Jalan Datuk Edward Jeli, Piasau Link, 98000, Miri,

Memang sedap. Rasa kelantannye di situ. HAHA. Puas hati mekti makan haa. Harga memang la mahal sikit kalau nak dibandingkan di Kelantan. Tapi berbaloi sebab sedap + makan dalam aircond. Hewhew. 

Lepas melantak dengan senang hati, kami plan nak main bowling kat Bintang Megamall. Tapi fullhouse, ada pun kat tengah-tengah. memang takkk la wei. HAHA. Then kami terus naik tingkat atas, nengok wayang la gayanya. Next movie yang paling awal, Summer Camp. Apalagi, grab je. 


 Midnight movie sangat. Tapi mata sorang-sorang dah rabakk. HAHA. Layankan jela.


to be continued ... ;p

happiness only real when shared ;)


0 comments: