.

.
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, September 22, 2017

. Tips : Kedai Makan Halal di Ho Chi Minh City .


Fuh. Serius ni paling lama aku tak update blog. Last entry bulan April kot. Sibuk sangat dengan budak-budak nak UPSR. Bertimbun-timbun trip yang aku tak update. Plus, mood blogging kelaut. Dengan masalah hati nya lagi. HAHA!!

Ok, back to the topic lah. Aku nak review pasal restoran halal kat Vietnam ni. Trip aku November tahun lepas. Memang aku aim nak masuk semua restoran tu. Tapi tak sempat nak try semua. Perut kenyang yakmat weh. Untuk korang yang nak shoping, memang aku rekomen sangat-sangat korang stay kat District 1 ni. Kedai makan senang. Peniaga pun boleh berbahasa Melayu. Jalan kaki je nak ke Ben Thanh tu. Pakej-pakej pun banyak kat sini. 

Restoran yang aku pernah cuba aku dah review dalam setiap entry aku. Boleh klik link kat bawah nanti ok korang.



Sepanjang jalan tu memang banyak restorannya. Tapi makanan kat sini mahal sikitlah. Tu je yang boleh aku bagitahu. Alah, makan..apa nak berkira. HAHA. Kalau aku lahhh. Hehe. Restoran Hj. Man Sour tu aku tak sempat nak masuk.


Benda yang mesti korang cuba kalau datang sini, KOPI! Serius addicted gila dengan kopi vietnam ni haa. Hari pertama aku dah bedal 2 gelas. Korang rasa? Aku ni suka minum  nescafe. Tapi, kopi aku tak berapa nak 'go'. Yang peliknya bila datang sini, sekali cuba dah terpikat.


Next, roti vietnam. Cari akak ni ok. Peramah ( of course kena! ) yakmat ni.

Now nak tepek gambar makanan yang sempat aku try kat sana.




 Restoran Musakariem ( 1 Malaysia ). 

Menu :
Nasi Ayam Claypot. 
Nasi Paprik. 
Nasi Lemak Ayam. 
Air Kelapa (2)
Strawberi Smothies 
Harga : VD 345 000 ( VD 115k per person/RM 22.50  )



Restoran Halal Osman

Menu :
Meehun Sup Ayam
Kuey Teow Sup Ayam
Laksa Vietnam
Harga : VD 200k ( VD 66.7k per person/ RM 13 )

 
Restoran Halal Amin 

Menu :
Sup Ayam Vietnam
Nasi Putih
Nasi Ayam
Air kelapa (3) 
Harga : VD 170k ( +- RM 33.30 / RM 11.10 per person ) 
 
 
Restoran Hjh Basiroh

Menu :
Nasi Goreng Ayam
Roti Canai 2
Popia Vietnam
Air kelapa
Teh tarik
Limau ais
Harga : VD 245k ( +- RM 47.94 / RM 15.98 per person )
 
 
 Restoran Kampung Melayu

Menu :
Nasi Goreng BBQ Ayam
Mee Sup Vietnam
Air kelapa 2
Jus longan
 
( yang ni ada brader belanja. hahaha.. )
 
So, boleh la korang pilih-pilih yang mana berkenan kat hati ok. Siap harga lagi aku up tu. ;)
 
happiness only real when shared ;)

link :


Friday, April 7, 2017

. Vietnam Trip : Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam .


Hola guys! Lama dah tak update blog pasal travel kannn. Haha. Banyak je sebenarnya trip yang belommmmmmmmmmmmmm aku update wei. Mula dengan trip ke Vietnam, Melaka, hiking kat Jerantut. Semua hujung tahun 2016 tuuu.

Lets start with this ! Fuh mood dah datang!

First tips? confirm lah kena beli flight tix dulu kan. HAHA. Pandai-pandai la korang survey tiket murah. Aku hari tu maheiii. Sebab musim cuti sekolah. Aku dari Sabah terus ke KL dan Saigon. Malas nak balik rumah dulu. Banyak cekadak pulak nanti. Kos pun bertambah. So, flight aku dah RM300++. Tapi tak kisah sebab aku dah beli awal tahun. Heee. Trip hujung bulan 11.


Ni imigresen Vietnam. Memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii gila orang wei. Sumpah cakap. Lenguh kaki berdiri. Even kau turun dari flight tu cepat-cepat pun. Tetappppp kena beratur panjang. Dan, satu lagi. Pegawai imigresen sini muka kerek derrr. Tak senyum langsung. Aku cakap terima kasih pun dia hangguk je. Mungkin stail dorang macam ni kot. Never mind. Hee


 Perkara pertama yang korang mesti buat, beli simkad Vietnam! Wajib la sebab nak akses internet kan. Takkan nak harap wifi hotel je, ye dak? Aku kemain tak menyabor, terus beli kat airport. Bila pegi District 1, rupanya lagi murah T_______________T. Harga simkad aku beli tu VD 80 000



Banyak pilihan simkad dia. Pandai-pandai la korang pilih. Aku pilih yang unlimited internet.

Kedua, pengangkutan ke hotel. Korang boleh pilih, nak bas atau teksi. Kalau nak mencabar, naik la bas. Jimat pun jimat. VD 10 000 je. Lebih kurang RM 1.50 kot. Keluar je dari airport, belok kanan, lepas cari bas nombor 152. Bagi tahu je korang nak turun kat Ben Thanh Market. Sebab kebiasaannya pelancong dari Malaysia akan stay kat District 1, area Ben Thanh. Tapi, pastikan korang sediaakan duit kecik ok sebab dorang tak suka bagi baki. Rugi nanti.

Tapi dan kawan-kawan naik teksi je sebab malas nak berebut naik bas dan kami nak cepat ke hotel. Nak bersihkan diri. Malam sebelum tu kami tido kat KLIA2 T_T.


Peringatan, korang hanya naik teksi bermeter ok. Sebab dah banyak sangat kes penipuan. Aku sarankan korang naik teksi Vinasun. Ingatttt VINASUN sahaja. Jangan pergi kat kaunter teksi dalam airport tau. Korangkelaur terus dari airport, belok kiri, jalan sampai hujung. Kat sana port teksi Vinasun.


Ni haaa abang-abang teksi Vinasun. Baju emerald, tie maroon.


Ingat nombor pada teksi tu. Kalau apa-apa terjadi, senang. Kalau korang stay kat District 1, jangan risau, teksi-teksi ni ada je parking kat depan hotel. Biasanya dorang parking kat depan Saigon Pink Hotel. So, takyah dah risau pasal teksi nak ke airport nanti. Tambang teksi lebih kurang VD 151 000. Duit sini main ribu ribu tauu. :p


Tudia resit teksi.
Hotel. 
Kebanyakan pelancong Malaysia, datang Ho Chi Minh nak shoping. So, highly recommended korang stay kat District 1. Lorong ni memang familiar dengan orang Malaysia. Dah rasa macam kat negara sendiri je haaa. Hotel kena booking awal. Takut fully booked. Korang search je kat booking.com atau agoda. Banyak je pilihan hotel. Antaranya, Saigon Pink, Thanh Thu Hotel dan banyak lah lagi.

International plug. Di sarankan bawak. Kalau tak ada, sila beli. Kat sini pun ada jual. Tapi aku hari tu, hotel tempat aku menginap tu awal-awal dah sediakan. Plus, aku memang adaa plug yang 2pin tu. So, tak beli pun takpe.

Makan? Jangan risau, Kat District 1 tu bersepah kedai makanan halal. Orang Malaysia pun ada bukak restoran kat situ. Cuma mahal sikit la makanan kat sini. Antara kedai makan yang sempat aku cub, Restoran Halal Amin, Restoran Halal Osman, Restoran Hjh, Basiroh..banyak lagi oiit. Nanti aku up entry pasal restoran kat sana ok? ;)

Shoping pulak, aku cadangkan kalau korang nak beli kain cotton. Beli area hotel or District 1 je. Kat Ben Thanh tu bagi aku maheiiiii wei. Beza 2, 3 ringgit jugaklah. Kalau nak pergi Ben Thant tu pergi je. Jalan kaki je dah sampai. Cuci-cuci mata. Tapi ingat! Jangan cuba tawar menawar. Tak pasal-pasal korang kena paksa beli nanti. Tak pun kena maki. HAHA. Hati-hati ye. Kalau nak beli baju tshirt, tunggu malam. Akan ada pasar malam kat District 1 tu. Baju kat situ ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnn! Murah sangat!

Haaa. Bab duit pulak. Jangan risau, korang tukar sikit je untuk bayar teksi dan beli simkad. Kalau nak shoping or makan. Dorang terima Ringgit Malaysia. Tukar dalam 300k VD dah ok kot. Kalau korang nak jugak tukar, haaaa tak pe. Kat District 1 ada "dua pengurup wang". Hehe

Ni la rupa District 1 yang aku cerita dari tadi. Kat belakang aku tu Ben Thanh Market. Kena lintas jalan yang amat sibuk. Haaa, kat hujung jalan tu la ada dua tempat nak tukar duit. Kiri dan kanan jalan.

"


Boleh pilih nak tukar kat mana. 


 Selain shoping, kat Vietnam banyak lagi tempat boleh explore. Trip ke Sungai Mekong or ke Cu Chi Tunnel. Kalau korang nak contact number tourist guide yang bawa aku ke Sungai Mekong. Please PM me ok? Nama dia Saleh. Kawan kepada kawan aku. Islam dan fasih berbahasa Melayu. Korang jangan risau lah. Peniaga kat sini boleh cakap melayu. So, tak susah la nak memborongg. ;)

Kat sini banyak je pakej yang ditawarkan. Cuma korang pandai-pandai lah cari. Aku booked Saleh ni sebab nak privacy je. So, satu kereta tu kami bertiga je. Kalau ikut pakej, malas nak tunggu orang lain. Haha. Over tak? Eh lantak la. Duit aku kan. Heee. 

Last! Korang patut cuba kopi vietnam. Mesti! Heee. Aku hari-hari beli kopi tu. Siap beli serbuk tu bawak balik Kelantan kot uolssss. ;p

Ok. Aku rasa tu je kot. Korang boleh ushar blog-blog lain. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. So, see you on next entry okay? Have a nice day ahead korang!


happiness only real when shared ;)

Thursday, May 5, 2016

. Tenom : Jadual Kereta Api Sabah .


For those yang nak cuba naik kereta apai Sabah untuk ke Tenom. Boleh rujuk jadual di bawah. Korang boleh pilih sama ada nak naik dari Tanjung Aru, KK atau dari Beaufort. Kalau nak cepat sampai, naik dari Beaufort lah. HAHA. Kalau tak nak kematu vontottt.

Kena teliti betul jadual tau. Jangan silap tengok. Kang tak pasal-pasal tido kat stesen. HAHA. Jadual untu weekend dan weekdays berbeza sikit.

Satu lagiiiiiiii, rajin-rajin bukak website JKNS  sebab kadang-kadang ada train yang cancel. Take note ok guys.

Tanjung Aru - Tenom ( Weekdays )


  Tg Aru - Beaufort : 7.45 pagi, 1.40 ptg & 5.30 ptg
  Beaufort - Tenom  : 7.50 pagi & 1.30 t/hari

 Tenom - Tg Aru ( Weekdays )

Tenom - Beaufort  : 7.30 pagi & 1.00 t/hari
Beaufort - Tg Aru  : 11.01 pagi & 5.00 ptg

Tg Aru - Tenom ( Weekend )


Tg Aru _ Beaufort : 7.45 pagi, 1.40 ptg & 5.06 ptg
Beaufort - Tenom   : 7.50 pagi & 1.30 ptg


Tenom - Tg Aru ( Weekend )



Tenom - Beaufort   : 7.30 pagi & 12.30 t/hari
Beaufort - Tg Aru   :  5.00 pagi, 11.01 pagi & 4.30 ptg


Tips :
1. Kalau naik dari Tg.Aru, memang akan transit dahulu kat Beaufort then amik train lain ke Tenom.
2. Pepandai la ejas mase supaya korang sempat kejar next train ke Tenom if korang naik dari TA sebab   hanya ada 2 trip ke Tenom.
3. Dari Beaufort ke Tenom, akan tukar train lain. Ada yg cakap kat Halogilat, ada yang cakap kat Pangohilat. Tapi aku hari tu sepatutnya stret je ke Tenom, tapi sebab landasan problem, kena transit kat tengah hutan, after stesen Payoh.
4. Train ni memang tak ada aircond. Open air je, tapi tingkap boleh bukak.
5. Seat kena pepandai la cari. Berebut ok. HAHA.
6. Train ni akan berhenti kat semua stesen kecik macam bus stand. Sebab ni je pengangkutan utama penduduk kat kampung sepanjang railway tu.
7. Ada tandas, tapi tak de paip. So, lunaskan hajat siap-siap kat stesen ok!
8. Harga, Beaufort - Tenom RM 2.75 one way. Beaufort - Tg Aru RM 4.50 one way.



happiness is real when shared ;)


Tuesday, April 26, 2016

. Tips : Foods That Resemble The Body Parts They're Good For .


Jom sihat!



1. Carrot - Eyes


2. Tomato - Heart
3. Grapes - Lungs


4. Walnut - Brain


5. Ginger - Stomach
6. Citrus - Breast
7. Kidney Beans - Kidney
8. Celery - Bones
9. Mushrooms - Hearing
10. Avocado - Uterus


Betuk ke tidak? Wallahualam. tapi tak dinafikan sayur dan buah memang baguskan. ;)




Sunday, April 24, 2016

. Resepi Simple Kentang Goreng Homemade .


Pagi tadi, bangun-bangun je terus rasa nak makan kentang goreng. Mak aii, kalah ibu mengandung. Time-time tu jugak nak makan. So, gigih la turun bawah tengok ada tak bahan. Ubi kentang memang selalu ada stok sebab aku ni hari-hari makan sup ( kekonon diet ler ).


Bahan-bahan.

1. ubi kentang
2. garam
3. tepung goreng adabi
4. minyak

Cara-cara.

1. Potong ubi kentang ( bentuk jejari ).
2. Basuh ubi kentang.
3. Rebus ubi kentang dan masukkan sedikit garam. Rebus hingga separuh masak.
4. Toskan.
5. Gaul dengan tepung adabi. ( tepung goreng pisang or ayam dua-dua boleh )
6. Goreng dan hidang!



Ni kira resepi mudah. Ada lagi resepi yang guna bahan tambahan soda bikarbonat lah apa. Tapi dapur bujang aku ni mana ada semua tu. So, pakai yang mana ada je. Ada jugak yang tak rebus dulu dan terus goreng. Ponnn boleh. Kalau nak buat ala-ala McD, korang tabur garam sikit atas kentang tu. Gitu. HAHA. So, happy weekend you all!



Saturday, April 23, 2016

. Tips : 21 Benda yang Perlu Bawa Bila Travel .


Aku sejenis yang suka travel. Suka bercuti. Suka jalan-jalan. Tak kisah tempat yang dekat-dekat je pun. Asal dapat release stress. So, aku akan planning baik punya untuk trip tu. Aku akan survey macam-macam. Google sana sini. At least aku tahu apa yang ada kat situ, mana nak pergi dan tak de la lost sangat bila sampai kat tempat tu nanti. Hee. Plus, dapat la aku bajet banyak mana baju nak bawa.

Hari tu bila scroll fb, aku terjumpa tips dari Nota Perempuan Backpacker. So, kopi pasta kat sini. Don't worry, aku tak buang watermark depa dan aku mention mana aku ambik. :p

21 benda yang perlu di bawa waktu travel.


Tengok la jugak tempat korang nak pegi tu macam mana. Ada ke idok dobi nyee, hahaa. Kang pakai baju masham. ;p



Seluar memang tak payah nak beria bawak banyak. Repeat je. ;p



Yang ni setuju. Bawak yang nipis-nips sudah lah.


Kalau aku, suka bawa yang senang nak pakai. Yang jenis kau lipat pun tak kedut. Maknanya yang corak bunga-bunga. Kau lipat 10 pun tak nampak. Aku ada satu tudung fevret bila travel. Asyik pakai yang tuuuuuuuu je. 



Haha. Pepandai la ye.


Yesss, jangan la bawak tuala yang super besaq yang kau boleh buat selimut. HAHA. Aku bawak yang saiz kecik je. Kekadang tu tak bawak langsung. Biasa hotel ada. ;p



Ya ya ya. Snickers or sport shoes memang sesuai. Or aku suka pakai crocs. Basah pun boleh lap.


Boleh jugak pakai time transit mana-mana. Especially kalau tidoq surau air port! HAHA.



HAHA. Penting ni woi. Aku beli toiletriespack untuk travel kat Watson. Senang. Kecik dan jimat ruang.



Aku selalu spare panadol, minyak angin dan 'kokyok' atau salon pas. 


Coklat! Memang berguna wei. Tuari time aku panjat gunung, memang aku sikit lagi nak flat. Nasib ada Whittakers. Tak jadi nak pitam. HAHA.


Yang ni kira paling terpenting la kan. Rugi ler travel jejauh kalau tak ambik gambar. HAHA






Tuari aku ada pegi satu negara ni. Toilet die haremmmmmmm tak de paip. Nasib ada botol kosong. HAHA. Pengalaman.



Yang ni memang kena bawa lebih. Kalau boleh tapau sikit letak dalam beg. HAHA.