Ah, hampa ingat aku ni pakar cinto ke hape. Never mind la. Memandangkan aku ni kononnya banyak sangat pengalaman kan. Meh la aku share sikit, macam mana ya nak move on?
Sumpah memang payah nak lupakan kekasih setelah bertahun tahun korang berchiennnto kan? Bukan sahaja kekasih, even crush pon memang susah nak lupa. Ye idok? Alaa, mengaku je dik non. Aku mampu cakap je, tapi nak praktik tu susah. Aku dulu ambik masa lama gilaaaa T___T
1. Close story. Ehhh. Giteww. Udah udah la asyik 24 jam pikir pasal ex korang tu. Lagi fikir, lagi la teringat. Lepas tu soksek soksek dalam bilik. Hehe. Pahammmm sangat dah! Tutup buku la my dear, jangan pretend 'dia masih milik aku' ' dia akan kembali pada aku'. Jangan menaruh harapan ya!
2. Buang segala tentang dia. Ok, Yang ni penting ya. Segala hadiah, gambar, surat cinta, kad ke ape. Buang. kalau rasa sayangg, bagi orang lain. Tapi janganla pulak kau bagi surat cinta dia tu pada orang lainn. Naya dik oii. Haha. Kalau rasa kejam, pulanggggkan pada dia. Setel. Baru la kau tak hidup dalam kenangan dia. ;')
3. Dont stalk him/her! Ini penting, alahhhh aku paham sangat la kalau baru baru break, tambah tambah kita belum ada pengganti, confirm hari hari stalk. Macam CSI pon ade kan? HAHA. Aku pon pernah buat kayyy. Formula dia senang je, taknak sakit hati, jangan stalk. Kalau korang rasa tekad, block je semua acc sosial yang dia ada.
4. Jangan call/message/wassap/wechat/line/kakaotalk dia!. Haa. Pahammm? Jangan weh. Bila kau selalu rasa nak mesej dia tu, please jangan! Tu menunjukkan kau masih caring or nak tahu pasal dia dan juga korang masihhhhhhhhhhh sayang dia. Memang la, mana boleh mudah mudah nak buang sayang. Tapi point nya di sini, makin kau ambil tahu pasal dia, makin bertambah la rasa sayang tu. Tak pon, buat sakit hati sebab dia tak layan kau.
5. Jangan dengar lagu lagu cinta. Haaa. Yang ni penting ya anak anak. Lagu lagu cinta, biasalah, banyak yang berunsur kecewa dari bahagia. HAHHA. Time break off ni la rasa macam semua lagu cinta yang sedih sedih tu tuju kat kita. Eh, macam kena dengan kisah aku la. Aik, lagu ni macam perli aku gila laaa. Kan? Sebab, kadang kadang, di sebalik lagu tu ada ceritanya. Kan? Kan orang kata, lagu tu kekadang meluahkan apa yang ada dalam hati kita.
6. Jauhi kawan kawan dia. Ok, yang ni perlu sebab, melalui kawan kawan dia kita akan tahu perkembangan dia kan. Kot dia ada pengganti kau ke, patahhh hati mak enon! Haa. tapi kalau kawan dia tu kawan kau jugak, contohnya, korang satu kelas masa kat universiti, so, tak pe lah. Jangan block pulak. Haha. Kawan kawan aku mesti paham dan tak cerita banyak pasal diaaa.
7. Sibukkan diri. Ok. Memang cliche lah kan, HAHA. tapi betul weyyy. Aku praktik dah!
8. Bersenam. yang ni aku sangattt setuju sebab aku selalu buat. Tak kira lah masa frust bercinta ke, frust result exam down ke. Memang aku suka bersenam. Kalau ada banyakkk sangat masalah, aku akan bersenam, tak kira apa jenis senaman pon, asal kau ke luar peluh. Serius, kau boleh lepaskan stress tu bila bersenam.
9. Berhenti berharap. Jangan sesekali menaruh harapan yang tinggi dia akan kembali. Sebab kann, nanti kau kecewa. kau tak tahu dia akan kembali atau tidakkk. Aku dulu selalu macam tu, berharap dia akan kembali. Walau dia memang kembali pada aku, tapiii sekali lagi dia lukakan aku. ya, setiap orang deserve peluang kedua. Tapi ingat, sekali dia boleh kecewa kan kita, tak mustahildia akan buat lagi. Its like reading the same book over and over when you know how the story end. Ok, senang cakap, aku dah tiga kali buat benda ni. Lastly, dia tinggal aku macam kali pertama dan kedua dia buat. Aihh, let chillin!
10. Yang ni should be the first one. Kembali pada Dia. Think positive sudahlah. Walau ayat cliche, aku nak taip la jugak. Just ingat, Allah hantar orang salah sebelum kita jumpa orang yang betul supaya kita merasai bagai mana rasanya sakit tu. Sebab Allah sayang kita dan Allah bagi peringatan kepada kita supaya kita sedarr, betapa lagha nya kita mengejar cinta manusia instead of cinta Dia. ;')
0 comments:
Post a Comment