.

.

Monday, May 13, 2013

. perangai buruk tuan blog .




Alhamdulillah. Aku masih lagi bernafas sehingga saat dan ketika ini. Setelah berhempas pulas menjawab paper Bimbingan dan Kaunseling. Sumpah, before exam tadi, aku perlukan sesi kaunseling. Arghh. Serabut dengan teori-teori kaunseling. Sungguh aku rasa macam overload. HAHA. Bahana study 'hard' kann.


Em. Ok. Back to the topic. Cakap pasal perangai buruk. Tabiat buruk. Semua orang ada tabiat buruk meh. Ce cakap sape yang always baikkkk je? Haha. Tabiat buruk ni macam-macam jenis la. Ada yang kita sedar kita 'huduh peranga' bak kate ore Kelate. Tapi ada tingkah laku or kelakuan kita tu kita tak sedar.


Kadang-kadangkan, kelakuan kita tu kita buat tanpa sedar. Tapi ia menyakitkan hatiiiiiii orang lain. Uhuuu. Tak mau la macam tu. Kawan-kawan, kalau korang dapat detect aku buat macam tu. Sila sila lah tegur eh. Kadang-kadang aku sendiri tak perasan. Dont worry, aku jenis open. Kalau orang tegur, insyaAllah aku tak melenting, moody or marah korang balik. InsyaAllah aku tak bermasam muka. Kesalahan kita, kalau orang lain tak tegur. Mana kita tak perasan. Ye dak?


Satu lagi, kekadang aku ni jenis 'mulut lepas', bak kata mak aku. Biasa dah dengan kawan-kawan sekolah macam tu. Jadi, sampai sini terbawa-bawa. Jadi kawan-kawan. Kalau terlaser tu, minta mahapppp la ye. Huhu. Tak niat sebenarnya nak melaser korangggg. Uhuuuuuuuu.


Ok. Dah magrib, banyak lagi aku nak merapu sebenarnya, tapi kita utamakan mana yang penting dulu yea. Babai! :)


0 comments: