.

.

Friday, June 17, 2011

heols lagik.






Ama masuk af9 sebab di lamar Astro. See? Bukan Ama yang g audition. Ada yang tak puas hati sebab Ama masuk tanpa audition. Nak buat macam mana. Ama dah dekat 3 tahun ngn Astro. Ikut program Astro. So, haruslah produksi perasan bakat dia yang memang debomm gitu uols. iols pon emmang terpukau. Tadi iols godeh2 Home Ama kat Cari Forum. Ramai yang cakap dorang ikot af lepas Ama masuk. B4 ni kan dorang cakap af hambar gila. iols pon tengok af afta Ama masuk ah.

Ada reputz bg tau. Ama ni frenly.hepi go lucky. funny g2 uols. haha. dia senang d dekati dan tak kekwat. lam fb Ama pon iols ada baca. Ama cakap. kalau sombong tak kemana. Dan. dia reply semua wall post dan komen2 fans. iols baca neh b4 heols masuk af lah. dah masuk af. heols tak leh on9 da la. Ama femes b4 masuk af lagik lah. iols dah godeh sampai 1st post heols taw. haha. heols femes afta konsert prelude af4. then, sebab heols join gempak astro. join muh. masuk ajl bagai.

heols pon frenly ngn dak2 keramat permai. petang2 turun men bola. tak kerek even da jadi artis. artis2 GDA (astro) pon cakap Ama ni memang sempoi. reputz jugak bagi taw, he's so humble. ada iols baca. ada yang cakap. astro offer dye sebab nak kembalikan reputasi af yang hambar mambar uh. lepas heols masuk af, ada yang cakap. fenomena mawi kembali berulang. tak semena-mena af up balik. iols jugak ada baca, ramai fans yang ikut af afta Ama@heols masuk. ala, lagi pun. heols da mmg artis. penah duet ngn principle Amy lak tuh. dah tentu2 lah astro akan ambil die. even die tak pergi audition kan.


bawah ni ada keratan akhbar utk uols.


Berdebar membilang minit

TIADA perkataan yang mampu diterjemah, sebaliknya hanya ucapan syukur sebaik saja peluang diperoleh dua anak muda ini untuk mempertaruhkan nasib.
Baik Hazama Ahmad Azmi mahupun Nurshafinaz Jebat, peluang ke pentas final program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) malam esok bak mimpi jadi nyata.

Terdahulu, peluang masuk ke AF9 melalui format AFMASUK buat mereka disambut bagai bulan jatuh ke riba.

Mendekati mereka berdua petang Rabu lalu di rumah kaca AF9 di pusat beli-belah AEON Setiawangsa, Kuala Lumpur, tergambar bahawa masing-masing begitu berdebar membilang minit ke gelanggang akhir.



Hazama yang terlebih dulu mencuba pada AF4 namun terpaksa keluar pada peringkat konsert ‘prelude’ menyifatkan kepercayaan kedua yang diberi Astro adalah satu peluang untuk membuktikan bakat sebenar.


“Bayangkan, perjalanan saya sudah jauh berbanding semua peserta AF9 lain. Sejak lima tahun lalu saya sudah berada di sini memperkenalkan bakat namun ia belum cukup kuat untuk diterima masuk. Lantas saya terus mengintai peluang lain untuk mencipta nama dalam lapangan nyanyian yang begitu saya cintai. Alhamdulillah program seperti Gempak Astro dan Gempak Desa membuka laluan untuk mencari rezeki.


“Kemudian tiada siapa sangka saya dilamar kumpulan Meet Uncle Hussain untuk bersama mereka menjadi vokalis sementara. Meskipun tidak menjanjikan apa-apa, setidak-tidaknya kehadiran saya menerusi lagu Drama King dan Pokok memperkenalkan bakat saya kepada pendengar. Saya bersyukur kerana masih ramai yang perasan dengan kehadiran saya.

“Justeru panggilan daripada produksi untuk saya mencuba di AF9 menerusi format AFMASUK yang ingin diserapkan pada minggu kedua adalah mustahil untuk saya ketepikan. Sudah terlalu lama saya menunggu dan ini adalah peluang terbaik. Alhamdulillah saya diterima masuk bersama Fina yang juga pernah menghadiri uji bakat tapi ketika itu dia terlalu muda.

“Minggu keempat kami berdua tampil menunjukkan bakat yang ada dan itulah detik pertama yang saya rasakan seolah-olah mimpi kerana punya ruang membuktikan kemampuan diri yang sebenar,” katanya.










weh uols. iols ni dah banyak merapu pasal heols. haha. harap2 heols akan baca. xpon Inarah baca then gtaw heols.



0 comments: