.
Showing posts with label exam oh exam. Show all posts
Showing posts with label exam oh exam. Show all posts
Sunday, May 27, 2012
Tuesday, May 22, 2012
. nyawa-nyawa ikan .
Fenomena fesbuk dan exam.
Ala. Aku ni, taim-taim exam pon on fesbuk 24/7. Err... kadang-kadang aku on je. Tapi aku study h0kayyy. ;p
Fesbuk ni penting jugak, mana tahu, ada kawan-kawan dari IPG lain bagi soklan spot. IPG stand for Institut Pendidikan Guru. Haa. Untung la yea blaja kat IPG ni kan, ada soklan spot bagai. Ada soklan yang sebijik sedebik masuk. Ada juga yang terpesong 360 darjah dari soklan spot. Hah! Itulah yang terjadi pada paper Morfologi, nasib baiklah baca jugak tajuk lain.
Paper hari ni. Fuhh. First time aku tak dapat keluar awal masa exam. Biasanya pukul 4.30 aku dah keluar. Tapi hari ni, aku rasa SAYANG plak nak keluar awal. Killer paper bosss! Nyawa-nyawa ikan je jawab soklan tadi. Susah gila! Otak aku bekerja tanpa henti masa jawab soklan tadi. Berasap jugak lah otak aku ni. Haha. Sungguh tak disangka, paper Syntax of malay Language ni sangat menguji akal fikiran. Kuikui...
Kebiasaanya... Hihi.
Sunday, May 20, 2012
. payah noo .
Oh. Exam lagi 3 paper beb. 3 paper macam overload dah otak gua neh. Hihi. Apalah. Apalah Cik Kieranaa ni. Banyak bunyi pulak kan. Study aje lah. Kerajaan dah bagi elaun banyak-banyak. Baca buku je pon. :p
Haa. Apakah yang terjadi bila study menggunakan kaedah KATIL? Err. Tak pernah dengar ae kaedah KATIL? Kih2. Korang biasa buat ni. Korang pernah kot study atas katil. Kan. Kan? Hehe.
Aku rasa kaedah ni tak efektif kerana ia boleh menyebabkan kita tidur siap bermimpi lagi. Haha. Jadi elakkan. Melainkan anda benar-benar seorang yang TEGAR dan tahan NAFSU TIDUR.
Inilah jadi apabila study menggunakan KAEDAH KATIL dan ditemani oleh NOVEL. Kih3. Excellent betui Cikgu Kieranaa.
Memetik kata-kata seorang sahabat :
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.Kit cuma kena bace buku BDP je kot.. tu pon payah no..
- Abu Sufian Supa'at 2012. Haha. Menyentuh jiwa ayat kau Abu!
Labels:
aku cikgu,
cerita cikgu,
exam oh exam
Thursday, May 17, 2012
. baca buku lah! .
Kejadian sebelum paper EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran dan paper BMM 3109 Morphol0gy of Malay Language.
Maklumlah, paper EDU ni keboringannya tahap maksima. Semua tulisan je. Huk huk. Terbeliak mata den! Tahap pembacaan pon di tahap berbahaya! Maka, den bukak la lagu. Gila ke hape, nak hafal fakta sambil dengau lagu jiwang karat zaman pop ye yeh? Aha. Itulah aku. Hehe.
Fuh. Belah kiri buku Budaya dan Pembelajaran. Syabbas betei!
Belah kanan nota Morfologi.. Hebat anak ayah..!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Err.. Depan lobang hidong pulak pesbuk. Kuikuikui..
Maunye ayah ketuk kopalo den dongan ponyapu.. Hehe. Mahap la ayoh. Den bosan baco buku.
Labels:
aku cikgu,
cerita cikgu,
exam oh exam
Sunday, May 13, 2012
. exam dah oiii .
EXAM? Huh. Apa tuh? = ='
Pejam celik pejam celik. Dah nak exam. Rasa macam kejap je kan. Rasa baru je hafal teori-teori linguistik sem lepas. Haihh. Dah nak exam lagik? Sekejap gila rasanya! Rasa macam baru je habis praktikum. Rasa macam baru jea kemas-kemas bilik masa awal-awal sem dulu. Hmm. EXAM dah cik kak oiiii!
Ni haa jadualnya! Hamekkk kau!
SAYA SUKA EXAM. EXAM SUKA SAYA. TAPI SAYA TAK SUKA EXAM.. ehh? err.....
Labels:
aku cikgu,
exam oh exam
Thursday, November 17, 2011
.paper last yang mencekikKU.
AKhirnya tamat jugak exam! Fuhh. Mau gelegak otak menghapal teori-teori, nota-nota sume neh. Pehhh. Buntu otak wooo. Hadeii. Aku ni dah la lemah bab2 hapal neh. Makan semut banyak sangat masa kecik kecik dulu agaknye. Hehe. *Tu lah. Otak lembab je salahkan semuat. Sian die. Hihi.
Kali ni exam paling HANCUSS la habaq ang! Adoi. Sume study last last minit. Haa. Soklan spot kua. Senyum jek. Hihi. Tapi subjek yang aku gerun, Linguistik. PERGHHH. Soklan dia KILLER seyh. Tawakal sudahhh. Tapi an, paling aku buntu, RBT. Reka Bentuk Teknologi. Memang otak gelegak doe nak hapal. Berat rasa kepala. Bukan aku je. Kawan kawan aku yang lain ponn. KESTRESSAN semuanya..! Haha. Bawah ni haa bukti. Jom usha!
Labels:
exam oh exam,
stres
Subscribe to:
Posts (Atom)

