.

.

Saturday, November 28, 2015

. Xplore Borneo : KK to Tenom by Train .

Tak habis habis Mektie dan Projek 1 Borneo dia yang entah bila akan complete. Sampai sekarang tak complete pun? HAHA Wat eva. Kemahuan ada, peluang je tak muncul kan? Hihihi

Hari ni aku nak share one of wishlist dalam Projek 1 Borneo aku. ke Tenom by train. Kalau korang nak tahu, train kat Sabah ni rare gila! Aku first time tengok memang aim dah nak cuba. Cuma time tak cun. Lepastu tak de geng oiiii! Sorang sorang macam errr... mengamuk bapak aku nanti.Tren memang untuk orang tempatan, tak de aircond, bersesak sesak. Orang jual makanan. Panas. Tapi ohsem. Pengalaman macam ni mana nak kutip. Tren Lipis ke Jerantut pun tak rare macam kat sini weyy

Kalau dari KK nak ke Tenom, by car bolehh. Tapi tak thrill kot. Haha. Ada dua jalan.
1. Kimanis - Papar dan Tambunan ( 3 jam )
2. Keningau - Sipitang ( 5 jam )

By Bus
Ambik bas di Hentian Bandaran ( KK - Keningau - Tenom )

By train
Bermula di Stesen Tanjung Aru, KK - Papar - Bongawan - Membakut - Beaufort ( 134 km )
Korang boleh pilih mana-mana stesen korang nak naik. Kalau aku, memang pilih Beaufort sebab lagi dekat.

Bawah ni ada jadual tren.


Jadual Perkhidmatan Keretapi Tenom - Tanjung Aru

jadual-keretapi-1

sumber : railway sabah



Harga? Jangan risau, paling mahal pun RM 7.50 dari Tenom - Tg Aru. Sebab first stesen, Tg Aru and stesen lasttt ialah Tenom. So, kalau naik train ke Tenom, RM15 return. Memang murah. Tapi berasap dan berminyak la duduk dalam train tu. Tapiiiiii, pengalaman tu mahal beb. Ada geng backpackers yang pegi Tenom semata-mata nak cuba train ni je. Sabtu pegi, Ahad pagi pagi lagi dah gerak balik.

Nak tahu lebih lanjut tentang harga, klik sini 

If korang naik dari Tanjung Aru, ada satu stesen, korang kena tukar train untuk ke Tenom. Satu gerabak dan perlu bersesak sesak macam kat Indon. Train ke Tenom ni train lama, lantai papan. aircond memang sah sah yilekkk.

Tips :

# Dari Tanjung Aru ke Beaufort, tiket train RM4.50, dua jam perjalanan bertolak jam 7.45 pagi dan hanya satu trip per day;
# Next train ke Tenom jam 1.30 tgh hari, tiket harga RM2.75;

# The next day, kereta api ke Beaufort bertolak sharp jam 7.30 pagi 
# Then keTanjung Aru dari Beaufort pada jam 11 pagi

Hotel murah kat Tenom : Hotel Seri Perdana, RM36 per night.

Tempat menarik? 

1. Sungai Padas - water rafting. patutnya tahun ni aku nak main benda alah ni, tapi geng semua senyap je. T_______T

2. Taman Pertanian Lagud Seberang. Tempat korang boleh hayati keindahan alam gitewwww.
3. Pusat Kebudayaan Murut

4. Kopi Tenom

Haa yang ni memang wajib pegi. Nak borong kopi. Last time aku mintak Ainul beli sebab dia kerja kat Tenom. Next aku nak mintak Abe Din pulak belikan. HAHA. Serius kopi Tenom ni memang sedap. Femes kot. Yang biasa beli brand Yit Foh Tenom Coffee.( klik sini if nak tau pasal kopi ni ) Tamak punya pasal, semua jenis aku beli. Err, kalau jadi trip ke Tenom, mau satu beg penuh kopi! HAHA

so, aku harap dapat la ke Tenom nanti. Konpem dah trip ni extend ke tahun depan, sebab dah cuti sekolah weyy. tak de maknanya nak stay sini. balik kampung dulu. Tahun depan baru plan trip. :P



Projek 1 Borneo Mektie. ( klik link )
Sabah
Kota Kinabalu
Semporna
Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Semporna
Bohey Dulang, Kapalai, Sibuan Semporna
Tawau
Labuan
Gunung Kinabalu
Kundasang
Pulau Manukan & Mamutik
Sipitang
Brunei Darussalam
Sandakan

happiness is real when shared :)

Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet



0 comments: