Yeahh! Setelah sekian lama planning ke Tenom. At last, tercapai jugak hajat. Hehe. Kami ke Tenom dengan menaiki kereta api dari Beaufort. Sehari hanya 2 trip ke Tenom dari Beaufort. Pagi dan tengah hari. Korang boleh pilih sama ada nak naik dari Tanjung Aru (KK) atau Beaufort. If korang naik dari Tanjung Aru, kena naik train waktu pagi dari Tg Aru, sebab korang kena transit kat Tenom, then naik train last pukul 1.30 petang untuk ke Tenom.
Secara ringkas jadual kereta api yang aku survey untuk ke Tenom.
Weekend
Tg Aru - Beaufort 7.45-9.40 pagi & 1.40 t/hari & 5.30 petang
Beaufort - Tenom 7.50-10.15 pagi & 1.30-3.55 petang
Isnin
Tenom - Beaufort 7.30-9.15 pagi & 1.00 - 3.45 petang
Beaufort - Tg Aru 11.00 - 1.10 t/hari
Klik sini untuk entry khas
Tips ke Tenom by Train
Klik sini untuk
Jadual Kereta Api Sabah
30 April - 2 Mei 2016
Aku bertolak dari Lawas, jam 9 pagi, sampai di Beaufort jam 11.00 pagi. Aku + 2 orang hosmet. So, kami decide nak tinggal kereta kat Hospital Beaufort. Tapi bila kami tanya orang-orang kat situ, selamat je kalau tinggal kereta kat depan stesen kereta api. Parking luas dan kat situ tempat bas berhenti jugak. So, kami pun gerak ke stesen dan parking kereta kat situ. Kereta api jam 1.30, tapi kaunter akan bukak 30 minit sebelum bertolak. So, kami rehat dalam kereta sambil tunggu Nasrul dari Labuan. Dia naik speedboat ke Menumbok dan ambik bas ke Beaufort.
Keadaan di
Stesen Beaufort. Ramai betul. Memang panas oiii. Kesian aku tengok budak-budak kecik. Tapi nak buat macam mana, ini je pengankutan dorang hari-hari. Kat semenanjung ada lagi macam ni? Tak ada. Even ' tren local' Gua Musang-Tumpat pun tak macam ni. So, apa lagi kerajaan? Tegar eh tengok rakyat macam ni? T_____T
Beratur beli tiket. Nasrul dengan gentlemannya beratur beli tiket, siap payung kami lagi. HEHE.
RM 2.75 one way from Beaufort - Tenom
Kalau tak silap aku train ni ada 4 gerabak. So, kami cepat-cepat naik. Alhamdulillah, dapat seat. HEHE. Seat dia ala kadar je k. Jangan berangan nak selesa sangat. Tips dari aku, kalau otw ke Tenom, pilih sebelah kanan, sebab nampak view Sungai Padas. Kalau sebelah kiri, korang tengok bukit bukau jelah.
Train ni tak laju. Slow and steady. Sebab train ni akan berhenti kat setiap stesen kecik untuk amik dan turunkan penumpang. Serius tempat hop on hop off dia macam bus stand. Terpegun aku. Dannnnn, ada orang akan cek tiket train ok. Simpan baik-baik. Sampai Tenom baru boleh buang. If kau tukar train kat mana-mana pun, dia akan tetap cek sekali lagi.
Antara gambar yang semoat aku snap. Gambar atas tu, makcik-makcik beli barang dapur. Ada yang beli tong gas sampai 3 4 biji. Stok untuk berapa bulan agaknya. Memang majoriti beli stok makanan secara pukal. Yelah, susah kot nak keluar ke pekan, kena naik train. Ni je pengangkutan utama dorang. T______T
Gambar atas tu, korang nampak tak stesen kecik tu? Haaa, kat situ lah tempat hop on hop off. Serius cinonet bebenor. Kalau kau duduk gerabak belakang, hah, kau terjun atas rumput k. Tsk!
View sepanjang perjalanan. Sungai Padas. Tempat rafting. Serius nampak best oiii. Ni view biase je. Aku tak sempat nak amik gambar banyak-banyak. gegau sangat. View yang lagi rare after tukar train. Time tu aku berdiri, so tak best nak snap pic. HAHA. Alasan!
Time atas train tu aku tak sempat nak amik gambar view dalam train. Sebab excited sangat tengok kiri kanan kan. So, atas tu gambar aku amik dari blog brade anuar. Mohon halal bro. Siap letak link tu. Peace!
Peluh sampai ke kaki kot. Tapi korang boleh je jalan-jalan and duduk depan pintu. Tapiiiiiiiiii, apa-apa terjadi tanggung sendiri! Kata pakcik train! HAHA. Satu lagi, train ni mesra pengguna. Memang tak hado PA system. Tapi, akan ada sorang yang akan pantau penumpang. Semua penumpang turun, barang dorang semua dah setel angkut turun bawah, baru dorang akan gerak. Guna walkie talkie je. Sempoi.
sekolah
Sepanjang perjalanan ke Tenom, ada 2 3 buah sekolah. Dannnnnnn, pengangkutan cikgu-cikgu ke sekolah hanyalah train! Waktu persekolahan pun ikut waktu perjalanan train tu. Din cerita kat kami, ada sekali tu, train datang awal dari sepatutnya. Memang kalut cikgu-cikgu kemas barang kejor train. Dengan GB sekali tinggal sekolah. Nasib train ni manual, waktu berhenti tak fixed. HAHA. Yela wei, kalau terlepas train pagi, mau keboringan nak tunggu train petang. HAHA. Dah la non hade line kan. Tapi memang terbaikkkkk la cikgu cikgu kat sini. Salute!
Sepanjang perjalanan tu, memang banyak pit stop. Stesen-stesen kecik. Tapi ada beberapa stesen besar.
Beaufort - Saliwangan ( 45 minit )
Saliwangan - Halogilat ( 20 minit )
Halogilat - Payoh ( 35 minit )
Payoh - Pangi ( 40 minit ) + tukar train
Pangi - Tenom ( 45 minit )
Beberapa minit sebelum sampai kat stesen Payoh, hujan lebat. So, train berhenti kejap kat Payoh, asalnya ramai penumpang nak naik. Tapi maybe sebab hujan lebat, train terus gerak dan berhenti kat tepi hutan, tepi sungai. Ahh. Kena turun dan naik train lain! Nasib kat situ tak hujan, jalan tak lecak. Aku syak, sepatutnya kami turun kat Payoh tadi, tapi sebab hujan lebat, so kami kena tukar train kat hutan ni! HAHA. Tapi rare kot.
transit kat tepi Sungai Padas.
Tinggi pulak tu nak lompat dari train. Aku lompat dengan gaya bebas lalu berlari sebab nak tangkap gambar. HAHA. Tak semengah.Aku banyak baca blog yang review pasal trip by train ni. Ada yang cakap transit kat Halogilat. Ada yang transit kat Pangohilat. Em. Tapi abang train tu cakap, sepatutnya train kami stret tanpa transit ke Tenom, tapi di sebabkan ada masalah landasan, kami kena transit. Erk. Macam tu eh? Nevermind, pengalaman kot.
sempat lagi selfie. haha
Time kami nak turun tu, ada sorang kakak ni bawak dua orang anak kecik, 3 4 tahun macam tu. Dah la nak turun dari train tu tinggi, bawak beg. Jadi, kami tolong dia bawa beg dan urus anak dia. Kesian weiii. Nasib baik lah orang-orang kat sini baik-baik. Pakcik pakcik ramai yang tolong angkat barang dan tolong kaum kaum ibu ni turun dari train. Kebanyakan dorang bawak barang banyak. Huhu. kesian.
So, kami terus ke next train. Erk. Rupanya ada tiga gerabak je. Satu gerabak barang dan dua gerabak penumpang. Gerabak dia ciconet je. Geng laki duduk dekat gerabak barang. Dorang suruh gegirl semua naik kat dua gerabak depan. Terbaik! Time aku naik tu seat memang full. Then ada dua orang adik ni ( lelaki ) bangun dari seta suruh kami duduk. Kebanyakan memang macam tu. Tapi aku dan Aina tak duduk. Kami bagi peluang kat kakak tadi duduk. Sebab dorang bawa anak kecik.
Ni lah keadaan atas train kedua. So, ada satu stesen lagi, then sampai la ke Tenom. Sampai kat Pangi, ramai jugak yang turun. Apa yang aku teruja bila sampai Pangi? Tempat rafting oiiiiiiiiiiiii! Start dari Payoh sampai Pangi, memang sungai tu awesome lah. Memang mencabar habis. Berliku kot. Mampu ke aku? HAHA.
Hampir sejam jugak la aku berdiri. Nampak je jalan raya, dah tu dah, sampai Tenom oiiiiiiiiiiiiiiii. HAHA. Alhamdulillah, tercapai hajat nak ke Tenom naik train Sabah. Dekat Pangi tadi aku dah roger Ainul. Hope dia datang awal. HAHA.
Ni kami selfie dalam gerabak barang. Sempat lagi! Bukan selalu boleh naik train ni wei. lain kali maybe datang Tenom naik kereta ;p
Sempoi je driver train ni. Pakai short pants je. Hensem pulak tu. HAHA.
Ok, Trip to Tenom by Train done! Jom jalan-jalan kat sini pulak!
Stesen terakhir : Tenom.
Depan stesen ni ada padang, tapiiiiiiii rezeki kami lah kot, waktu ni ada Pesta Kaamatan kat sini. So, memang penuh satu padang tu gerai-gerai makanan, baju etc. Woahh. Terbaik!
Bersambung part 2. Kebas jari nak menaip. HAHA. ;p
happiness is real when shared ;)
Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet