.

.
Showing posts with label wif babes. Show all posts
Showing posts with label wif babes. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

. mini reunion mrsm kualalipis/kotaputra .



After a few years, at last kami jumpa. Ex schoolmate MRSM Kuala Lipis and MRSM Kota Putra. Ni semua gara-gara Aisyah kawen, semua gilaaa nak jumpa. HAHA.


Even aku memang tak rapat pon dengan dorang, tapi this is what we called relationship. Dorang kelas lain, aku kelas lain. Bilik lain-lain. Geng lain lain. Tapi hubungan silaturahim tu terus kekal. Yela, sejak form 1 lagi satu sekolah. Bila aku pindah ke MRSM KOPU, dorang pon pindah sana jugak. Heee. Tetibe jadik geng bila memasing dah habis sekolah. ;')





Tikah. F1-F5 satu skolah. Tapi sekarang lah baru nak hangout together. ;')
 


Me with Dila and Aezin. Dila (yang pakai tudung lapislapis tuu)   ni ex schoolmate kat MRSM Lipis. Sampai form 3 je. Then dia sekolah kat kampungg. Kami berdua tinggal satu daerah. Selalu contact kat fesbuk and wechat. Then boleh kamcengg. Hee.

Sorang lagi Aeizin, tuan punya Volkswegen niii. (kaya gilos niii)... Aku satu sekolah dengan dia sejak form 1 sampaiiiiii la f5. PLKN ponsatu tempat dan satu kelas! Heee. Lama jugak tak jumpa, last time PLKN tu lah.



Kami semua ex-student MRSM Kuala Lipis. Then lepas PMR, memasing bawa haluan. 
From left, Dila, sambung sekolah kat kampung.
Tikah, aku, Mc nad and Aeizin ke MRSM Kota Putra.
Bilah, stay kat MRSM Kuala Lipis.







Semoga ukhwah ni kekal selamanya. ;')


Sunday, March 9, 2014

. aisyah's wedd .



Sebulan selepas majlis tunang. Akhirnya one of my bestfriend kawen. Huuu. Nak sedih ke nak happy? Dua dua kot! Alaaa sitiii, ni baru kawan ko kawen. Tengok la Mr.E ko kawen nanti. Menangis agaknya. Kawan kamcing dari kecik tuuu. Haha. Wait and see ya!

Aku  as wedding planner haruslah sibuk. HAHAHA. Propa sangatt kau sitiii! Pukul 4 pagi tido. Tido pulak tangan berbalut pakai inai. Konon aku pakaikan inai kat pengantin. Last last aku terjebak sekali. Deng!



Semua buat sendiri. Pelamin, katil, hantaran, candy booth, guest book. prop. Gambar guest book tak hade pulakk. 100% guna idea keringgg aku. Muahahha. Cuma kerusi dan meja makan je sewa butik. ;') Wahhhh. Boleh bukak bridal dah kauuuu. HAHAHA.










Satu lagi yang memang aku suka, amek gambar dan orang amek gamba aku. Gitewwww. Koya model lah kau sitiiii.



The Geng.


Sekian. Ok, boleh dah fikir tema nak kawen nanti. Ok, poksu suka warna apa ye? ;p


Friday, March 7, 2014

. throwback. aisyah's engagement .



Throwback. Last month. One of my bestfriend got engaged! 
Lama dah sebenarnya. 31 Jan 2014. Dia tak kasi aku post pape till dia nikah sebab nak surprise kan kawankawan. Sebab apa? Sebab dia kawen dengan klasmate kitaorang. Haaa. Aku la first person tahu dia nak kawen dengan klasmate kami. Haruslahhh aku yang tahu dulu kan.

Bila dengar nama lelaki yang propose dia, i was like... errrr. shock. terkejut gila beb. Dorang tak bercinta pon. Dalam masa sebulan dorang decide nak bertunang then kawen sebulan after tunang. See? Jodoh tu datang tanpa kita duga. Hehe.





 Konon aku ni wedding planner. Phuiii. Propa sangatt. First time jugak buat pelamin. Euuuw. Aku kah ini????



Tengok tu. Tekun Mak Iti buat pelamin. Pukul 3 pagi baru dapat tido. Mata panda keesokan harinyaaa.


 Ayu gitewww. Harap harap mama poksu berkenan. HAHAHA


Hari kejadian. Aku dulu rasmi pelamin. HAHAH.



The Geng




Awakkkkk. I lap u. ;p





Thursday, February 13, 2014

. no hard feeling ~ kuwe, afiq, piji, hajar, siti :D .


Wahhh. Fuhh fuhhh. Macam berhabuk habis dah rumah aku ni haaa. Long time no see eh. Heww. Nak kata sibuk. Kerja makan tido je kat rumah. Oh, mungkin mood nak menaip tak de plus lappy pon berhabuk. Nasib baik tak de labah labah buat sarang je uols. :p

Cuti raya cina tempoh hari, bespreng aku kawen. Sobs. 3 of us. Sedih dalam gembiraaa. Yela kau, Kuwe, Piji n Ajaa dah kawen. Kau rase??? Tipuuu la kalau aku tak gelisah woi. HAHAHA. Dorang bertiga ni aku kenal sejak matrikulasi.


 

Ni diaaa bespreng aku. Gojes tak hengat uols! Mase dia tunang tahun lepas, chubby sikit, sekarang dah meletopp letoppp kurusnya. Tahniah darling sayangg. Semoga awak dengan Piji bahagia hingga hujung nyawa. Oh. Hafizee suami si Ajaa ni sama matrik jugak kot dengan aku.



Ni sorang lagi kawan aku, yang aku kenal sejak matrikulasi. Zakwan. Semoga awak dan Dila bahagia sokmo. :')

Alkisahnya Kuwe, Ajaa, Piji dan abang baju petak kat gambar bawah ni satu sekolah dulu. Aku sorang je sekolah lain. Tapiiii, budak budak mrsm kan bersaudara.... cewahhh! Kami jumpa kat matrik. Sungguh aku takkan lupa sampai mati. Setahun yang super best. Thanks uols.


dari kiri : wan mohd afiq asyraf, wan mohd hafizee, siti hajar fattyne, siti normazilla 


Kita kenal sejak 2007. Dua dua kawan saya. Dua dua saya sayangg. Congrats again awak berdua. Ops, saya pasti abang baju petak kat sebelah Piji tu sayang awak berdua jugak, kan korang bertiga satu sekolah, satu matrik dan satu universitiii. Hehe.


Sungguh aku malu malu meowww bila kawan kawan tanya bila nak kawen. Tak de tarikh dalam kepala ni haaa. Just go with the flow.  



Awak, semalam saya mintak masa awak 2 saat sebab rindu dah bergunung dalam dada. Tapi sebenarnya saya nak awak beri seumur hidup awak untuk saya. ;') #9




Monday, February 3, 2014

. congratulations, newlyweds. ;') .

*scheduled post

31.01.2014 - Ajaa
02.02.2014 - Piji
03.02.2014 - Kuwe








Barakallah. Selamat membina rumah tangga yang barakah, mawaddah, wa rahmah. Selamat menempuh kehidupan baru. 

Selamat Pengantin Baru super duper bestfriend. I wish all the best for you, Zakwan, Hajar & Hafizee. Semoga persahabatan kita kekal even memasing dah kawen. Friend till our last breath. Remember? ;')





Pandai korang pilih tarikh dekat dekat. Hee. So, tinggal berapa ketul je tak kawen lagiii? Giliran siapa pulak yeee. Jeng jeng.  

pesanan penaja : sumpah aku tak sedih. let bygones be bygones. tutup buku lama, bukak buku baru. past is past. memasing dah ada kehidupan baru. kehidupan sendiri yang kita sama sama pilih. tapi tetap kawan kan. all the best untuk awak zakwan. no hard feeling babe!


Thursday, October 31, 2013

. precious moments ♥ .



Long time no see. Berhabuk habis blog ni. Hehe. Memandangkan aku dah banyak benda nak story, banyak event yang dah lepas, so aku buat sekali harung je. :D

Meniti detik detik akhir di IPG. Banyak kenangan yang pastinya menggamit memori bila masing masing dah kerja nanti. Betul cakap Encik Rasdi, bila semua dah kerja and ada hidup sendiri, sangat susah dah nak gather dan semua ada. :) Indeed!




Disebabkan dinner dengan Jabatan Pengajian Melayu nanti ibu Rogayah tak dapat hadir, jadi, kami semua adakan jamuan khas untuk ibu. Ibu dah banyak sangat tolong kami, bersabar dengan kami. Dr. Rogayah or kami panggil Ibu, beliau pensyarah yang palingggg kerap ajar kami. Banyak sem jugak la beliau kena hadap kemalasan kami. Hiii. :P




Next. Video in da makinggg. Time ni kami tengah buat video untuk dinner JPM. Tengah-tengah panas, posing macam si sewel. Tapi layannn. 



Next. Pesta Otak Kanan. :)


Next. Hangout with rumet. Arghh. Lima tahun setengah kot tidur sebilik dengan dia. Pillow talk together gether. Rahsia luar dalam aku semua dia tahu. Dari pakwe nombor satu, hingga pakwe nombor empat. HAHA.


Next. Dinner dengan Jabatan Pengajian Melayu. Tema : Kampung. Lokasi : Pahang Club Hall. Haaa. Sebab tu kami pakat pakai kain batikk.



Next. Dinner dengan budak budak blok seroja we called it, Malam Nostalgia Kasih. Tema : Hitam Merah. Lokasi : Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis.



Next. Yang ni paling syok dan memori habiiss! Dinner with the whole PISMP Ambilan Jan 2010. Malam Persada Apresiasi. Almost 190 orang kot! Happening habisss. Tema : Elegant. Lokasi : Hotel D'Valley In.



Paling best, part beratur panjanggg, then rotate, mintak maaf and wish apa yang patut to all friends. Bukan senang nak hadap muka semua budak Sem 8 and mintak maaf then wish good luck! Woooo. Aku akan ingat sampai bila bila weh!


Budak BM kalau dah hadap kamera, perasannn tak hengat! Tak peduli kanan kiri kauuu!


So many memories. So many stupid fights. So many inside jokes and craziest moments. Everything crazy that I do always seems to happen when I'm with you. FRIENDS. ;')


To all legend to-be of IPG (belum legend lagi), I wish u all good luck! Semoga dapat posting tempat yang best. Semoga dipermudahkan segala urusan posting kita. Ingat! Kat mana pon kita posting, tetapkan hati pada tujuan asal, mendidik anak bangsa. Gain more and more pahala. :)


           ♥ I. Me. Myself.  ♥



♥ pictures of moments speaks more than thousand words. ♥


Saturday, June 8, 2013

. memorable trip .


Veryy da veryy memorable trip!

The best jamuan kelas ever!

Dah jadi trend kelas aku, hujung sem je mesti buat jamuan. BBQ dah pernah buat, main air terjun sambil berBBQ dah, prom nite dah, masak masak dah.. So, kali ni, buat kelainan sikit, BBQ (again) sambil beraktiviti lasak masakkk! Hiii. Kami buat masa study week. Sempoiiiiiiiiiii!

Here we go! LATA LEMBIK, RAUB.



Semua pergi kecuali Rossa dan Atie. Ada hal katanya. 

Kali ni, semua kerja budak lelaki buat, dari perap ayam, bawa barang, bakar ayam, hinggalah kemas-kemas, semua dorang buat. Wahh. Ohsem! Sekali sekala kannn. Sayang uolss!

Sementara menunggu ayam masak, kami the girls, poie main flying fox dulu. Tinggi baq hang. 30 kaki merentas jeram. Kena panjat bukit yang maha tinggi dulu before berflying foxxxx. Letih yang teramatttt. Haila, macam mana cikgu PJ semputttt ni! :P



Snap sekeping dua! Hee.






View dari bawah. Yihaaaaa!!..

Sumpah best weh. Masa gerak tu, aku tengok bawah. Perghhh. Cun weh! Rasa nak repeat je. 

Syok main benda ni, aku ni bukan jenis gayat kan. So, its ok la. Sebab dah biasa main flying fox kot. 1st masa kat BTN. 2nd, PLKN. 3rd, time kat matrik. Yang ni dah kali keempat. Hiii.



Aku sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!


Haaaa. Korang jangan tak tahu, flying fox ni, start dari atas bukit, lepas tu landing kat atas pokok yangg tinggiiii. Lepas tu korang kena turun guna talii.

Jangan risau, korang just pegang je tali tuh, ada orang akan turunkan korang dari bawah sana haaa. :)

Syok gila weh! Arghhh... Mau repeat!


Buat muka comel semua!!!




Lepas penat jerit jerit main FF. Kita makan then, main airrr! Plan asal nak main water raftingg. Tapi budak laki nak sewa BA or life jacket ni je. Lepas tu 'serah diri' kat arus sungai. Heee. Wahhh.. best!

Kami semua sewa BA then naik kat jeram atas sana, lepas tu, ikut je arus sungai. Tonggang terbalik tahuu! Gedebak gedebuk langgar batu. Arus deras kot. Tiga kali jugak la aku tenggelam. Nasib tak lemasss. Ganas sungguh permainan! Habis lebam lebam kaki aku. Sumpah aku tak sangka aku terjebak dengan permainan ni!

Tapi siyes best! Ikut je arus tu. Haha. Kenangan! Tapi tak semua main sebab tak berani kan. Budak laki + aku, Quya, Yu, Dila, Ada, Zura dengan Farah je gila dok layan budak laki. Tapi, ohsem! Puas hati walau lebam lebam. Heee.


See? Lepas tu bunyi.. Awww. Arghhh! Warghhh!

Sakit weh!!




Lepas gedebak gedebuk main air. Kami berkemas untuk pulang. Seperti biasa, sesi fotografi lah! Ops, lupa nak cakap, masa datang ke sini, kami semua pakai baju hitam! :)

Ops. Lupa pulak, kat Lata Lembik ni tak hadeee line fon okayy. Dulu masa kursus persediaan, kami pernah datang camping Pendidikan Luar kat sini under Jabatan Pendidikan Jasmani. Dan, kami dah pernahhh main ikut ikut arus sungaii niii. Hee.



PISMP Bahasa Melayu./ Pendidikan Jasmani

Ambilan 2010


Looking at a photo and wishing we could re-live that moment over and over again.