.

.

Saturday, June 25, 2011

:: Jozan tetap di hati ::

Huh. Aku dan BFF memang frust la Jozan tak menang semalam. Sebab tiap-tiap minggu Jozan berada di tangga tertinggi kan. Tapi, Sepah pon best jugak. Hmm. Tak pela. Apa-apa pon, Jozan tetap di hati aku. Go JOZAN go..! Aku akan tetap akan sokong JOZAN. Sebab mereka gandingan yang memang mantopp seyh. Chemistry dorang memang awesome lah kata orang. :)




Wat eva lah. JOZAN tetap JOHAN di hati peminat-peminat dorang. Kan? Hehe. Tahniah buat Sepah, Nabil dan Jambu. SEPAH dapat 350k. Sorang dapat 116k. JOZAN dapat 250k. Bila share, dapatla 125k. nabil 150k. Dapat sorang-sorang..! Lagi untung. Jambu, 50k. Dalam ramai-ramai, Nabil ah yang paling untung. Walaupun dapat tempat ketiga. Kan? ^^,



Friday, June 24, 2011

:: GAGAHIANS. ::




Mud semenjak dua menjak neh skodeng pergerakan Hazama Ahmad Azmi dan aktif berchat di FORUM yea. Dan tukang skodeng kat HFC. Haha. Sampai header blog pon tak hengat. Glamer gitu jah oi. Haha.

Sesiapa yang menyampah or geng-geng ANTI Hazama. Sila jangan baca. Nanti muntah pulak. Kan? :P


Kepada geng2 GAGAH, a.k.a GAGAHIANS. Sila la stalk blog iols ye noks.. Hehe.
iols sudah mengesan uols bace blog iols. Hihi. Malu iols jah...!


Friday, June 17, 2011

jum berkenalan dengan MUH.



khas untuk HFC. uols. enjoy..


2001–06: Permulaan
Pada tahun 2001, kumpulan Meet Uncle Hussain terbentuk daripada vokalis/pemain gitar Nor Azlan Rosle[1] (Lan) dan Nik Mustaza Nik Mustapha[1] (Taja), pemain gitar bes Mohd Fathi Mohd Darwis[1] (Afat), dan pemain dram undangan Mohamad Hirwan Hatta (Kudux), yang mula-mula bermain muzik bersama pada tahun 2001. Jelas Taja, mereka milih nama "Meet Uncle Hussain" kerana "kami mahu nama yang unik dan melambangkan irama kami, nama yang cukup mudah diingati ramai, jadi kami memilih nama Hussain. Jika Meet Uncle Patrick atau Ramli, pasti tidak menjadi."[2]
Selama enam tahun sejak ditubuhkan, kumpulan MUH hanya dikenali di kalangan peminat muzik bawah tanah, memenangi anugerah Band Terbaik dalam majalah ROTTW pada tahun 2005, dan pernah sekali mengeluarkan single "Halusinasi" di radio Xfresh FM sahaja.[3]


2007–09: KAMI dan arus perdana
Meet Uncle Hussain mula mengambil jalan ke arah kemasyhuran di arus perdana apabila menyumbangkan dua lagu dalam runut bunyi KAMI. Lagu "La La La Kerjalah" menjadi lagu tema pembukaan siri TV lapan episod KAMI yang disiarkan di 8TV pada tahun 2007, mengisahkan perjuangan remaja mengharungi suka-duka kehidupan sambil memartabatkan muzik indie.[4] Sementara itu, "Lagu Untukmu" diketengahkan sebagai lagu tema seluruh projek KAMI dan diterima oleh stesen radio arus perdana sehingga menguasai carta-carta radio pada tahun 2008.
Sayangnya, Kudux selaku pemain dram undangan terpaksa berehat dari bermain bersama kumpulan MUH gara-gara mengalami masalah kesihatan, tetapi setelah sembuh beliau menyertai kugiran Pesawat[5], juga sebagai pemain dram.[6]
"Lagu Untukmu" begitu popular sehingga bukan sahaja menguasai corong radio, bahkan juga meraih anugerah yang ternilai kepada kumpulan yang mendendangkannya, terutama sekali gelaran juara keseluruhan Juara Lagu ke-23[7] dan Hits 1 musim ke-6[8] pada tahun 2009, di samping kugiran ini memenangi anugerah Artis Berkumpulan atau Duo Popular di Anugerah Bintang Popular dan Artis Baru Terbaik di AIM 2009 pada tahun yang sama.

2009–kini: Lan meninggalkan MUH
Biarpun dihujani dengan sanjungan dan anugerah pada akhir dekad 2000-an, namun sepanjang saki-baki tahun 2009, kelihatannya keretakan antara anggota-anggota kugiran MUH. Ini mula terjadi apabila dilaporkan bahawa Lan didapati bermasalah disiplin dan bersikap lupa diri oleh teman-teman sekugirannya. Menurut rungutan Taja, Lan sukar mendengar kata dan sering enggan menerima nasihat apabila acap kali menimbulkan masalah sama tanpa sebarang perubahan.[1] Maka timbulnya desas-desus bahawa Lan akan disingkirkan dari MUH, tidak pun seluruh kugirannya akan bubar, sehinggalah akhirnya ketika membuat persembahan di KL Muzik Festival di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 5 Julai, Lan mengumumkan pengunduran dirinya dari kugiran MUH atas alasan "komitmen lain".[9] Selepas itu, Lan mengasaskan kugiran baru bernama Azlan & the Typewriter yang sebenarnya dianggotai oleh seorang ahli iaitu dirinya, diiringi pemuzik backup.[10]


Sejak pertengahan tahun 2009 hingga kini, Meet Uncle Hussain masih tercari-cari vokalis baru. Sementara itu, mereka menggunakan khidmat penyanyi lain secara sementara untuk mengambil tempat Lan ketika merakam lagu baru atau beraksi di gig atau persembahan seumpamanya, contohnya menampilkan Black ketika merakamkan single "Drama King". Lagu ini dinobatkan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu ke-25 pada tahun 2011.
Buat masa ini, Meet Uncle Hussain bekerjasama dengan Hazama, seorang bekas peserta Akademi Fantasia 4, sebagai penyanyi undangan mereka. Mereka menafikan bahawa Hazama sudah betul-betul menyertai kugiran ini sebagai penyanyi tetap. Namun, Hazama telah dipanggil semula untuk menyertai Akademi Fantasia 9 dan akhirnya menjadi juara.



*ada gosip sal Ama n MUH. nnt iols selidik sebab selaku mak lang, iols cekap kan. hehe.



3 tahun lagi nak kawin.



Hazama Racang Kahwin Dalam Masa Tiga Tahun
Oleh FERIDE HIKMET ATAK




Hazama ketika membuat persembahan akhir AF9. Foto M. AZHAR ARIF
PUTRAJAYA: Juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), Hazama Ahmad Azmi atau Hazama, 27, akan berkahwin dengan kekasihnya dalam masa tiga tahun lagi.

Hazama berkata, perancangan tersebut akan dilakukan selepas dia menamatkan pengajian jarak jauh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Ketika diserapkan ke AF9, saya terpaksa menangguhkan pengajian buat seketika dan selepas ini saya akan sambung semula sehingga tamat pengajian dalam jangka masa tiga tahun.

"Selepas itu barulah boleh kahwin. Alhamdulillah, saya sudah selangkah ke depan dalam memajukan karier nyanyian serta kehidupan saya," katanya.

Tambah Hazama, sebahagian wang tunai sebanyak RM200,000 yang dimenanginya itu, akan disimpannya termasuklah untuk menguruskan soal perkahwinan.

"Inilah kali pertama saya menerima sejumlah wang yang besar. Terlalu banyak perkara yang difikirkan. Selain menyimpan, mungkin saya akan menggunakannya berkaitan dengan kerjaya muzik saya," tuturnya.

Sementara itu, sejak Hazama tampil dengan gaya bercelak sepanjang membuat persembahan pada konsert mingguan AF9, dia bercadang untuk mengekalkan imej tersebut.

Ini kerana imej tersebut membantu dirinya menjadi lebih yakin ketika berada di atas pentas.

"Bermula hari ini, saya akan muncul dengan imej bercelak, sama seperti pengetua kami, Amy Search.

"Apa-apa pun, kalau boleh saya mahu menjadi individu yang membawa imej berkenaan mahupun muzik kepada umum," ujarnya yang mempunyai single lagu terbaru, Cinta Teragung.





uh. sentap iols tau uols. 3 years. ade sape2 nak caras Ama ke? 3 tahun, apa-apa pon boleh terjadi. lagi pon heols tak show awek die. hehe. btw..all d best to Inarah..!


heols lagik.






Ama masuk af9 sebab di lamar Astro. See? Bukan Ama yang g audition. Ada yang tak puas hati sebab Ama masuk tanpa audition. Nak buat macam mana. Ama dah dekat 3 tahun ngn Astro. Ikut program Astro. So, haruslah produksi perasan bakat dia yang memang debomm gitu uols. iols pon emmang terpukau. Tadi iols godeh2 Home Ama kat Cari Forum. Ramai yang cakap dorang ikot af lepas Ama masuk. B4 ni kan dorang cakap af hambar gila. iols pon tengok af afta Ama masuk ah.

Ada reputz bg tau. Ama ni frenly.hepi go lucky. funny g2 uols. haha. dia senang d dekati dan tak kekwat. lam fb Ama pon iols ada baca. Ama cakap. kalau sombong tak kemana. Dan. dia reply semua wall post dan komen2 fans. iols baca neh b4 heols masuk af lah. dah masuk af. heols tak leh on9 da la. Ama femes b4 masuk af lagik lah. iols dah godeh sampai 1st post heols taw. haha. heols femes afta konsert prelude af4. then, sebab heols join gempak astro. join muh. masuk ajl bagai.

heols pon frenly ngn dak2 keramat permai. petang2 turun men bola. tak kerek even da jadi artis. artis2 GDA (astro) pon cakap Ama ni memang sempoi. reputz jugak bagi taw, he's so humble. ada iols baca. ada yang cakap. astro offer dye sebab nak kembalikan reputasi af yang hambar mambar uh. lepas heols masuk af, ada yang cakap. fenomena mawi kembali berulang. tak semena-mena af up balik. iols jugak ada baca, ramai fans yang ikut af afta Ama@heols masuk. ala, lagi pun. heols da mmg artis. penah duet ngn principle Amy lak tuh. dah tentu2 lah astro akan ambil die. even die tak pergi audition kan.


bawah ni ada keratan akhbar utk uols.


Berdebar membilang minit

TIADA perkataan yang mampu diterjemah, sebaliknya hanya ucapan syukur sebaik saja peluang diperoleh dua anak muda ini untuk mempertaruhkan nasib.
Baik Hazama Ahmad Azmi mahupun Nurshafinaz Jebat, peluang ke pentas final program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) malam esok bak mimpi jadi nyata.

Terdahulu, peluang masuk ke AF9 melalui format AFMASUK buat mereka disambut bagai bulan jatuh ke riba.

Mendekati mereka berdua petang Rabu lalu di rumah kaca AF9 di pusat beli-belah AEON Setiawangsa, Kuala Lumpur, tergambar bahawa masing-masing begitu berdebar membilang minit ke gelanggang akhir.



Hazama yang terlebih dulu mencuba pada AF4 namun terpaksa keluar pada peringkat konsert ‘prelude’ menyifatkan kepercayaan kedua yang diberi Astro adalah satu peluang untuk membuktikan bakat sebenar.


“Bayangkan, perjalanan saya sudah jauh berbanding semua peserta AF9 lain. Sejak lima tahun lalu saya sudah berada di sini memperkenalkan bakat namun ia belum cukup kuat untuk diterima masuk. Lantas saya terus mengintai peluang lain untuk mencipta nama dalam lapangan nyanyian yang begitu saya cintai. Alhamdulillah program seperti Gempak Astro dan Gempak Desa membuka laluan untuk mencari rezeki.


“Kemudian tiada siapa sangka saya dilamar kumpulan Meet Uncle Hussain untuk bersama mereka menjadi vokalis sementara. Meskipun tidak menjanjikan apa-apa, setidak-tidaknya kehadiran saya menerusi lagu Drama King dan Pokok memperkenalkan bakat saya kepada pendengar. Saya bersyukur kerana masih ramai yang perasan dengan kehadiran saya.

“Justeru panggilan daripada produksi untuk saya mencuba di AF9 menerusi format AFMASUK yang ingin diserapkan pada minggu kedua adalah mustahil untuk saya ketepikan. Sudah terlalu lama saya menunggu dan ini adalah peluang terbaik. Alhamdulillah saya diterima masuk bersama Fina yang juga pernah menghadiri uji bakat tapi ketika itu dia terlalu muda.

“Minggu keempat kami berdua tampil menunjukkan bakat yang ada dan itulah detik pertama yang saya rasakan seolah-olah mimpi kerana punya ruang membuktikan kemampuan diri yang sebenar,” katanya.










weh uols. iols ni dah banyak merapu pasal heols. haha. harap2 heols akan baca. xpon Inarah baca then gtaw heols.



lagi-lagi skodeng



Juara AF9: Persaingan 2 Artis Realiti VS 2 Freshies



KUALA LUMPUR, 10 JUN 2011: Setiap kali menjelang konsert final Akademi Fantasia, ramalan pasti akan dibuat tentang siapakah yang bakal memegang gelaran sebagai juara program realiti tersebut. Tidak terkecuali Akademi Fantasia Musim 9 (AF) yang bakal menyaksikan persaingan sengit di antara peserta Top 4 yang sedia ada iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena.

Sama ada ramalan itu tepat atau pun tidak, ianya turut bergantung kepada keputusan muktamad yang akan diumumkan oleh pengacara AF9 iaitu Aznil Nawawi atau Pak Nil pada malam konsert final AF9 yang bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada 12 Jun 2011 ini.

Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan AF9 dari awal hingga akhir, agak sukar sebenarnya untuk menilai siapakah yang benar-benar layak untuk bergelar juara AF9 bagi musim yang terakhir ini.

Namun, penulis berpendapat, peringkat akhir AF9 ini bukan saja menyaksikan persaingan di antara 2 peserta lelaki dan 2 peserta wanita semata-mata, namun ia turut menyaksikan pertarungan di antara 2 artis realiti TV dengan 2 peserta yang masih lagi baru. Kedua-dua artis realiti yang dimaksudkan ini adalah Hazama dan Azri, manala kedua-dua peserta yang baru ini pula adalah Lena dan Fina.

Melihat penglibatan Hazama sebagai penyanyi, ia lebih kepada seorang yang profesional kerana sebaik saja Hazama gagal menempatkan diri di dalam konsert prelude AF4, anak kelahiran ibu kota ini tidak putus-putus meneruskan cita-citanya untuk bergelar penyanyi dengan mencuba apa jua cara. Tidak salah rasanya apabila mengkategorikan Hazama sebagai artis.

Bagi yang mengikuti perkembangan Hazama, finalis ini sememangnya acakpkali teraju utama bagi kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH). Namun, ia tidak diumumkan secara sah oleh Hazama dan dia lebih menganggap penglibatan bersama kumpulan MUH sebagai penyanyi sandaran saja. Senario Hazama ini juga sama keadaannya dengan bintang AF8 iaitu Shah yang kini semakin aktif menjadi penyanyi sandaran baru bagi kumpulan MUH.

Di sebalik penglibatan sebagai selebriti, Hazama juga pernah menjadi artis naungan bintang AF4 bernama Farhan. Namun, usaha Hazama masih kurang menyerlah tetapi dia tetap melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan konsert Gempak Selebriti Astro.


Selain Hazama, Azri juga mempunyai persamaan dengan Hazama kerana bakat Azri pernah mendapat perhatian apabila dia menyertai program Mystar LG. Pun begitu, penyertaan Azri dalam program tersebut berhenti di tengah-tengah jalan kerana undian tidak menyebelahinya.

Sungguhpun gagal, Azri terus mengejar cita-cita sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan Breakfast. Pencapaian yang baik bagi kumpulan ini apabila lagu mereka tercalon dalam program Muzik-Muzik 2011 dan bertahan untuk tempoh yang agak lama. Jadi, sama seperti Hazama, Azri juga dianggap sebagai artis yang pernah menyertai program realiti TV popular.

Dalam pada itu, 2 finalis wanita yang berjaya ke peringkat final AF9 iaitu Fina dan Lena juga ada persamaannya kerana mereka berdua masih belum pernah melibatkan diri dengan mana-mana pertandingan realiti TV yang bertaraf komersil. Oleh itu, sekiranya salah seorang daripada wanita ini berjaya menjadi juara, ia boleh dianggap mengikuti jejak juara AF yang sebelum ini yang mana masih lagi berstatus segar dan bukan artis sewaktu mengikuti pengajian AF.

Apapun, mengikut ramalan, Hazama mempunyai peluang yang sangat cerah untuk bergelar juara AF9. Ini kerana dari awal lagi Hazama bagaikan mengulangi fenomena AF yang pernah dicetuskan oleh Mawi semasa AF3. Sesungguhnya, Hazama seorang yang mempunyai suara yang baik, personaliti yang menarik dan mudah didekati.

Begitu juga dengan Fina yang disifatkan sebagai bakal juara yang boleh mencipta satu warna baru. Ini kerana, tiada lagi penyanyi di Malaysia yang mempunyai vokal sepertinya. Begitupun, sekiranya benar Finaadalah juara, dia perlu memantapkan lagi vokal, personaliti serta penampilannya agar tidak dilihat terlalu kebudak-budakkan. Pokoknya Fina perlu belajar untuk menjadi lebih profesional.

Namun, kemampuan Lena dan Azri tidak boleh dipandang rendah kerana kedua-dua mereka mempunyai daya tarikan yang ada pada mereka. sendiri. Sebab itulah, sehingga saat ini mereka masih kekal di dalam AF9. Mereka adalah pilihan peminat dari awal konsert Tirai sehinggakah ke saat ini.

Apapun, dalam waktu yang sama, Lena juga sering dikaitkan mempunyai persamaan vokal dengan Ratu Rock Ella manakala Azri pula senada dengan Faizal Tahir. Pun begitu, Azri dilihat mempunyai pakej lengkap kerana dia memiliki vokal yang mantap , komunikasi yang baik serta rupa yang tampan. Lena pula layak kerana amat konsisten setiap minggu walaupuan ada ketika dia berada di tangga yang terbawah.

Berdasarkan kepada penulisan artikel ini, pastinya pembaca dapat membuat kesimpulan bahawa tumpuan peminat AF9 kini memang lebih banyak tertumpu kepada Hazama dan Fina. Namun, siapakah di antara kedua-dua ini yang akan menyandang gelaran Juara AF9? Adakah Azri dan Lena mampu untuk memintas mereka. Jari menjadi juri. Lakukan tugas anda untuk terus mengundi.




ni artikel 10.6 ye uols. hikhik.. iols pon dah terikut ngn fans2 Ama (Hazama) yang lain. 24 jam sehari dk tercongok depan tenet. Chat ngan Home Ama.. Sonok masuk Home Ama. Sume komen2 +ve. Tak de nak menyumpah seranah pelajar lain. Hehe. Deols sporting lah dan 100% sokong heols(Ama). *see? aku pon dah terikot ckp mcm dak2 HFC yg len. iols..uols..deols...hehe.



nak join Home Ama? klik sini!



aku macam nak maki orang


Ada ke bodoh la manusia zaman sekarang. Anti-anti artis bagai. Siap create page diskas pasal artis yang dorang anti tuh. Bodo gila... Haa. Kan aku da marah. Aku hangin sikit kalau orang kutuk2 lorang yang aku suka. Apa la bangang sangat korang neh. Kalau tak suka pon. Jangan la mengata bagai. Korang sesedap hati cakpa dia 'KIMAK'..Weh. sumpah bodo gila.

Apa plak yang tak puas hati ni ek. Ala, TOMOK pon afta jaik artis awu masuk OIAM. Artis lain pon ada gak macam tu. S0, apa masalah? Sebenarnya apa masalah anti-anti Pak Lang yang sumpah poyo nak mampos neh? Weh, Azri pon penah performe kat Muzik2 ngn band Breakfast die. Azri penah masuk Mystar LG.Erul penah nak masuk Mentor, jadi protege Jac lagik. S0, adil ke tak adil. Korang pk r sendiri. Tak paham aku ngn manusia neh.


Berasap telinga bila aku baca komen kat CARI FORUM AF. Tapi, ramai gila fan pak lang. Tapi, dorang tak layan pon budak2 bongok yang anti pak lang. Ala. budak2 tak matang nak mengutuk je la kejenya. tak habis2 lagi nak mengutuk even AF dah habis. Kalau aku jumpa. Aku cedok halkum sorang2.


Wah. TERemo lak. Kalau la awek Hazama baca komen2 dan kutukan2 tuh. Maunye menangis Cik Noor Inarah Sidek tuh. Adei. Pape pon. teruskan perjuangan yea Hazama.


Wah. Syok pula baca komen2. Bukan 1 home je ade. Dekat 200 home dorang bukak. Sume ade. Yang anti ngn Fina. Anti ngn Erul. Anti dengan pengetua AF pon ada. Macam2 lah dorang neh. Wei. Sumpah aku tengah emo weh. haha. Pndai aku stalk FB Hazama semalam. Dah tau sape awek die. haha. Aku dah syak dah. Tapi, aku nak kan kepastian. Aku stalk habis2. Stalker yang hebat nehh. Haha. Tapi, awek die tak interframe pon lam FB dia. Masa aku jumpa tuh, aku rasa..waah.....jeles..! Sedih..! Down..! Frust...! Sebab aku minat gila kowt. Aku dah jumpa beberapa gambar mereka lam FB kawan2 Pak Lang. Haih. Oke la. Kalau kita minat dia. Kita kene sokong apa-apa yang dia buat an. Lagi pon dah lama dorang kapel. Dari 2010 or 2009 k0wt. Huhu..*mud frust.

Dalam video klip Cinta Teragung tuh pon ada Inarah. Tapi, tatau la tu Inarah betol ke tak an. Tapi, kalau rengok sekali imbas. Memang Inarah la. Dengar kata Inarah ni keje ngn Astro. Tapi, ada dengar gak Inarah ni krew Meet Uncle Hussain..! Hah. MUH. Cakap pasal MUH. Adakah MUH tak puas hati Ama masuk Af? Jeng..! Nanti aku sambung story yea. Haha. *dapat komen2 ngan Pitt MUH semalam. teruja..!


Dan dalam pencarian aku. Inarah ni orang Keramat jugak. Dia assistant MUH. S0, dorang kenal ni sebab MUH. Dan kapel masa Ama join MUH la ek? Adei. Kenapa mesti Ama. Kenapa Inarah tak kapel ngn Black. Haha. *mud jeles. Or dorang kapel sejak dari sekolah? yea. pencarian bermula. Haha. Habislah pakwe den jeles kalau macam ni. Haha.




nak baca komen tu? Jom klik sini..!





Thursday, June 16, 2011

HOTFM Big Jam 2010 - MUH



Hari-hari tak ada kerja lain selain mencari, mendengar dan menghayati video-video MUH feat Hazama. Haha. Gila kan? Biarlah. Dah aku suka kan.

Tapi, aku suka tengok dorang performe. Hazama bertenaga gila. Lagu-lagu MUH kan memang power2. Lagu Untukmu tuh berHANTU gila kan korang? Aku suka tengok masa neh. Memang awesome lah. Kat AF maybe dia terikat dengan teknik-teknik nyanyian yang di ajar. Kalau kat konsert macam neh. Bedal je la. Asalkan tak sumbang. Tapi, memang best. Best. Best.

He deserve it..!


Jum layan. HOTFM Big Jam 2010









Tuesday, June 14, 2011

aku fanatik jugak. tapi aku tak baling mercun oke. haha


Suka hati lah korang nak menganjing aku ke ape. Yang mane buzz kat chat. Tanya pasal bola la ape la. Its ok. Its up 2 u. Btw, ade aku kesah? Haha.

Goal seterusnya. Liga Super. TRW di tangga atas. NI keputusan terkini. 14 Jun. Nak tengok perkembangan untuk Liga Super. KLIK SINI.



Tahniah untuk TRW atas kemenangan tadi. Memang cantekk gol Mat Yo tadi. Yang penting, Daudsu passing bola. Lepas score. Mat Yo terus peluk Daudsu. Dramatik der...! Then, ada sekali tu, Daudsu passing bola kat keeper. Die tanduk, peninton semua bersorak. Hehe. Takut sejarah berulang ek. Hehe. Apa2 pon, tahniah...!

Perlawanan seterusnya Kelantan VS Sabah. TRW sekurang-kurangnya perlu keputusan seri dengan Sabah untuk mara ke final. Err.. yeke? Nak tahu ye ke tak. Korang cek sendiri eyh.

Good Luck 2 TRW...!


notakaki :: sejka akhir-akhir ni. keje aku bila on9 ialah godeh2 FAN PAGE HAZAMA dengan The Red Warrior. hehe.


Merisik Khabar





Riuh pagi di Era. Merisik Khabar bersama Hazama. Luahan hati Hazama pada ibu dia, Puan Hasmah. SUMPAH aku sebak. Huhu.







' Terima kasih kerana melahirkan saya.
Terima kasih kerana beri nama saya Hazama.
Terima kasih kerana besarkan saya.
Terima kasih kerana sabar dengan perangai saya...'



Aku pulak yang nangis bila tengok video neh. Dengar kat radio era, macam sebak je. Setakat bergenang air mata. Bila tengok video neh. Aku pulak yang nangis. Walaweh..!




Hazama. Im proud of you.





Monday, June 13, 2011

:: Mak Lang da agak Pak Lang juara. Tahniah Hazama! ::

Pak Lang! Ooo Pak Lang! Tau tak Mak Lang hepi sangat malam ni? Tersangat hepi..! Terubat lah kekecewaan Mak Lang sebab TRW kalah semalam. Hehe. Hari ni Pak Lang menang. Oh Hazama. I heart u sygss! Dari pukul 9 aku tercongok depan tv. Tak kalih sikit pon weh! Haha. Bukan main semangat..! Apa yang penting. Aku ni fantatik da kat Pak Lang macho neh. Haha.





Awesome lah persembahan Hazama. Bak kata Datuk Ramli MS. ' awak 2 3 tiang di depan berbanding yang lain..'

Wah. Kak Ogy ngn Hattan pon puji kaw2. Hehe. Kalau Hazama tak menang. Memang F lah Astro.! haha. Memang aku terus tutup tv tadi. SUMPAH WEH AKU CAKAP. Majoriti nak Hazama menang. Tengok r, ramai yang sorak untuk dia. Persembahan Hazama pon lain dari orang lain. SPECIAL. Memang layak juara.

U DESERVE IT HAZAMA!

Tak sia-sia kamu struggle selama 5 tahun.! Meet Uncle Hussain telah menaikkan nama Hazama. Aku kenal Hazama masa AF4. Lepas tu, aku tahu, dia masuk MUH. Penah buat road tour untuk Gempak Desa Astro. Then AF9. Sebab tu Hazama lain dari yg lain. Orang kata lebih berpengalaman. Tapi, dia tetap merendah diri. Oh. LOVE U!!...DI SEBABKAN HAZAMA. AKU TENGOK AF. Ceh.. Die hard fan lah aku ni kan. Hehe.


Aku suka cara Hazama. Cool n steady. Aku tersentuh dengan Hazama tadi. Dia kan hati keras. Tapi, air mata dia jatuh jua. Mesti dia sangat terharu..! Yeah..! Kami sokong kamu.! Tapi kan, memang palat la PAK NIL tadi, masa dia nak umum tempat ketiga. Dia sebut nama HAZAMA, terkejut aku. BFF aku, FAIZAL PATT, sampai tepuk2 lantai. Terkejut. Rupanya dia sebut semua nama pelajar. Haha. HAZAMA PON TERSENYUM LEGA. Kih2.

Aku tengok Hazama sebak masa lepas nyanyi lagi CINTA TERAGUNG. Wah. KAlau aku nak ulas pasal die. sampai terbit matahari pon tak habis. BAik aku stop. Kiki~





notakaki :: repeat lagu Hazama sampai muntah.



Sunday, June 12, 2011

:: Minggu ke-9. Hazama a.k.a Pak Lang ::




Sumpah best persembahan Hazama pada minggu neh. Aku dok ulang tengok berjuta kali neh. Hehe. TIPU kan? Tak sampai lagi sejuta. Cuma berpuluh-puluh kali. SUMPAH AKU TAK TIPU. Hehe. Betul. Addicted dengan Pak Lang neh. Sumpah best..!

Hope Pak Lang akan buat yang terbaik untuk final malam ni. Mak Lang dah beli topap banyak2 ni. Jangan isau. Mak Lang tetap sokong Pak Lang walau ape pon terjadi. Cewaah. Dulu mana aku tengok AF neh. Mana ada fanatik kan. Setelah..setelah HAZAMA masuk masa minggu keempat. Aku dok ikot perkembangan. Adik aku, Apis pon sama. Sebab Hazama. Ayah aku? penah buat dialog yang buat aku terkejut..

' Hazama ke lepas ni? Nak tengok Hazama je ni. Dia da menang tahun ni...' *ayah aku speaking Klate. Ni aku da translate la. hehe.


Tapi kan. Anak buah Hazama cute seyh. Comel sangat. Suka tengok..! ^^,




Hazama - Minggu 9.

Angin ( Dewa 19)





Lirik - ANGIN.

angin tolonglah aku sedang jatuh cinta
tapi aku tak punya nyali tuk katakan
bahwasanya setiap hari kumerindukan dia

angin masukkan aku ke dalam mimpinya
jadikan aku raja dan dia ratunya
buat dia selalu memikirkan diriku

reff :
angin katakan padanya bahwa aku cinta dia
angin sampaikan padanya bahwa aku butuh dia

angin tancapkanlah busur panah cintaku
tancapkanlah cepat tepat dijantung hatinya
sebelum hatinya jadi beku dan membatu





Friday, June 10, 2011

Minggu 8 - Pak Lang



Layan lagu Hazama meh. Semenjak dua menjak ni. Hazama je memanjang. Boleh jatuh cinta kalau lama-lama macam ni. Hehe. Ops...! Memang dah terrr..pon. ILY Pak Lang..! Yang ni mase minggu ke-8. Best ape dye nyanyi. Walaupun Hazama macam kontrol suara kan. Tapi best jugak..! Persetankan apa orang nak cakap. Hehe.

Mekap tu tak lambangkan apa-apa. Macam yang Hazama explain tu lah. 'Mungkin dorang tak paham tu lah...' Hehe. Sempoi je dye. ^^,


Jum layan video neh.






Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri




Thursday, June 9, 2011

:: KLCC dan sawah padi ::



Selagi cuti tak habis. Selagi tu nak pegi sana. Nak pegi sini. Semua tempat nak pegi. Macam nak round 1 Malaysia. Kan? Hehe. Habis jelajah Selatan dan Pantai Timur. * Kelantan - Kemaman - Kuantan - Johor - Kuala Lumpur - Lipis - Kelantan* Jom ke Utara pulak. Biasa kalau pegi Utara. Semua tempat nak round. Macam cuti sem lepas. Habihh Kedah, Perlis nak round. Penang je ta travel semua. Especially kat pulau. Bila tah nak pi. Hek3... Tapi kali ni. Singgah sat ja kat Aloq Staq. Pi Perlis ja lama. *ceh. cheq speaking utara woo..hehe.

Apa yang ada kat Perlis? Macam-macam ada. Padang Besar. Gua Kelam. Tu memang tempat femes lah kan. Hehe. Ladang tebu dya memang awesome lah kalau nak wat sesi photoshoot. Ni rasa nak ajak Cieda pi sana neh. Hehe.



Rasa nak pi Hadyai la plak an. Belah Kelantan, Golok dah lepas. Hadyai plak. Maybe cuti sem yang akan datang? Hee. ^^,




Kalau hang pa nak mai Perlis. Bawak DSLR yea. Sebab memang berbaloi la kalau amik gambar kat sini. Sem depan aku nak beli jugak Nikon. Hehe. Kurang excited da la sebab da banyak kali datang sini.

Tempat wajib pegi bila cuti sem -------> Johor. Kedah.Perlis.

Nak pegi tempat lain pulak...! Penang ke..Melaka ke.. Sobs!


p/s :: tajuk entry tak dak kaitan pon cerita aku kan? Haha.

notakaki :: Masih mengalami demam Hazama.

Saturday, June 4, 2011

:: Ayah aku pon suka Hazama. Ayah nak buat calon menantu ye? :P ::



Oh. Lagi-lagi pasal Hazama. Tak habis-habis aku ni kan. Hazama sana. Hazama sini. Hazama. Hazama.. Hehe. Im in love with him lah! Adei. Susah la macam ni. Hehe. Kalau dah hari-hari dengar lagu Hazama kan. Sah angau! Hazamaniac! :P

Sebenarnya aku nak cerita pasal AF9 tadi. Aku punyalah yakin kan. Hazama tak akan keluar. Sebab dia one of the best kowt. Eh, bukan, dia THE BEST. Ada dua bagasi. Aku agak Lena ngn Erul la kan. Pastu BFF aku text aku. Err..BFF, sape? Ehehe. Sape lagi kalau bukan Faizal tuh! Saje je an. Sebab aku kan minat kaw-kaw KAWW TIMM kat Hazama.

Dia text aku...' mcm mane kalau Hazama terkeluar?'

Aku jawab r.. ' mmg bodo la astro'

Then ayah aku cakap..dua orang ke..*ayah aku pon tengok AF beb! hehe. Aku cakap.. 'entah-entah yang dapat beg ni yang dapat masuk final...'

Lepas tu, Pak Nil bukak tag nama kat bagasi tuh. 'HAZAMA'. whoahh! gila beb. Memang sumpah aku cakap. SENTAP jantung aku kejap. SUMPAH AKU TAK TIPU.. Aku memang terkejut. Adik-adik aku cakap...'kaklong terkejut sampai macam tu sekali?'

Memang la wei. Gila ke kalau Hazama tak dapat masuk final.! Dia sangat best kowt! Argghh.. Aku tersentap sampai tersandar kat dinding. Haha. Melampau gila kan...? Aku tengok muka Hazama pon macam sangat terkejut. Fuhh..Baru nak maki-maki Astro kan...haha.

Lepas tu Pak Nil cakap Hazama sebenarnya dapat masuk final. Whoaahh..! LEGA DEN LEGA. Dan aku dah agak. Bagasi yang satu lagi tu mesti pelajar yang tersingkir. Kan betul..tapi kenapa mesti Erul? Lena patutnye.. Apa-apa pon. Tenaga pengajar tahu la apa dorang buat. Sebenarnya kita tak boleh percaya sangat yang pelajar terkeluar dan yang tersingkir tu memang betul-betul bergantung atas undian. Kadang-kadang 'ia sudah di rancang...' MACAM IMUNITI YANG FINA DAPAT LA. mmg dah di rancang..kan? ^_____^


Apa-apa pon. Anak sedara Hazama tadi comel..! PAK LANG. PAK LANG. Tak habis-habis ngan Pak Lang die. Ni haa..Mak Lang datang. Hehe. :P


ayah aku cakap...' alah...dapat kat dia (Hazama) dah la...' maksudnya. Hazama menang nanti. Hehe. dan aku tak leh lupa. Masa konsert tadi, ayah aku nak mandi. Tapi dia cakap..
" Hazama ke jap ag? Lepas Hazama nyanyi ni boleh la nak pegi mandi. NAK TENGOK HAZAMA JE. "


Wah gitu.. Ayah aku pon minat Hazama beb..!


notakaki :: oh Hazama.. Kau senyum. Aku pengsan! Haha


Friday, June 3, 2011

:: FK. lame dah aku tak cerita. ::

Sudah lame ye aku tak tulis sal hero aku neh. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil a.k.a FK. Whoaaahh..! Si tinggi lampai ni. Okeh. Jom tengok. FK jadi cover muka depan Majalah InTrend.





Filem Kongsi..! Awesome. 7 juta dalam masa seminggu? Okeh wat..! Hehe. Lawak r Sam neh. Hehe. Thumbs up. Tapi, tatau apa motif Tumulak tu pegi bunuh semua ahli-ahli kongsi gelap tuh. Maybe FK nak sambung Kongsi 2. Then jelaskan semua an. Hehe. Go Fk go..!







Thursday, June 2, 2011

:: imuniti milik Hazama ::








Walaupun isu ni semenangnya dah nak basi. Tapi aku nak ulas jugak. Sebab tak de masa nak berblogging beria sangat. Kan sibukk kesana kesini. Hehe. Ok. Cerita pasal IMUNITI AF9.

Hah. Sebagai peminat Hazama. Memang aku tak puas hati lah kan. Bukan peminat Hazam je, peminat Azri, Erul semua mesti nak pelajar pilihan dorang kan. Tapi, Hazama lah paling ketara sekali. Dah sah-sah Hazama dapat undian paling tinggi. Markah juri pon kalau tak dapat tertingggi, tapii tak de lah seteruk mane kan. Best je Hazama nyanyi lagu May-Sendiri, malam tu. Awesome lah.

Masa nak dekat habis konsert tuh. Ada tunjuk markah undian. Paling bawah sekali Fina. Last-last, pelik pulak, Lena yang terkeluar. Lepas tu, tak pasal-pasal si FINA tuh dapat imuniti. Adakah Fina JUARA TERANCANG? Oh tidakkk! Yang aku pelik, Fina dapat undian terendah. Tup-tup, dapat IMUNITI, konon-konon markah paling tinggi bila undian+markah pengajar..! Imposibble! Mustahil lah. Nampak sangat lah orang nak selamatkan Fina. Takut terkeluarkan. Huhh..! Thumbs down to you all! Huh..!

Rasionalnya kan. Kalaulah Fina terkeluar. Tak de lah JUARA DORANG. kan? Dan, sebab apa tak de yang tersingkir minggu lepas. Sebabnya, mungkin dorang nak kekalkan FINA, HAZAMA, AZRI dan ERUL untuk ke konsert akhir nanti. So, minggu ni Lena yang akan terkeluar. Dan peminat Lena mesti akan undi die lagi. UNTUNG ASTRO..Yang empat orang tu akan kekal. Dan, Astro mesti la nak Fina dapat imuniti, sebab FINA KAN DAPAT UNDIAN YANG PALING RENDAH. So, kalau dia tak dapat imuniti, dan Hazama yang dapat, rugilah Astro. Fina tak de sangat orang nak undi. Sedangkan Hazama dapat undi yang paling tinggi. So, UNTUNG AH ASTRO kat situ. Kan? Kan? Mesti dah peminat Hazama, Azri dan yang lain nak pelajar dorang ke final. Kan? Kan? haha. Kalau lah Fina yang juara. SUMPAH AF9 tak best!

Ni aku ada terbaca dalam satu blog. Meh aku copy paste ayat tuh. Layan~


Hazama (Sendiri)
Entah apa yang mengaburi mata tenaga pengajar dan mengganggu pendengaran para pengkritik! Persembahan Hazama adalah persembahan yang terbaik malam konsert kelapan! Maafkan saya Sham Kamikaze, tetapi persembahan Hazama membawakan lagu May ini saya lihat adalah satu persembahan yang segar, hebat dan memberikan penghormatan yang tinggi untuk lagu ini! Dia membawakan dengan caranya yang tersendiri, lari jauh dari kepompong rock kapak lagu ini! 'Sendiri' ditangan Hazama sangat best! Perubahan minimum pada melodi tidak langsung mencacatkan lagu ini, malahan menjadikannya lebih 'current'! Mungkin hanya Hazama yang faham erti konsert menggunakan live band! Imuniti sebenarnya layak untuk Hazama, tetapi entahlah! Setiap kali ditunjukkan undian Fina di bawah sangat membuktikan pihak produksi terlalu ingin menyelamatkan Fina!

Fina (Samudera)
Tahniah kepada calon bakal juara! Kenapa saya kata Fina bakal juara? Juara terancangkah? Oh, tidak! Bukan itu maksud saya. Cubalah tanya Pak Nil. Memang setiap tahun dan setiap kali Pak Nil mengacarakan konsert akhir, Pak Nil akan sentiasa memanggil finalis dengan panggilan calon juara kerana mereka semua bakal merebut takhta tersebut. Dan oleh kerana Fina sudah layak ke final, sudah tentulah dia adalah salah satu calon bakal juara! Mungkin saya berbeza dengan kebanyakan orang lain. Saya tidak mudah impressed dengan jeritan nada tinggi! Saya hanya akan tertarik jika nada tinggi itu disertai dengan nilai kesedapan yang tinggi! Bukan sekadar nyaring! Saya enjoy dengan persembahan Fina tetapi tidak sampai untuk menobatkan dia sebagai penerima imuniti.

Saya masih berpegang dengan pendapat saya bahawa pelajar-pelajar lelaki, didahului dengan Hazama, Erul dan Azri lebih layak menerima imuniti daripada Fina! Undian peminat memihak kepada Hazama, tetapi tenaga pengajar mahukan Fina. Tagline baru untuk AF9 sejak konsert pengguguran adalah 'Jari Tidak Lagi Menjadi Juri!' Mungkin lebih sesuai digunakan 'Produksi Penjadi Juri'! Wallahualam.


nak baca lagi? klik sini untuk ke blog tersebut.


ni pulak. aku copy dari fesbuk fan Hazama.



Antara komen-komen yang aku sempat baca dan COPY..! Hehe. Bace yek..

hahaha...kesian fina! fina happy dpt imuniti krn dia sangka dia bagus tp sebenarnya dia d slmtkan krn dia kurang dpt undian penonton... penonton lbh suka pljr lain dr dia...

pipitemas - 1-Jun-2011


nampak sgt imuniti mmg sengaja dicipta unt mnyelamatkan fina yg sntiasa dpt undian tcorot tu..dlm erti kata lain sebenarnya imuniti bukanlh untuk pelajar yg hebat ttp untuk pelajar yg berisiko tinggi unt tsingkir tp knonnya dianggap hebat..hebat ke??
mashimaro - 31-May-2011


kata saya :: tak pe lah. Hazama tak jadi juara pon xpe. Dia memang JUARA di hati peminat ok. Then, Hazama much better then Fina. Hazama bukan penyanyi tapi dia PERFORMER. Itu kata Faizal Tahir. Kita semua dah tahu Hazama memang best gila kan. Sejak dia masuk band Meet Uncle Hussain lagi kan. Suara dia memang awesome! Mantap kowt! KAWWWW TIMM.....!



notakaki :: musim gila Hazama.