.

.
Showing posts with label kuihMUIH. Show all posts
Showing posts with label kuihMUIH. Show all posts

Monday, May 20, 2019

. ResepiMek : Apom Lenggang .


Apom Lenggang. 

Sedap kalau cicah dengan sambal bilis atau sardin. Tapi aku buat versi manis. Lepas tu hidang dengan nescafe panas. Fuh. Terangkat weyyyy.

Jadi, inilah resepinya :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil yis
  • Sebiji telur ayam
  • 1 cawan air
  • Gula ( 6/7 sudu besar )

Cara-cara :

  • satukan semua bahan kecuali santan dan telur.
  • kacau hingga sebati.
  • tapis adunan ke dalam bekas
  • kemudian masukkan santan dan telur.
  • kacau hingga sebati.
  • panaskan kuali ( kalau boleh pakai yang non-stick )
  • titiskan 2  3 titik minyak.
  • kemudian masukkan adunan. saya masukkan satu senduk kecil.
  • jangan terbalikkan apom tu.
  • bila bahagian bawah dah kekuningan, gulung apom.



Selamat mencuba!
 

Thursday, May 9, 2019

. ResepiMek : Resepi Donut Mudah .


Next resepi. DONUT. Aku sebenarnya banyak kali buat donut baru berjaya dapat yang gebu gebas. Aku ni sejenis orang yang suka pakai resepi simple je. So, jom kita start.

Bahan-bahan A :
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

Campurkan semua bahan-bahan tu. Biarkan sekejap sampai yis kembang. Sementara tu kita siapkan bahan-bahan B pula.


Bahan-bahan B :
  • 3 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam


Campurkan semua bahan B. Gaul dan ramas-ramas sehingga jadi serbuk roti. Setelah yis kembang. Masukkan yis tadi sedikit demi sedikit. Uli adunan. Haaa, part ni aku agak-agak je doh tu. Bila tak melekat di tangan. Kira ok la tu. Kemudian aku biarkan selama sejam, tutup doh dengan plastik bersih supaya doh kembang semangkuk.



Nampak tak? Doh dah kembang. Lepas tu, tumbuk-tumbuk doh tu untuk keluarkan angin. Uli-uli sikit kemudian bentukkan jadi donut. Terpulang la nak pakai cutter ke nak free hand ke. 


Aku buat dua jenis. Yang ada inti dan donut biasa. Kemudian, goreng.


Tadaa!!!! Donut siap. gebu gebas donut mekti. Topping coklat tu aku cairkan coklat guna teknik double boiling. 

Selamat mencuba!

Tuesday, May 7, 2019

. ResepiMek : Puding Jagung .


Hari ni nak share resepi puding jagung sukatan cawan. Bahan-bahannya simple je. Cuma perlukan kerajinan. HAHA. Aku pun kadang-kadang rajin tu takde.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung kastard.
  • 1 tin jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara :

Mula-mula aku campurkan dulu tepung kastard dengan air. Aku kacau hingga sebati. Kemudian, aku letak periuk atas dapur. Buka api kecil je. Taknak bagi hangit. Lepas tu, masukkan semua bahan dan kacau hingga adunan pekat.



Kemudian, masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais kejap. Lepas tu bolehlah dihidangkan kepada orang tersayang.

Saturday, May 4, 2019

. ResepiMek : Churros @ Kuih Belimbing .


Lama betul tak bersiaran. Hari ni nak share resepi simple kuih belimbing a.k.a churros. Aku pakai sukatan cawan je.

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air putih
  • 2 sudu besar  butter
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji telur 
  • esen vanila
Cara-cara :

Mula-mula didihkan air, garam, gula dan butter. Bila air dah mendidih, semua dah cair, masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat guna sudip kayu. Kacau sampai tepung tu tak berketul. Sebati la kiranya.


Seterusnya, tutup api. Aku letak adunna tadi dalam bekas, lepas tu masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.


Kemudian, masukkan doh ke dalam piping bag.


Picitkan doh ke dalam kuali. Pastikan minyak tu panas ok.


Sos coklat tu aku buat guna double boiling.


Tada!! Tabur gula aising sikitttt. Dah. Manis tahap potong kaki ni. HAHA

Selamat mencuba!


Sunday, April 16, 2017

. ResepiMek : Resepi Cek Mek Molek Kelate .


Macam biasa, hujung minggu aku akan autoatik jadi rajin buat kuih. Hehe. Praktis meh untuk buat kat bakal suami nanti. HAHA. Mana tahu dapat laki jenis suka makan kuih kan. ;p

Sebenarnya tak susah pun nak buat cek mek ni. Aku buat simple je, style orang bujang + malas. HAHA.

Bahan-bahan :

4 biji Ubi keledek ( oren )
Garam
1 cawan ( +- ) tepung gandum
Gula

Cara-cara:


Rebus ubi keledek sampai empuk, tapi jangan terlalu lembik. Kalau lembik sangat nanti adunan korang nanti lebik jugak. Masukkan sedikit garam ( optional ) wktu korang rebus tu.. Lepastu toskan.


Lenyekkan ubi keledek dan masukkan tepung gandum. Jangan banyak sangat tepung tu, takut adunan jadi keras dan cek mek korang rasa gandum je nanti. Uli sampai adunan tak melekat di tangan.


 Bentukkan adunan kemudian masukkan gula. Bentukkan sampai jad bujur macam gambar kat atas.


Kemudian, goreng.


Tadaaaa! Siap dah kuih cek mek molek korang! Hidang panas-panas dengan teh o panas. Terangkat! 

Selamat mencuba!


Thursday, July 25, 2013

. kuih klate .



Puasa di Raub tahun ni. Tahun lepas di Betau. Walaupun kat Raub ni ramaiiiiiiiii orang Kelantan, tapi sesetengah tempat je makanan dia memang pure Kelantan mariiii. Contohnya, Simpang Kallang. Kedai tu memang semua makanan Kelate. Semua yang kerja kat situ orang Kelate, anak beranak die semua. Kuih pun memang nampak sedap and menggugat nafsuuu makan. T_T

Tahun ni dapat balik awal untuk raya. Apa yang aku rindu? Op kos kuih muih Kelantan. Kat Pahang ni mana hade. Huu. Lain tempat, lain rasa, lain kuihnya. Contohnya kuih akok. Kat sini, aku tengok macam pelik je akok tu. Errr. Nak beli pon fikir 34 kali. HAHA. Soriiiiii. Kuih seri muka RM 1 satu kot. T_T

Jom ushar kuihhh.



Kuih Peria. Kat dalam tu intinya kacangggg.



Aku sangattttttttt suka weh kuih ni. Ala, sebut saja kuih apa, aku rembar semua. Memang jenis pencinta kuih. Atau lebih tepat lagi, pencinta makanan. HAHHA.


Friday, March 8, 2013

. kuih muih #11 .



Yes! Saya penggemar makanan. Sebab tu saya debab. -_-



seri muko


sugho

siro pisey



tahik itek, jalo 'mmah, labu sigho


Tuesday, March 5, 2013

. kuih muih #10 .



Again and again about the kuih. :D



Tapeyy daun getoh.



Tepong boko nissey 


Tepong boko ubi kayu 


Tepung pelito / tepung pasung


Argh. Rindu kampung. Rindu KELATE. Rindu kuih KELATE yang manissss.



Wednesday, February 6, 2013

. kuih muih #9 .


Kalau mahu cuba kuih muih yang ohsem, yang memang cuba sekali nak lagi, berkunjunglah ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.



This is Kota Bharu! Eh, salloh. this is tepung pelito 



Tupakkk ( Ketupat )

 

Kuih Ulat Bulu

 

Woh Ulu Nnise ( Baulu )

 




Haa.. Hok ni la hok palingg sedakk. Woh Gomok. Tok tahu la ore negeri lain panggil gapo.


Till then, have a nice day ahead!
 


Monday, February 4, 2013

. kuih muih #8 .


Lagi tentang makanan. Saya pencinta kuih!





Putri Ayu



Nekbat. Kalau bulan puasa ni, mesti kena beli even sekali.



KelantaneseSayIt, nasik manihhh ( wajik )
Konpem manis beb!


Sanggupal.


Putu Halba or KelantaneseSayIt Putu Halbo


Friday, January 11, 2013

. kuih muih #7 .




Terbukak lak koleksi gambar kuih kat dalam folder. Argh. Memberontak perut ni mintak di isi. Megi? Dah berazam tanak ngap megi. Huh. +_+

Dah lama aku tak update pasal kuih muih ni. Kat Kelantan memang femes la kalau sebut kuih. Semua manis kot. OMG. Really luvin it!



This one, we call, ' kuey badok pulut itey ' or dalam bahasa standard nya kuih badak pulut hitam. Ok. Sumpah aku tak tahu korangg semua panggil ape. Tsk!


Yeahh. Yang ni pulak my fevret and ayah's fevret too! ' kuey kato@katun'. Kuah dia tu di buat daripada gula melaka or Kelantanese call, 'nise'. #cravinggg for this.!
 


'kuey beko'


Haa. Yang ni, mak aku selalu jugak beli. Biasanya untuk brekfes. ' nasik kapit + samba ike '. # nasi himpit & sambal ikan.



Kuih Koci.


p/s : gambar from fb :)