.

.

Friday, September 4, 2015

. Xplore Borneo : Tips Ke Semporna 3.0 .


Long time no see yaa? Fuhhhh. Sawan pun beranak pinak dah kat blog ni. --'

Bukan malas. Tapi tak ada benda yang nak diheboh hebohkan. HAHAHA. Sungguh!

Kali ni aku nak share trip aku and the afzanians + 2 orang hosmet ke Semporna. Hah Kalau dah ke Semporna.. maknanya masuk pulau ler. Tak de maknanya gi Semporna jalan jalan kat pekan je oiiii. HAHA. Bandar Semporna kecik je. Kau round jap.. dah habis. Kebanyakkan orang datang Semporna memang nak masuk pulau. Kat sini memang port pulau-pulau yang cun gilerrrr. Ahhh. Serius rasa nak repeat lagi. Tapi nak gi pulau-pulau yang lain pulak.

first entry ni aku just nak share plan trip aku or lebih senang tips ke semporna. next time aku update perjalanan ke pulau pulau tu semua ye. ;')

trip kami ke semporna time hari kemerdekaan lepas. Sabtu dan Ahad. 29 dan 30 Ogos. Jumaat dan Isnin kira perjalanan pergi dan balik.

Jumaat. Lepas balik sekolah terus pecut dari Lawas, Sarawak ke airport Kota Kinabalu. almost 3 hours jugak la naik kereta. Then aku mereput kat airport sambil tunggu Fetri dari Kudat dan Nasrul dari Labuan. Aku dan 3 orang hosmet terpaksa berpanas kat KKIA2 tu sebab blackout! flight kami jam 8.20 malam ke Tawau. KK ke Tawau lebih kurang 50 minit je. Oh. For those yang tak tahu. Semporna nan hado airport. Korang mesti turun Tawau then ambik teksi/bas/van resort ke Semporna. Lebih kurang sejam++ jugak la perjalanan. Sape sape dari KL.. jangan risau.. flight KL ke Tawau memang ada! aku sure tu!

 Penerbangan Harian / Daily Flights
MAS/ AIRASIA - from Kota Kinabalu to Tawau
          Fares: *check with the nearest travel agents
          Duration: 45 mins
AIRASIA - from Kuala Lumpur to Tawau
          Fares: *check with airasia (www.airasia.com)
          Duration: 2 Hours and 45 mins

Jam 9.00++ malam. aku sampai Semporna. Sampai je airport, memang dah ada 'driver van resort' tunggu kami. Siap pegang nama membe aku lagi..'Mohd Fetri'. Kami dah siap-siap booking van dari airport Tawau ke hotel di Semporna. Senang. tak payah kau nak krikk krikk kat airport tu lelama cari teksi. Teksi pun ada....of kos la. Tapi macam mahal je. Last time aku tanya.. RM90 satu teksi. Kalau naik van ni, dia caj RM20 per person. Berbaloi la sebab dah malam kan.

Ni contact number brader Zack, van yang bawak kami dari airport ke Semporna
Brader Zack :017 8601985

If korang sampai Tawau waktu siang. Boleh je nak gamble naik bas. Tapi bas tu dari bandar Tawau. So, korang kena patah balik ke bandar Tawau sebab airport tu lokasi dia otw nak ke Semporna dah...Dari airport, naik teksi ke bandar Tawau then amik bas ke Semporna. Up to you guys. mana mana pun boleh bahh. ;')

Bas Ekspress / Express Bus
From Kota Kinabalu to Semporna
Fares: RM58 Duration: 9 hours

Teksi / Taxi
From Tawau to Semporna
Fares: RM80 - RM100 Duration: 1hr 45mins

Bas Mini / Mini Bus
From Tawau to Semporna
Fares: RM12 - RM20 Duration: 1hr 45mins


pasal hotel. jangan risau. memang baaaaaaaanyakkk hotel kat semporna ni. tempat pelancongan katenye. tapi kalau korang datang time public holiday, aku suggest korang booking awal awal. kebarangkalian full house tu tinggi amat. ok?

kalau korang tak ada transport, aku cadangkan korang stay hotel berdekatan jeti. kalau korang ada kereta, boleh la stay kat hotel jauh sikit dari jeti. aku stay kat han palace. jauh sikit dari jeti. tapi hotel ni ada sediakan van ke jeti for free. so, memandang geng dari KK 7 orang dan tak ada transport. 4 orang lagi dari Kinabatangan dan Kunak, dorang guna satu kereta je. so memang tak muat. so kami decice stay kat hotel yang jauh sikit tapi ada transport.

kami semua 11 orang. muat muat 1 van. senang la nak request pukul berapa nak jalan and nak pegi mana, cuma korang pepandai la bagi tips kat driver tu. barulah lajuu dia bawa korang pusing pusing! hihi. kami dapat driver yang memang baik giler. melayan je mana kami nak pergi afta balik dari pulau. dia siap suggest tempat makan best and bawak kami suvey suvey. memang terbaik! kami nak pegi dinner pun dia bawak kami ke kedai and pick up kami. sebab ngam ngam 1 van. if korang 2 3 orang. maybe korang kena redha jelah dengan waktu van tu hantar and amik korang dari jeti.

 Han Palace dan model hotel tersebut. HAHAHA.

from left : Fetri. Nizam. Anep #theafzanians

from Han Palace to Jeti = jam 7 pagi
from Jeti to Han Palace = 4.30 pm, 6.30 pm, 9.00 pm

Tanah Besar Semporna
Pulau-Pulau Semporna
Jln Kastam, Semporna
Pulau Mabul
Dragon Inn
(Floating Chalet)
Jln Kastam Semporna
Mabul & Kappalai
Jln Pinggir Bakau
Abdillah Sipadan Paradise
Mabul
Bandar Baru
Pekan Semporna
Mataking
Pekan Semporna
Mabul
Pekan Semporna
Mabul
Bandar Baru
Mabul


Kapalai



korang nak stay kat pulau pun tak ada masalah. contact je reception booking awal awal. tu kat atas aku ada tepek. ;')

pulau apa ada kat semporna? meh nak list kan untuk korang....


Pulau Mabul
Pulau Mabul ( 1st wishlist.. hehe )

Pulau Kapalai ( tak ada darat sangat.. just ada resort and tempat snorkeling )

Pulau Sibuan
Pulau Mantabuan

 
Bohey Dulang ( mendaki naik atas bukit untuk snap pic yang superb cun!)
Pulau Sipadan

Pulau Mataking ( teringin nak pegi! )

 
Pulau Timba-Timba 

Pulau Maiga
Pulau Maiga

Pulau Pom Pom
Pulau Pom-pom

 aku rasa banyak lagi pulau pulau kecik. tapi setakat yang aku suvey and baca... ni jelah yang femes. boleh pilih mana nak pegi. trip aku and the geng just pegi 5 pulau. tu pun dah melepekkkk kepenatan. kami pergi ke pulau mabul, kapalai, sibuan, mantabuan dan bohey dulang.

sebelum korang nak ke sibuan, mantabuan dan bohey dulang. korang wajibbbb daftar nama and dapatkan permit dulu. permit untuk masuk sana. time aku sampai sibuan and bohey dulang tu, memang kena beratur tulis nama, if nama korang tak ada dalam list tak boleh ler agaknya korang nak mendugongkan diri dalam lauttt. so, better korang ushar pakej untuk ke sana. senang, semua dorang uruskan.

 selain tu, korang boleh jugak ke Kg. Tampi-Tampi. Tempat penggambaran filem Duyung yang apek dan maya karin berlakon tuuu. serius scenery dia cun gile! situ pun ada tempat makan yang best. berbaloi laaa. next, korang boleh pergi ke Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak, tapi kena daki tangga sikit la nak sampai atas bukit tuu.



Sekian dulu. tengah mencari mood up entry seterusnya. ;p


sumber : link
happiness only real when shared ;')

0 comments: