.

.

Monday, September 19, 2016

. Xplore Borneo : Memorial War Kundasang .


Next station. Memorial War Kundasang. Ni pun satu lagi tempat yang aku tak pernah jejak bila sampai Kundasang. Hosmet beria nak pegi sini. So, layankan saje lah. Memorial War ni betul-betul kat Pekan Kundasang. Selepas round about. Memang akan nampak sebab tepi jalan je.


Pekan Kundasang. Ada orang busking lagi. Cuaca panas tapi suhu dingin uols. Hee


Pintu masuk.


Berbayar ye. Tengok tuu harga ada kat situ. Aku malas nak taip! Haha.


Memorial War ni di bina untuk mengingati askar British dan Australia  yang terkorban dalam peristiwa Sandakan - Ranau Death Marches 1945. Macam tula sejarahnya. Nak tahu lebih lanjut? Sila search sendiri. Hehe.



Sekitar tugu




 Kalau kat Kundasang, view dari mana pun akan nampak gunung. Hehe. Bila nampak gunung, apa yang kita perlu buat? Bergambor la weiii. Haha. Biar penuh memori haaa. 


Siti di alam fantasi sangat.


Pekan Kundasang

Lepas puas pusing-pusing kat sini. Kami terus ke Kota Kinabalu. Maghrib kami sampai di Tanjung Aru. Aku booking hotel kat situ. Borneo Beachouse Backpackers. Bilik yang aku amik sama macam last time aku datang sini. Rujuk sini. Kami rehat kejap then keluar lepak kat Imago. Tempat wajib kunjung kalau ke KK. Haha. Tak de dah One Borneo, Suria Sabah. Sekarang Imago aje. ;p  Puas hati dapat makan kat Seoul Garden. Lama dah mengidam. Hehe.

Penat round satu mall, kami balik. Masing-masing dah low batt. HAHAHA. Esoknya kami plan nak jalan kaki ke Pantai Tanjung Aru, tengok sunrise. Tapiiiiii, apa jadi? HAHA. Alkisah kami semua "cuti" so semua terlajakkk. Tengok sunrise atas katil! HAHA. Memasing saling membahan. HAHHA. Konon tengok sunrise!

Kami bersiap, check out dan terus pegi brunch kat D'Lengkuas. Tempat makan paling best kat KK sebab owner die orang Kelantan. Masakan pun haruslah Kelate mariiiiiiiii. Hihi. Ni pun antara tempat makan wajib singgah la kalau turun KK.


Sementara tunggu nak hantar Kak Sara kat airport. Lepak Imago sekali lagi. Errr. kan dah kate. Imago sajeee. So, total bajet untuk short trip kali ni berapa eh?  Jom tengok.


total bajet :

Homecottage Kundasang              : RM 100 ( RM 20 per person )
Borneo Beachouse Backpackers.  : RM 168 ( RM 33.60 per person )
Memorial War                               : RM 2
Minyak Kereta                              : RM 19 ( per person )
Makan-makan                               : RM 70 +-
 
total  : RM 144.60

Sebenarnya kat Borneo Beachouse tu, kami sewa satu bilik, untuk 6 orang. Jadi kami kena bayar untuk 6 orang. Sebab kami amik dorm kan. Kalau taknak share dengan orang lain, terpaksa la ambik satu dorm. HAHA. Tapi macam rugi la pulak sebab macam kamiiiiiiiiii je duduk situ. --'

Then, lepas drop Kak Sara kat airport, kami terus shoot ke Lawas. Tapi sempat lagi singgah kat Giant Papar. Beli stok makanan laaa ape lagii. Setel je semua kami gerak balik. Aku bawa slow and steady je. Sebab masih awal. Pukul 1.30 gerak dari KK. Sampai Lawas pukul 4.45 petang. Fuh. Setel satu wishlist. Ok next trip??????????



happiness only real when shared ;)


0 comments: