.

.

Sunday, September 13, 2015

. Xplore Borneo : Tempat Menarik di Kota Kinabalu .


Last time aku dah up pasal tempat-tempat menarik di setiap daerah di Sabah except Kota Kinabalu. Now, aku nak up pulak pasal bandar KK.

Jom Kenal Sabah ( link ke entry tentang bandar lain di Sabah )


1. Jesselton Point.

Kat KK ni ada jeti untuk ke pulau. Antara pulau yang best, Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi. Pulau pulau ni dipanggil Tunku Abdul Rahman Marine Park. Boleh snorkeling, sightseeing, parasailing dan scuba driving. Kalau korang nak ke pulau, korang kena carik jeti, name tempat tu Jesselton Point.

2. Tanjung Aru Beach Resort.

 

Sebelum aku datang KK ni, tempat yang selaaaaalu aku dengar orang pegi bila sampai KK ni ialah Tanjung Aru. Haaaa. Memang cun untuk tengok sunset and sunrise. Seafood pun not bad. Food court dia besar dan korang boleh pilih nak masuk kedai mana. Tanjung Aru ni dekat je dengan airport, KKIA Terminal 2.  

3. Muzium Negeri Sabah

 

4. Rumah Terbalik. Rumah terbalik pertama di Malaysia. Lebih kurang 45minit++ dari KK. Lebih spesifik lagi ia terletak di Tamparuli. Bayaran? RM10. Tapi tidak boleh ambik gambar dalam gambar tu okeh.

5. Masjid Terapung. 

 
6. Tanjung Lipat. Haaa. Sini kalau korang nak makan sambil tengok sunset memang cunn. Serius steambot dia ohsem sangat. Aku pernah ke KK semata-mata nak tengok sunset sambil makan steambot! Hehe. 

7. Pasar Filipina & Kampung Air. If korang datang KK, wajib datang pasar filipina. segala mak nenek benda kering ada. kalau nak beli keychain ke apa, sini lah tempatnya. kalau datang malam, pastikan before pukul 9. sebab kebanyakkan kedai tutup awal. lain pulak dengan pasar kat kampung air, makin malam makin rancak. hehe. kampung air ni dekat je dengan pasar filipina tu. 

8. Mari Mari Cultural Village. kampung budaya ni terletak di Inanam. kat sini korang boleh tengok la kehidupan pelbagai etnik di Sabah. 

9. Bukit Bendera atau Menara Signal Bukit Tinjau. kat sini korang boleh tengok view bandar KK. cuma kena mendaki sikit lah.


Fuh. Dah dekat 2 tahun kat sini pun masih tak habis jalan area KK. Semoga Projek 1 Sabah aku complete. Hehe. Wish me luck guys!


happiness is real when shared ;')


0 comments: