.

.

Thursday, August 18, 2011

:: pilih jalan yang selesa utk diri sendiri ::






Haa. Apa pulak aku nak merepek ni. Korang baca je lah yea. Kalau rasa tak nak bace. Sila-sila tekan Ctrl+F4 yea. Hihi. Tak paksa. :)


Dalam hidup kita ni kan. Kita mudah sangat memberi. Err,,,maksud aku... Memberi cinta. Memberi kasih sayang. Kepada orang yang belum tentu menyayangi kita seperti mana kita sayang kat dorangg. Am i rite? Haaa..banyak da yang terjadi. Tak usah cakap kat orangg la. Diri sendiri pon pernah. >.<

Pendapat aku la. Tak bagus kot buat macam tu. Memang la kita ada hak untuk mencinta dan menyayangi orang lain. Tapi bukannya sayang dia bermati-matian. Apa maknanya kalau kita menangisi cinta yang di kejar. Apa gunanya sedih bila tahu dia sebenarnya bukan milik kita. Sedangkan dia tak de apa-apa perasaan dan tak kesah pon tentang perasaan kita?

Bagi aku, kalau nak sayang someone tu, tak salah. Tapi jangan terOVER la kann. Tak bagus taww...Hihi. Diri sendiri jugak yang sakit. Buat rilek2 sudah. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Pengalaman banyak mengajar kita kan.

DAN, kita jangan selalu menyakiti hati sendiri. Jangan terlalu mudah menangis kerana perkara yang tak sepatutnya kita tangisi. Jangan bazirkan air mata kita. Cuba untuk jadi kuat dan letakkan sedikit ego. Jangan biarkan diri kita dilukai. Sekali sekala cuba hargai diri dan hati kita. Jangan mudah sangat ia di sakiti. ^^,

Cinta ni kan. Tak semestinya kena bercinta. Cinta tak semestinya memiliki. Aku sekarang selesa dengan jalan yang aku pilih. Mungkin saat ni, ketika ini, aku selesa bersendirian. Selesa untuk berkawan sahaja dengan semua orangg. Aku ingin mengenali diri aku dengan sepenuhnya. Ambil masa untuk kenal diri sendiri sebelum beri perhatian kepada orang lain. Aku nak sayang diri aku dengan sepenuhnya sebelum aku sayang orangg lain. Cuba fikir, cukup tak kasih dan sayang kita untuk diri sendiri? >_<

Aku suka macam ni. Lebih rileks dan selesa. Tak perlu nak fikir perasaan orang. Tak perlu nak jaga hati sesiapa. Tak perlu fikir perkara yang kadang-kadang leh buat kita mudy. Kita stress. Kannn.. Mungkin belum masanya untuk aku lebih serius. MASA. Aku perlu itu. Mungkin aku sudah jemu bermain dengan perasaan ni. Jemu bermain cinta. Sampai satu tahap, aku tak de perasaan untuk itu. Malas. Malas untuk memikirkan tentang cinta. Sebab ape ek? Sebab aku selalu dan pernah di sakiti? Atau balasan Tuhan kerana aku pernah menyakiti? Ahaa.. Biar aku dan Dia sahaja yang tahu. :)


Pengalaman mematangkan diri kita. Hidup ni bukannya sentiasa indah. Kadang-kadang kita kena fikir tentang diri sendiri. DAN, janganla buat keputusan melulu. Fikir sebelum berkata-kata. :)



katasaya :: hidup hanya sekali. hargai diri dan masa yang telah diberikan. >.<




notakaki :: Mud jiwangjiwang derr.. Tak leh blah btol kannn.

1 comments:

Diya Edhayaa said...

kkak.... katasaya tu cm kata2 lina kt blog je.. ehe