.

.

Wednesday, May 29, 2013

. kawan? .



Mahu dihargai dan menghargai. Ya. Aku pasti semua orang nak dihargai kann. Kadang-kadang kita buat something untuk someone. Tak kira la BF ke. BFF ke. KAWAN ke. HOUSEMATES ke. ROOMATE ke. Kita bukannya nak balasan. Kita cuma mahu dihargai. Kita nak dia hargai apa yang kita buat untuk dia. Cukup. Cukup sekadar menghargai usaha kita. Say Thanks. Tu tanda kita concern kat dia.

Kita buat semua tu, hanya nak dia tahu, kita ikhlas kawan and buat semua tu untuk dia. Persetankan apa yang dia rasa, dia anggap tentang kita. Tapi, betulkan orang cakap, satu kejahatan akan tutup seribu kebaikan or kenangan manis kita bersama someone tu. :)  Its so true beb.

So, aku banyak dah belajar daripada kesilapan masa lalu dan masa sekarang. Semua tu bekalan untuk aku jadikan pedoman pada masa akan datang. Lebih baik berhati-hati dalam berkawan. Jangan terlalu baik. Terlalu menjaga hati. Terlalu menyanjungi mereka jika akhirnya kita disakiti. Dan nasihat aku, jangan terlalu menjaga hati orang lain jika orang tu sendiri tak pernah nak fikirkan perasaan kita.

DAN, jangan cuba-cuba jadi KAWAN yang bersama bila senang. Tapi bila susah. Zaapppppppp! LESAP!

So, berkawan biar berpada-pada agar tidak memakan diri.





Pada kesempatan ini, aku nak minta maaf kepada semua kawan-kawan aku yang kenal aku. Tak kira sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, PLKN, IPG, kawan sekampung. Kawan blogger. Kawan Twitter, Fesbuk dan semua yang bergelar KAWAN. Maaf kalau aku ada sakiti hati korang. Terkasar bahasa. Perlakuan yang mengguris hati. Sebab kita ni manusia, kadang kala, kita sendiri tak sedar, bicara atau kelakuan kita tu buat kawan-kawan terasa hati. ( emosi ni emosi )

Aku memilih untuk menjadi seorang yang kebal. Errr. Maksudnya, seorang yang tidak sensitif. Sebab aku taknak kawan-kawan rimas dengan aku. :)


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkawan dengan aku hingga kini. Terima kasih kepada mereka yang bernama kawan, yang selalu membantu aku tak kira masa. Korang memang the best!


Akhir kalam, hoiiiiii. Aku penat dah merepek. Blah dulu beb!. :)






2 comments:

Unknown said...

SALAM DEAR JOM INVITE KAWAN-KAWAN MASUK CONTEST NI :) HADIAH MENARIK MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA DAN KAWAN-KAWAN.. BOLEH TENGOK KAT SINI YA DEAR http://puteribunianboutique.blogspot.com/

nadia farahida said...

dan terima kasih jugak cikgu sebab sudi jadi kawan alam maya sayaaa :))