Alhamdulillah, sedikit perkongsian.
Jom kita sama sama amalkan doa nabi Yunus. Semua tahu kan kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan? Saat itu, nabi Yunus amalkan doa ini.
Sedikit perkongsian kisah Nabi Yunus,
Dalam pelayaran kapal dilanda ombak besar dan mereka memutuskan untuk membuat undian bagi mengurangkan beban kapal. Setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan dicampakkan ke laut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergelora untuk mengelakkan kapal karam.
Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut
ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke
kegelapan malam.
Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan,
2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.
2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.
Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencuba
menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau
begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.
Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda
mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam
tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah,
dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:
"Laailahaila anta subhanaka inni kuntu minazzalimin"(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Sama sama kita berubah untuk kebaikan. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment