.

.

Saturday, July 27, 2013

. rinduuuuuuuuuuuuuuu! .


Apa yang aku rindu? 

Aku rindu nak exercise. Aku rindu nak skipping macam orang sawan. Rindu nak jumping jack like crazy girl. HAHA.

Sumpah rinduu. Setiap kali aku dengar lagu-lagu yang aku pasang masa aku exercise, aku mesti rasa nak lompat-lompat. Heyyy, kat hostel, hari-hari aku turun padang tahuu. Tapi bukan exercise kat padang la. Kat tepi blok je. HEHE.

Weekend last sebelum puasa, aku macam semangat gila nak skipping. Konon nak skipping kat garaj kereta. Lantak la abang engineer bujang  kat sebelah nak cakap apa. Semangat bangun pagi. Kau tahuu apa jadi? Aku tak bawak tali skippinggggg! Huwarghhhhhhhhhh. Kau tahu macam mana perasaan frust tu? ;'(



Kau tengok la bila habis intern nanti.. Tak sabar. Tak sabar!


Thursday, July 25, 2013

. kuih klate .



Puasa di Raub tahun ni. Tahun lepas di Betau. Walaupun kat Raub ni ramaiiiiiiiii orang Kelantan, tapi sesetengah tempat je makanan dia memang pure Kelantan mariiii. Contohnya, Simpang Kallang. Kedai tu memang semua makanan Kelate. Semua yang kerja kat situ orang Kelate, anak beranak die semua. Kuih pun memang nampak sedap and menggugat nafsuuu makan. T_T

Tahun ni dapat balik awal untuk raya. Apa yang aku rindu? Op kos kuih muih Kelantan. Kat Pahang ni mana hade. Huu. Lain tempat, lain rasa, lain kuihnya. Contohnya kuih akok. Kat sini, aku tengok macam pelik je akok tu. Errr. Nak beli pon fikir 34 kali. HAHA. Soriiiiii. Kuih seri muka RM 1 satu kot. T_T

Jom ushar kuihhh.



Kuih Peria. Kat dalam tu intinya kacangggg.



Aku sangattttttttt suka weh kuih ni. Ala, sebut saja kuih apa, aku rembar semua. Memang jenis pencinta kuih. Atau lebih tepat lagi, pencinta makanan. HAHHA.


. belajar ;') .



Kadang-kadang kita rasa kita susah. Tapi ingat, ada lagi orang lain yang lagiiiiiii susah.
Kalau kita rasa kita sedih, ada orang lagi sedih daripada kita.
Kita rasa dugaan yang datang pada kita tu dah hebat. Kita jangan lupa, orang lain lagi hebat dugaan mereka.


Aku pernah hadapi situasi macam ni. Aku rasa aku susah, sedih. Beratnya dugaan ni. Walaupun aku senyumm. Act like nothing happen. Buat rilek. Selalu buat tak tahu. Tapi dalam hati. Menggelegak. Sakit hati. Terasa hati. Macam-macam ada. Bercampur baur perasaan. Tapi aku buat tak endah. Sakit dalam. Makan dalam orang kata.


Bila aku rasa tak boleh nak tanggung, ya, aku luahkan. Pada seseorang yang aku boleh percaya.


Tapi bila aku dengar dugaan orang lain. Masalah orang lain. Aku termenung. Aku berfikir sejenak. Rupanya orang lain lagi hebat dugaan daripada aku.


Sabarlah. Semoga dengan sedikit kesabaran, kita boleh menghadapi segala dugaan. Amin.


Allah tak uji seseorang tu jika dia tidak bersedia. Allah juga tak uji seseorang tu kalau dugaan tu di luar kemampuan seseorang tu.


Mungkin hari ni bukan hari kita. Mungkin esok mereka pula di tempat kita. Mungkin hari ini mereka tak hiraukan perasaan kita. Tak pernah nak jaga hati kita. Mana tahu, esok, orang lain buat benda yang sama pada mereka. Kan dunia ni macam roda. Berputar pada paksi yang sama. Bulat. ;')


Orang senang pon bukan sentiasa senang. Orang susah tak selalunya susah. Bukan dalam semua aspek mereka susah. Jadi, sama-sama lah muhasabah diri.


Mungkin kita rasa mereka salah. Tapi seeloknya kita salahkan diri kita dahulu. Mungkin salah kita membuatkan mereka buat salah. Hah. Berbelit dah ayat aku.


Apa yang penting, kita sama-sama muhasabah diri. Jangan letakkan ego di tempat yang paling tinggi. Tak salah untuk memohon maaf walaupun bukan salah kita. Kerana, minta maaf dan memaafkan orang lain itu perkara yang buatkan kita tenang dan rasa lega. Setuju?



Yang benar,
Aku yang tersakiti, aku yang terkesot hati. ;')


p/s:belajarlah hargai orang lain. belajarlah jaga hati orang. belajarlah jadi orang yang peka terhadap orang lain. belajar kurangkan ego. belajar jadi matang. jangan cepat mmecok mmongoh!




Wednesday, July 24, 2013

. usah mendongak ke langit .





Jangan pandang orang sebelah mata.
Jangan menghina orang yang miskin.
Jangan memandang rendah orang yang tiada berharta. Kita mungkin tidak tahu, harta mereka 'di sana' lebih banyak daripada kita.

Jangan memperlekehkan orang yang kelihatan miskin di mata kita. Mungkin di mata Allah dia lebih kaya daripada kita.
Jangan terlalu berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, kerana semuanya dari Dia. Sekelip mata Dia boleh tarik balik.

Janganlah kita ego kerana kelebihan diri. Jangan kerana kelebihan itu, kita sentiasa infiniti kan ego. Sentiasa tidak kisah akan perasaan orang lain. Kerana, setinggi mana kedudukan kita, sekaya mana kita, ada lagi orang yang lebih daripada kita.
Mungkin juga suatu hari nanti kita juga perlukan pertolongan. Kerana dunia ini berputar seperti roda. ;')

 Jangan kita pandang orang yang kerja 'biasa biasa' tu miskin. Jangan ingat kerja 'makan gaji' berduit teballll. Jangan sangka orang yang naik kereta kancil tu sengkek, jangan anggap mereka yang memandu kereta honda tu poket tebal. Kerana siapalah kita untuk menilai seseorang. Don't judge a book by it's cover.

Mungkin mereka kerja 'biasa biasa', tapi bebas dari hutang, mungkin mereka 'makan gaji', tapi hutang keliling pinggang. Walau mereka nampak selekeh, tak bergaya sakan macam YB, tapi mereka hidup senang. Mungkin rumah mereka kecil, bukan seperti istana, tapi mereka bahagia. Siapa kita nak menilai oranggg. ;')


Hidup ni jangan terlalu mendongak ke langit. Sekali sekali kita perlu tunduk memandang bumi. Kerana kita juga bermula daripada bawah. Dan tidak mustahil juga kita akan jatuh kerana dunia ini ibarat roda, kadang kala di atas, adakalanya kita di bawah. Sama-sama lah kita muhasabah diri.


Monday, July 22, 2013

. its my big day and im getting old. errr. -.- .


Bismillah. Tak tahu macam mana nak mula. Ehehehh.. Macam poyo pulak kau. Macam first time menulis blog fulakk. :P

Back to the topic. Sebenarnya dah lama aku pendam nak update blog ni. Tapi sibuk manjangggg. Tapi aku konfius jugak, sibuk ke? Macam tak sibuk, tapi tak hade mase nak belek blog ni. Mybad. ;'(

Firstly, pada 14 Julai baru ni, genap umur aku 24 tahun. Pehhh. Besau dah anak ayah ni. Sikit lagi nak 25. Err.. tapi manja macam anak bongsu kan ayah? Wuwuwuuu.

First time kot birthday masa bulan puasa. First time eh? Mase kecik-kecik dulu maybe ade jugak kot sambut dalam bulan puasa, tapi aku mana lah nak ingat. ;p

Kali ni sambut dekat rumah sewa. Kan sekarang tengah internship. Walaupun elaun tak masuk lagi, hausmate(s) aku totapppp buat kejutan. Orang Kelantan cakap, 'supriseeeeeee'. Hehe. Sumpah. I didnt expect dat! Memang dari minggu lepas aku dengan Ada plan hari Ahad, nak bukak puase kat kedai. So, aku tak syak la dorang nak prenggg kan.

Kami plan on da spot nak iftar kat Lemang Tokki, Bentong. Masa kat Bazar Raub, si Ada ni cakap nak pegi stationary shop. Nak beli barang untuk AR. Aku blur blur ayam. Percaya jela. Sumpah aku tak syakkk. Then sampai Bentong, Syida dengan Ada turunkan aku & Long kat kedai makan, kononnya dorang berdua nak pegi kedai buku and kami pegi order makanan.. Fine. Percaya lagiiii.



kek comellll. nanti balik rumah, nak mintak tiramisuuuuuu dengan adik-adik. hahaha.

Tetiba je, bila dorang sampai, Ada keluarkan kek comell dan topi birthdayyyyy. Huwaaaa. Speehless. Wuwuwuwuu. Terharuuuu. Dan aku di paksa untuk pakai topi tu. Dah la kami makan kat pondok, tinggiiiii. Orang-orang kat meja nampak. Maluuuuu. Haha. Tak pernah aku pakai topi tu tauu. Tapi demi korang, aku pakai jugak. Untuk bergambar je eh. :P


 i'm getting old. 24 y/o. Ayah, perlukah Kaklong berkahwin sekarang? HAHAHA.



Tenkiu hausmates. Walau elaun tak masukkk lagi, kita boleh makan besarrrr. HAHA. 


Rata-rata ucapan dari kengkawan tahun ni berkisar tentang 'tua' dan 'cepattt kawennn'. Hehhh. Every year korang doakan aku cepat kawen. Tapi tak kawen-kawen jugak. Mungkin jodoh lambat sampai. Wuwuwuwuuu. Cepat lah masuk pinang saya. Pleaseeeeeeeeeee. :P Iyela, kawan-kawan dah ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangattt kawen. Yang dah beranak pinak pon ramai. Arghh. Stresss. Lantaklah weh. Tunggu la aku kawen, aku buat anak ramai-ramaii. Haha. :P

Ucapan hari jadi paling kreatif tahun ni...

' hepi bird day najwa' 

Haha. BIRD DAY. NAJWA. Perghh. Tak habis-habis dengan najwa latippp. Heh. tenkiu la pada orang yang bagi wish yang kreatippppp. Nanti datang rumah ambik hadiah eh? Valid sampai esok! HAHA.


Tapiiiiiii, yang paling kita tunggu, mestilah wish dari family kann? Dan juga daripada BFF yang superb duperb best, dan drpd ehemmm ehemmmmmm ehemmmmmmm. Kihkihkih.

Ok la. Dah lama merepek. Nak gi ngajar pulak.

Akhir kata, have a blast to all bloggers! I lebiuuu!


Wednesday, July 10, 2013

. Puasa dan Ramadhan .


Heyyyyy uols!

Ops. Assalamualaikum kawan kawan. Heh. Sopan sikit. Bulan puasa ni mek. Hihi.Bulan puasa je ke kena sopan weh. Teruknya iols niii..

 Belum terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.. Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan kita semua dapat melipat gandakan amalan kann. Walaupun ayat ni dah macam cliche, tapi aku nak taip jugakk. ;p

Tahun ni, aku puasa dekat Raub. Maklumlah, sedang ber internship kann. Cepatnya masa berlalu, rasanya baru tahun lepas aku sambut bulan puasa dan berpuasa kat Pos Betau. Masa tu tengah praktikum kat Sk Betau. Sumpah, sangat sangat sangat seronok. Hah. Kau tengok berapa kali aku ulang perkataan sangat tu kan. Jadi, memang seronok la weii. Apa tak nya, dah la duduk kuaters free, just kena bayar bil api. Bil air takyah bayar sebab air fresh dari bukit. Makan pulak free. Di ulangi, free. Free sebab makan kat dewan makan asrama. Memang kakak tu masak lebih untuk warden kat situ. So, kami menumpang la. Dah GB offer kan. Kat situ, cikgu je puasa sebab pelajar orang asli. Non Muslim. T_T
Warden pulak tak ramai, sebab student pon sikit je. ustaz Shuk, cikgu Meor, cikgu Adele, cikgu Aidil, dengan abang Din. Kau tengokkkk, lelaki semua. Muehehehe. 

Tahun ni dekat Raub. Tapi, no makan free lagi ye. Semua sendiri tanggung.  = =' . Sendiri tanggung tu maksudnya mak ayah yang tanggung, sebab elaun belum di kreditkan lagi. Phewww. Mencabar sungguh weh. Ayah aku asyik talipon. Tanya cukup ke belanja, sebab ni kan bulan puasa, kot kot la aku nak makan sedap sikit. Dia taknak aku tahan selera makan sebab tak hade duit. Oh God. Sebak aku. Sebakkkk. Ayahhhhhhhhhhh. Ayah la ayah yang paling baik di duniaaaaa! Macam nak menangis. Tapi tahan je la. Dont cengeng-cengeng. ;'(


Ok la uols. Mood dah lain macam. Bai!