Last day! Planning kami nak naik train seawal jam 7 pagi ke Beaufort. So, gigih la kami bangun awal dan jalan kaki ke stesen train memandangkan kami menginap kat hotel yang sekangkang kera je dengan stesen train tuh.
Awal lagi time tuh, gerai-gerai sepanjang pesta pun semua dah tak de. Dorang dah kemas semalam kot. Sampai kat stesen, pakcik yang kerja kat stesen tu cakap hari ni train dibatalkan! OMG. Terkezutttt makk. Disebabkan semalam hujan, ada masalah landasan. Train yang tengah hari pun belum confirm ada. Hmmm.. Kami rileks dulu, duduk dan tunggu si Nasrul sampai.
After discuss dengan Ainul semua, dorang pegi tanya harga teksi ke Beaufort. Bas dah tentu takde sebab bas dari Tenom or Keningau hanya menghala ke KK. Takde ke Beaufort. So, pakcik teksi tu mintak RM90! Omakkkaiiii. Mahaii. So, kami tak jadi amik teksi. Dan dan pulak Ainul cakap nak hantar kami ke Beaufort. Fuhh. Lega. Huntunggg ler ada kawan macam ni. Dari Tenom ke Beaufort kalau naik kereta, ambik masa satu jam setengah. Then, Din sampai. Kami decide nak breakfast dulu.
Pukul 9.30 pagi kami bertolak dari Tenom. Ainul bawak steady je. Dalam jam 12 kami sampai Beaufort, isi perut dulu kat KFC. Then terus kami pegi stesen train amik kereta kat sana. Ainul gerak balik Tenom dulu sebab dia taknak bermalam dalam perjalanan. Maklumlah, jalan berbukit dan hutan, sorang-sorang pulak tu. Serius ohsem gila kau Nol! Mana lagi nak cari kawan macam ko kat duniaa ni oiii. :D
Lepas tu kami bertiga hantar Nasrul ke stesen van untuk ke Menumbok. Oh, Nasrul nak balik ke Labuan. naik speedboat kat Menumbok, dia kena ambik van ke Menumbok. RM2 kalau tak silap. Van ke sana sentiasa ada, tapii dia akan tunggu van penuh baru jalan.
Then kami terus shoot ke Lawas. Isnin, jalan haruslah clear walopon cuti umum kann. Esok aku cuti lagi! Saja je ambik cuti lebih. HAHA.
See you on our next trip guys! Makin hari makin berkurang ahli ni. Sobs~
total day 3 : minyak kereta - RM25
TOTAL BAJET :
day 1 : RM 116.70
day 2 : RM 77
day 3 : RM 25
TOTAL : RM 218.70
happiness is real when shared ;)
Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet
0 comments:
Post a Comment