.

.
Showing posts with label takde keje sgt daaa... Show all posts
Showing posts with label takde keje sgt daaa... Show all posts

Monday, January 27, 2014

. najwa latipp la sangat .



aloha! Kalau sebut nama Najwa Latif, konpem punyalah ramai yang kenal. Kalau yang tak kenal, cakap je, yang nyanyi lagu Cinta Muka Buku tuu... hehe.

Serba salah sebenarnya aku nak taip entry ni. Kang ada yang cakap perasan, annoying pulak. Tapi tak kira lah, aku nak taip jugak. jari dah laju ketuk ketak ketuk ketak ni. Tak boleh nak stop. ;p

Rumours ni lama dah aku dengar. Entah budak budak ni menganjing aku ke betul betul. Depa cakap aku iras iras Najwa Latiff. Hehhhh. Ada ke? Lama aku telek cermin. Sumpah tak hade iras langsungg. Korang biar betul. Menganjing aku letewww!




Seingat aku, si Adam la mula mula post kat wall aku beserta gamba NajwaLatip, dia cakap aku ni kemborrr si Najwa tu. Aigoo. Kes ni terus menular ke serata budak IPG Afzan. Ramai yang mengiyakan spekulasi Adam tuh. Haha. Gelak golek golek aku. Lepas tu ramai la yang panggil aku 'kak wa'. Budak budak junior pon siap cakap kat aku. Memang iraass. Tenkiu la adik adik. kak tak de coki coki nak bagi kat korang time tu. nanti kak dah keje, datang tuntut eh. hihi

Ada junior yang bernama  'L' tu siap suruh aku nyanyi lagi time pesta.Walaweh, korang ingat suara aku sedap macam najwalatip ke ape. Aku penah test suara kat karaoke jamban je. kat tempat open belum lagi ye. soryyy, kang hujan tak pasal. :p si junior ni tiap kali jumpa aku mesti panggil aku kak najwa. huwaaaa... rindu jugak la kat junior junior yang suka tegur aku macam tu. hahhaa.



Mien pulak siap buat entry kat blog dia lagi. Saja lah tu nak propa! hahha. Budak budak kelas aku apa lagi, perli habisss. Gosip ni menular hingga ke kawan kawan sekampung aku. Dah post kat wall, satu dunia boleh baca mak enon oii. Siap kena 'pangkah' lagi kat geng sekampung. Good job. haha. Malu pon hade jugak bila time raya kawan kawan dok pakat perliii. Malu ke? Bukan malu weh, geram nak tonyoh tonyoh muka hampa! hahaha


Paling aku nak gelak, aku terjumpa junior aku, Basyar nama dia. Terjumpa kat kedai buku  Popular, dia sengih kat aku lepas tu buat isyarat nak sign. Haha. Aku gelak sungguh sungguh time tu. Kelako pulak. Feeling retissss giteww kau!


Bukan setakat tu je, masa aku praktikum 3 bulan kat SK Gali. hari pertama aku masuk sekolah, aku ingat lagi, after assembly, sorang ustaz tegur aku, " awak kakak najwa latif ke, muka sama lah.."

sungguh tak leh blah. biru muka aku time tu. ada ke tegur macam tu. hahaha.




dan tadi, aku baru je 'friend' dengan budak budak kaki novel. then sorang mamat ni ingat aku ni najwa latif. hmmmm. one day aku nak bergambar dengan najwa latif, nak tengok jugak, tang mana same. :D





Thursday, September 26, 2013

. 5 tahun setengah tiba di penghujung .



Bismillah...

Lamanya tak hapdet ini blog. Huhuuu. Sibuk mungkin. Haihh. Sibuk tang mana tatau. Even sibuk, aku tetap blogging meh. Hobi kot. :D

Cuma, perlu mood dan idea untuk merepek kat sini. Rasanya banyak dah cerita ceriti yang aku tertinggal nak hapdet. So, basi dah kot. HAHA. Lantak la eh. Yang penting aku nak jugakk hapdet even dah basi. Kohkoh.


6 dan 7 September lepas, berlangsungnya seminar Kajian Tindakan which is kami semua kena bentang tesis or kajian yang kami laksanakan semasa kat sekolah. Fuhh. Gigil jugak even depan kawan-kawan kelas and lecturer Jabatan Pengajian Melayu je.

After that, kami buat majlis penutup yang dipuji melambung lambung oleh Timbalan Pengarah. Malam sebelum majlis penutup, kami semua siap lepak sembang sama-sama lagi dengan Timbalan Pengarah kat rumah Encik Jalal. Veryyy da sempoii la TP kami! Mana nak dapat woiii, Timbalan Pengarah IPG lepak sesame cenggitu. Salute Encik Nordin!!

Apa yang best, kami semua on da spot je beli baju merah same ngan baju korporat (baju bas sani) geng boboi. Hehe. Memang cun gila!

Apa tunggu lagiiiiiiii. Photoshoot jom!!



Veryy comel sesoranggg! Kalau lembu nampak ni, lintang-pukang semua kene kejorrr. Hihi.




Gegel yang dikatakan gila gamborr! HAHA




Gambar kelas paling smart abad ini. 


 

Konduktor Bas Sani Express katenye!  Yeke? Aku nampak macam calon-calon FA je ni. HAHA. :p




Tq Din. Sungguh cun gambar ni. Hihi.


Sungguh aku tak sangka, kejap je rasa, 5 tahun setengah kat sini. How time flies. Huu. Dulu kita cakap tak sabar nak habis. Tak sabar nak posting. Sekarang apa kita rasa? Memang tak sabar nak keje, nak posting. Tapi kita sayang nak tinggalkan kawan-kawan. Kan??

Lepas ni susah dah kita nak berkumpul macam ni. Nak lepas sesame. Buat keje gila sesama. Huhuuu. Semoga korang semua berjaya di luar sanaaa. Jom kita habiskan sisa-sisa masa yang ada ni dengan kenangan yang terindah. 


Friendship isn't a big thing - it's a million little things.



Tuesday, June 25, 2013

. itu dia ujian .




Kenapa kita sedih?

Sebab apa kita sedih?

Kenapa perlu bersedih?

Sedih?


Hmm. Sedih. Sedih.


Sedih tu mesti ada penyebab. Sebab apa? Putus cinta? Putus kawan? Stress? Pointer rendah? Bergaduh?

Huhu. Ya. Ya, aku tulis entry ni sebab aku tengah down. Feel like a loser. Huh. Tak baik rasa diri loser. Sebab masing-masing ada kebolehan dan kelebihan masing-masing kan. Feeling down. Tak patut eh rasa macam tu.

Ya. Orang tu cantik. Orang tu cerdik. Orang tu kurus. Kita? Ingatlah, walau kita rasa kita tak perfect, ada lagi orang yang kurang daripada kita. Sekurang kurangnya kita sempurna.


Ahh. Apa aku merapu ni?


Yang aku tahu, Allah takkan turunkan ujian ketika kita bersedia, Dia turunkan ujian ketika kita tidak bersedia, sebab Dia nak tengok sejauh mana kemampuan kita. Dia nak uji kita. Dan aku berpegang pada satu ayat ni, Allah takkan uji kita kalau diluar kemampuan kita.

Sunday, March 3, 2013

. jangan bermain dengan api .






Jangan bermain api, kelak membakar diri.


Kalau kau rasa benda yang aku buat tu tak patut, kau jangan la buat. Kelak kau jugak yang susah. 
 


 

Saturday, March 2, 2013

. jom bbm! .






Mahu beli alat tulis untuk setahun bekalan buat adik-adik. Serta novel untuk aku. Tak lupa buku latihan murid buat rujukan aku nak mengaja. #oh, betapa skema nya penulisan aku. Hiii.


Thursday, February 14, 2013

. sila tukar .



Kali keempat aku perasan kad ATM aku dah expired. Rasanya, sebelum Disember 2012 lagi aku memang dah perasan dan ingat, kad ni dah nak expired. Tapi, aku terus lupa dan lupa.

Dan kali keempat, masa nak amek duit kat ATM, mesin tu warning. Kad ni boleh guna sampai 3/13 iaitu Mac 2013. Hehe. Err.. mesin warning? Acane tu?



Sila tukar kad ATM sebelum ia menyusahkan anda! Haha. Kang tak pasal-pasal kena block then tak dapat keluarkan duit!


Thursday, February 7, 2013

. just potpet potpet .




Lagi cerita saya, rumah sewa dan hausmate. Tapi bukan cerita seram atau cerita cik tikus menyerangg rumah. Aku nak cerita pasal makan. Hoii. Gila kau. Makan banyak bebenor semenjak dua menjak tiga menjak ni. Aim aku nak kurus sumpah tak akan berrrjayaaa. fail! gagal! Kat rumah, masak, makan. Makan, masak. Kat sekolah? Tak payah cakap la. Makan aje.! Dengan cikgu-cikgu sportingg and suka masak. Makan free woiii. Sape tak nak? Cuba kau cakap?



Tengok. Betapa full peti ais. Ni kali kedua dalam masa 3 minggu kami shoping barang dapur. Ni belom elaun masuk lagi. Skang elaun dah masuk. Haa. Ready la kau untuk gemuk Ct!



2 hari lepas, aku beli kfc. Lepas tu kan, abang tu terbubuh banyak gila sos yang paket-paket tu. Maybe dia lupa kot, sampai 16 paket. Haha. Biasa dapat 2 or 3 je kan? Mungkin abang tu tengah berangan. Haha.


Sunday, January 13, 2013

. update! .



Apa yang update???




My Planner! Dah update tarikh-tarikh pentingg which is bufday kesayangan(s) saya, paktikum, study week dan yang palinggggg penting, cuti! 


Second, twitter...!


da old one. thanks to 'budak penyebokkk' sebab tolong buat akaun dan tak bagi tahu aku! jahat bebenor. teruk bena perangai demo!



Ok. Dah tuka BG. Tu croppppp guwa! My fevret!


p/s : tak de idea sebenarnya! :P


 

Monday, December 17, 2012

. aku dan cermin ajaib .



Kau orang penah dengar tak cerita dongeng yang ada pasal cermin ajaib tuh? Snow White kalau tak silap aku. Am i rite?? Namun aku bukan watak jahat tu. Aku baik tahu. ^^

Aku ni suka sangat ambik gambau depan cermin. Ahakss! syok sendiri seh. SS kata koo. Antara sebab-sebab aku suka amek gambau kat cermin ni SEBAB, tak hade orang nak ambik gambau hakuu! Sadis uols! Sobsob..


Antara tempat-tempat spot...
 #tolong picit butang X kaler merah kalau kau orang mula menyampah.


1. CERMIN HOSTEL


 
Before keluar, wajib dah lalu depan cermin ni sebab ni lah satu2 jalan untuk keluar dari blok. So, tiap kali nak gi kelas or keluar, acara WAJIB ialah MESTI pandang cermin. Walaupun before keluar bilik, dah 34 kali tengok cermin kan. Bila sampai kat sini, CONFIRM pandang cermin walau sekilas pandangg. Cewahhh.



See? Hah. Tol WAJIB. Haha.


2. CERMIN KAT RUMAH


Cermin depan bilik. Tempat yang cukup PRIVACY untuk syok sendiri. Haha.  :p




Cermin kat ruang tamu. Tempat fevret sebab di kelilingi oleh tingkap yang menyumbang cahaya supaya aku nampak lebih PUTIH. Hewhew..



Kann? Nampak sangat cahaya dari luar tuuu!



Ok. Untuk 'cover' yang aku ni syok sendiri, aku ajak la Yana skali. Haha.



Oh mann..! Cerminnya kotor bangat dehhh. Sila cuci!
 


Ok. Cermin dah di cuci!



Alamak! Cermin kotor balik!
#kalau cermin ni boleh bercakap macam cermin ajaib tuh, mesti dia menyampah kann? :P

Boleh katakan tiap kali nak keluar rumah, aku akan amek gambar. Hoho. Parokkkks!


3.  CERMIN KAT MALL / KEDAI




Standard la kan, kat kedai-kedai skang banyak dorang letak cermin kat dalam kedai. Bukan fitting room tau, kat dorang display barang-barang tu. Haa. Tanpa segan silu je snap-snap. Haha. 


Wif gegurls. Ni kat KBMALL. Kat tempat jual jeans tu. Haa. Akak tu tengok je kami dok snap-snap. Konon belek-belek jeans. Padahal nak amek gambau. Lepas snap, terus belah. Hewhew.. MaaP kak!

#masa ni aku tembam gile. hoi!

4. FITTING ROOM

Ahaa. Tempat FEVRET kot. Alah. kau orang pon mesti biasa buat kannn? Haha. Jangan tipu k. Deng! 

Aku ada banyak koleksi gambar dalam FR ni. Dengan kawan-kawan pon hade. Kau pernah masuk FR bertiga? Haa. Gilak lu. Try-try baju sambil amek gambau. Hiii.
 


Kekadang baju yang try tu aku beli. Kekadang try je. Amek gambar je lebih seh. T_T


Nampaknya bila aku dah ada rumah sendiri nanti, WAJIB lah aku letak cermin besar-besar macam kat rumah NADIA! Mesti!

Untuk pengetahuan korang, Nadia ni kawan sekolah guwa. Rumah dia sangat awesome tahu!


p/s : sori la. aku tetibe syok sendiri melambakkan gambau sendiri. Ngeh3



Saturday, December 15, 2012

. bayar bil .



Sejak akhir-akhir ni, bil BB aku melambung dengan tinggi. Kalau masuk olimpik, dapat pingat emas kauuu. Huhu. Awatnye la banyak bebenor bil ni. Haish. Nasib baik ayah aku baik hati. Dia yang bayar bulan-bulan. Nanti dah kawen. encik suami lah pulak bayarkan ae? ^^




Aku syak, adik-adik aku yang 'kerjakan' bb aku nih. Sebab time aku cuti je bil bb ni naik dengan mendadak. Laju macam EVO 10. :P
Tanya sorang-sorang, tanak ngaku.  Tak hape. Aku sorokkkan bb pasni. Hahaha.


#sori eh. tajuk entry tidak berunsur lucah. :P

Wednesday, October 17, 2012

. kad untuk kamu! .



Before aku merapu. Nak cakap dulu. Aku bukan show off. Bukan nak kata aku ni swit. Tapi memang aku ni swit kalau korang nak tahu. Haaa.

Aku cerita ni sebab aku nak share kat korang tentang fevret aku yang suka buat kad untuk kawan-kawan sempena bufday dorang! Maklumlah, pakwe tak ade. Jadi, buat untuk kawan-kawan aje la. Kan? :P


Ok. Yang kat bawah ni. Kad untuk 2 orang sis aku. Adik-adik yang cumell. Lina dan Rossa.


Yang ni aku buat khas untuk Cik Ruslina Najahudin. :)






Yang ni pulak, special untuk Cik Rosmarida Othman yang bakal akan jadi 'puan' dalam beberapa tahun lagik. Hee.




Itu je. Hihi. Tak de modal nak tulis entry sebenarnya ni. :P




Tuesday, October 9, 2012

. makan yang sedap-sedap saje lah! .


Apa yang aku tengah fikir? Cuba fikir? EH. Melalut eh kau Cik Kieranaa! 

Huhu. Ekceli, aku tengah fikir nie. Bukan tengah fikir, sebenarnya aku berangan tadi b4 taip entry ni. Haaa. Berangan sambil buat-buat rungsing.

Runsing?

Yela oi. Tak lama dah nak cuti semester. Sebulan lebeh je lagi. Bukan cuti yang aku risaukan. Aktiviti masa cuti tu. Erm.. Ermm. Bukan pasal trip ke Bandung. Yang tu, setel. Haa la. Sebab dah dapat 100% sponsor daripada ayahanda terchiennnta. Hii.

Yang aku rungsing, erm. Pasal kelas memasak bersama emak? Eh. Tak rungsing langsung! Pasal ayah suruh aku training bawak kereta manual? Hmm. Langsung aku tak takut.

Habis tu? Haila. Intro dah panjang berjela ni oii. 

Erm. takut GEMUK lah! Huwaaa. Biasalah, perut macam monster. Makan nak banyak. Tak sedar diri tu macam doremon. Badan cepat naik. Adui la. Kat rumah payah sikit la nak kawal makan. Gila rugi kalau buat-buat diet. Haish. Guane neh. Guane. Ambe nok kuruh!


Aku takut je naik semester 7 nanti. Badan aku kembang macam belonnn. Aiiggo. Tak pasal-pasal pakwe larik. Eh. Ade pakwe ke? Perasan lebeh! Haha. But, hopefully, aku boleh buat-buat sibuk sampai lupa nak makan. #eh, lupa ke?# Takut lah badan aku jadi macam kat bawah ni.....

.
.
.
.
.
.



              SEBELUM CUTI                                  SELEPAS CUTI


Kang tak pasal-pasal kang. Orang lain makin kurus. Aku makin jadik doremon.  Adakah aku perlukan pertolongan?





Herbalife? 

Ahh. Makan banyak tak jadik jugak! Penat je shake hari-hari. Tapi makan dua tiga tong nasik. Gemuk jugak. Haishh. Apa lagi?







Teh Orang Kampung?

Aih. Ni berak je lebih. Haha. Kang tak pasal-pasal berulang pegy toilet. Huhu.






Julap?

Haa. Yang ni boleh. Kalau nak mati cepat. Sila-sila kan amal makan benda ni. Haha.


Kesimpulannya. AKu redha dengan ketentuan Tuhan. Dia yang Maha Mengetahui. Hihi. #ayat poyo je. Cakap je la nak makan banyak masa cuti nanti!#



p/s : Tajuk entry macam tak kena je!