.

.
Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

Friday, December 11, 2015

. koleksi "ambik berkat" .


 sambungan dari part 1. hahaha

koleksi gambar with bride and groom.  ni je yang ada dalam simpanan. yang lain kelaut.

           
 sue, machang kelantan.                                 aisyah, kuala krai kelantan
  

  
      quya, jerantut pahang                                   anies, besut terengganu

   azura, bachok kelantan
  
 amin, machang kelantan  

 

                    auni, machang kelantan                            mimi, kuala krai kelantan

  azim, machang kelantan.                                                   
din, pasir pekan kelantan

 
          ajaa, kok lanas kelantan                                   mizah, machang kelantan

tiyah, machang kelantan.
                dila, machang kelantan                                 nomi, machang kelantan

ifa, tumpat kelantan
atie, kuala terengganu
yaar, kuala terengganu

  roslaini, machang kelantan

  farah & ayed, kok lanas kelantan


coming soon. newlywedds. im happy for you my friends. :) 

happiness is real when shared :')


Tuesday, December 8, 2015

. what the elders sayyyyy .


orang tua-tua cakap, pegi majlis kahwin or kenduri kawan kawan untuk ambik berkat. betul ke? masalahnya dah berpuluh-puluh majlis aku pegi. tapi satu pun tak melekat berkatnya. hahahha

pada pandangan aku pulak, jodoh memang tak datang bergolek, kita kena usaha. walaupun dah ada boipren, tapi kita kena usaha untuk halalkan hubungan itewwwwww. ada boipren yak semestinya jodoh datang cepat. ada je yang kapel bertahun-tahun masih tak kawen. ada jugak yang kenal 3 4 bulan terus kawen. itu di namakan jodoh.

so, stop pertikai kenapa dia kawen awal. kenapa dia tak kawen lagi. kenapa adik dia kawen dulu. kenapa dia tak kawen lagi sedangkan dia cun/hensem, hoiiii. tu semua ketentuan Allah. siapa kita nak pertikai. yang dah kawen, jaga hubungan yang korang bina tu baik baik. kepada yang belum kawen macam aku....

perbaiki diri. jadi manusia yang lebih baik. mungkin kita belum cukup sayang diri sendiri, sebab tu Allah tak hadirkan seseorang untuk kita sayang sepenuh hati.

mungkin juga kita belum jadi yang terbaik untuk diri sendiri. jadi, perbaiki diri. mungkin sebab itu Allah belum temu kan kita dengan si dia. jadi yang terbaik untuk diri sendiri dan bakal suami/isteri. think positive. setiap apa yang Allah aturkan itu semuanya baik. Dia beri apa yang kita perlu. bukan apa yang kita nak.

orang yang kawen awal, berpeluang berbakti pada pasangan. sedangkan kita, yang belum kawen, rezeki kita untuk lebih lama berbakti kepada parents. Allahuuuuuuakbar!  Hebat sungguh takdir yang Allah tetapkan. percaya pada Allah. Dia sebaik-baik perancang. tapiiii, jangan putus putus doa supaya di temukan dengan jodoh kita dan di permudahkan segala urusan. InsyaAllah Dia bantu kita! Allah kan sayang kita. :)

#teamsedapkanhatisendiri

happiness is real when shared

Monday, November 23, 2015

. pesanan kepada yang belum berkahwin .


Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

 dila

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari belum cukup untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after. 


Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

mijah 

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja tidak cukup untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi bersabar apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu tetap tersenyum, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?


tiyah

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

 mimi

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.


Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."


happiness is real when shared ;)

Sunday, February 8, 2015

. penutup 2014 : wedding kawan kawan .


Berhabuk bersawang dah blog ni. Lama gilaaaaaaa tak hapdet. Minggu lepas pon hapdet satu ayat je. Tu pon guna fon. hahaha. nampak tak simptom malas kat situuu? kata blogger tegarrrr. tapi malasss. acane? :P


Ok. Back to the story la. Penutup 2014 dengan berjujat jujat wedding kawan kawan. Tapi aku tak sempat pegi semua laa. Orang dah lama kawen, aku baru nak hapdettt. Teruknyaaa! hahaha

Firstt. Wedding Iffa kat Chabang Empat, Tumpat. Jauh jugak. Tapi demi klasmate. Aku pegi juakkk. Tapiii tak de la jauh sangat pon. setakat sejam tu ok ape.




Weols with the newlywedds at that time. hahaha. sekarang dah tak newlywedds sudahhh.



Second. Wedding roomate 5 tahun setengah. Jerantut. 


Siap jadik bridesmaid. Time ni kami yang lebih lebih posing. abang camera man pon memang memanjang je snap gambar kami. hahahhaa. kami memang suka orang snap gambar kami nih. :P:P



Last. Wedding my BFF. Machang.



Waaa. Bff dah kawen. Krikkk krikkkk la aku lepas ni. Mijah dah kawen. Sue dah kawen. Aku ngan cik azura zain je belum lagi. Aigooo. Aku positif yang last kawen nih. Wat to do? Aku tak nampak lagi jalan nak bina masjid tu. :P:P

Tapi nasib la husband Tiyah ni very da sporting gila. Kawen kawen pon. Gosip totappp jalann. Hehhe.




Nasib baik dah tak ada orang tanya bila aku nak kawen. Wehh. Muda lagi okk. Keja tak sampai setahun lagik. Rilekssss laaaaaa. jangan tanya soalan yang aku tak tahu jawapan dia ok! heheh


Ok habis dah merapu. :P

happiness only real when shared ;')

Thursday, February 13, 2014

. no hard feeling ~ kuwe, afiq, piji, hajar, siti :D .


Wahhh. Fuhh fuhhh. Macam berhabuk habis dah rumah aku ni haaa. Long time no see eh. Heww. Nak kata sibuk. Kerja makan tido je kat rumah. Oh, mungkin mood nak menaip tak de plus lappy pon berhabuk. Nasib baik tak de labah labah buat sarang je uols. :p

Cuti raya cina tempoh hari, bespreng aku kawen. Sobs. 3 of us. Sedih dalam gembiraaa. Yela kau, Kuwe, Piji n Ajaa dah kawen. Kau rase??? Tipuuu la kalau aku tak gelisah woi. HAHAHA. Dorang bertiga ni aku kenal sejak matrikulasi.


 

Ni diaaa bespreng aku. Gojes tak hengat uols! Mase dia tunang tahun lepas, chubby sikit, sekarang dah meletopp letoppp kurusnya. Tahniah darling sayangg. Semoga awak dengan Piji bahagia hingga hujung nyawa. Oh. Hafizee suami si Ajaa ni sama matrik jugak kot dengan aku.



Ni sorang lagi kawan aku, yang aku kenal sejak matrikulasi. Zakwan. Semoga awak dan Dila bahagia sokmo. :')

Alkisahnya Kuwe, Ajaa, Piji dan abang baju petak kat gambar bawah ni satu sekolah dulu. Aku sorang je sekolah lain. Tapiiii, budak budak mrsm kan bersaudara.... cewahhh! Kami jumpa kat matrik. Sungguh aku takkan lupa sampai mati. Setahun yang super best. Thanks uols.


dari kiri : wan mohd afiq asyraf, wan mohd hafizee, siti hajar fattyne, siti normazilla 


Kita kenal sejak 2007. Dua dua kawan saya. Dua dua saya sayangg. Congrats again awak berdua. Ops, saya pasti abang baju petak kat sebelah Piji tu sayang awak berdua jugak, kan korang bertiga satu sekolah, satu matrik dan satu universitiii. Hehe.


Sungguh aku malu malu meowww bila kawan kawan tanya bila nak kawen. Tak de tarikh dalam kepala ni haaa. Just go with the flow.  



Awak, semalam saya mintak masa awak 2 saat sebab rindu dah bergunung dalam dada. Tapi sebenarnya saya nak awak beri seumur hidup awak untuk saya. ;') #9




Thursday, June 6, 2013

. kaklong nok nikoh doh ko? .



First time aku letak tajuk entry dalam loghat Kelate. Phewww. Asal cuti sekolah je, kalendar penuh dengan jemputan kawen. Cuti kali ni, 9 jemputan ke majlis kawan kawan sekolah. Tak termasuk kawan kat IPG. Kawan-kawan IPG, mahap la, Kak Et tak dapat nak pegi, jauhh. Kawan sekolah, dapat la jugak pegi, sebab dekat je, setakat Jerteh, Pasir Mas, Tanah Merah, KB. Tu pun aku pegi 6 majlis je. Lagi 3, tak dapat pegi sebab berada di luar kawasan. -.- Congrats kawan kawan. Semoga kalian bahagia hingga hujung nyawa.

Berbalik kepada topik kawen, haiii. Setiap kali cuti, dan dan je aku jadi obses pasal kawen ni. Mula lah aku berangan nak pelamin macam mana, baju macam mana... Fuhh. Fuhhh. Berangan memanjangggggg. Lepas tu, mula la syok sendiri dok godeh pelamin bagai. Setiap kali belek pelamin, mesti tuka tema. Eh? Over pulak kau  Siti!

Sampai adik aku tanya, Kaklong tengok baju nikah, nak kawen dah ke?

Aku : errr. tengok saje la!

Jom la usha pelamin nokkksss.. 


Sesuai untuk bertunang. Kann? Match pulak dengan baju kaler dusty pink. Phewww. Cun!

sumber : google

Baju tunang, simple macam ni lagi cun!



Sumber : D'Ratu Bridal

Angan angan nak bersanding pakai baju kaler tukois + purple. Ala-ala Apek dan Leuniey gitewww. 
Pelamin ni awesome okayy! Arghh. Meltinggg!

Cepat cepat kumpul duit wahai bakal suami! Ops! Aku pun kena kumpul jugakkkkss. :D


sumber : Salina Bridal

This one pon cun. Simple tapi cun! Kann? Resepsi belah lelaki pulak. Bakal suami kena alert kayy. HAHA.

Meroyan kau jahhh. Konpem meroyann. gatal sangat nak kawen ni. :P

Aku sangat adore dengan baju sanding Scha dan Awal. Yang kaler hijau. Fuhh. Mahu puluh riban bajet kawen ni jahhhh.





Akad nikah, memang cun kalau pakai warna putih. Kebiasaannya warna putih. Tapi, aku berkenan sangat warna ala-ala gold tapi tak gold. Macam Apek dan Leuniey (lagi).



sumber : google

Tingginya angan angan kau Siti. Jadi, start lah menabung. Jangan asyik menyoping je mak jemah oiii!


p/s : annoying gila. berangan setakat nak!


Thursday, May 30, 2013

. hepi kawen kawen to 'em .


Hai kawan-kawan. Seronok eh kawen? Sampai korang semua plan kawen serentak cuti sekolah ni? 9 jemputan ke majlis perkahwinan kawan-kawan sekolah. Itu belum termasuk kawan kat IPG. Phewww. Aku terpaksa paww adik, ayah dan Tabung Haji untuk beli hadiah dan isi minyak kereta. Tapi, untuk kengkawan, berehhh sokmo boh!



Tahniah Suria! Si kecik ni kawen dengan orang Kuala Besut je, rumah dia kat Jerteh. Dekattttttttttt sangattt. Baiklah, aku nak cari orang yang satu badar je. Boleh idokkk? HAHA. Jokingg. :P


 Tahniah Linda. Mahap, suami Linda tak hade. Tapi hensem weh, gaya ala-ala Ustaz Syukri SK Betau. Meoowwwww! Macho seyh.

Sumpah cantik baju kaler ni. Nak pakai time tunang lah. Cun tak? HAHA



Next, Paly. Tahniah bro! Lawa bini! Hiii. 



Superb bestfriend, Sue. Tahniah Sue and Alan. Hiii. Kuninggg giteww. Ikot tema. Abaikan aku yang chubby tuh. Boleh? :P


Anies! Gojes! Kurus gila! Sempoi gila. Haha. tahniah nokkks. Rela tak gi konvo IPG kat PICC sebab nak kawen ae? Hiii. Tabikkk hormat untuk mung!




Kenalkan kat koranggg, kawan-kawan yang gila gila punya perangai. Kalau bab bahan orang, nombor satu. Lagi lagi Sue. Kesian, kena bahan. HAHA. Nasib lah si pengantin baru! Hii. Cuma, lagi best kalau Ajim, Mijah and Sapik ada. Hewww. Sorang kat UK, sorang kat Perlis dan sorang lagi konvo. Huuu.