.

.

Monday, December 31, 2012

. Tahun Baru, 'status' pon kena update .



Ahh. Bila tahun baru, soklan yang lazim di tanya, ' azam baru ko ape?'

Heii. Bab-bab azam ni aku kureng sikitlah nak jawab beb. Bukan sebab tak de azam, tapi, ntah la weiii. Mungkin benda tu privacy kot bagi aku. Hanya aku saje perlu tahu. Cehhh. Macam la ada orang nak tahu azam aku. HAHAHA.

Tapi tahun ni aku macam open sikit. Nak share kat sini. Lantaklah tak hade orang baca pon kan. +_+


apa?

Yes! Bajet tahunan. Haa. Yang ni memang tiap-tiap tahun aku buat sejak aku bergelar seorang guru pelatih. Kan dapat elaun RM3+++ satu semester. Haruslah buat bajet. Berapa nak simpan. Berapa nak guna sebulan. Biasanya aku simpan RM15XX, selebihnya aku guna. Thanks to my Ayah yang selalu sapot bila tak hade duit. :)


 

 Tahun ni, bajet aku macam lain sikit lah. Hiii. Sebab kena saving duit untuk set bilik tidur dan cincin. Untuk ape? Haa. Korang pikir lah sendiri. Tak salah kalau kita beli awal-awal. Orang putih cakap, prepare awal-awal. Sape kata masa belajar tak boleh simpan duit? Hiii.  ^^
 



Kedua. Planner tahunan. Yang kaler hijau tu, of course lah cuti. Kaler pink, bufday my family and BFF. Forever Sixth! Kaler biru, bufday kawan-kawan rapat. :)


Harapan aku untuk setahun lagi di IPG. Aku harap, aku dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran. Semoga hati aku mampu bersabar ( hati kena bersabar? ) dan mampu menahan perasaan untuk setahun saja lagi. :)

Semoga aku jumpa kawan-kawan yang 'umphhhh' di alam pekerjaan nanti. Amin. :)


Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua pembaca blog aku dan jugak yang tak baca. :)



Happy New Year.




 

 

Sunday, December 30, 2012

. kan? .



Kuat sunggoh sep2 Utusan main angin sep kito terrr.

Tapi aku sokong kot apa yang kartun ni cakap. Heh? Uols pikir la sendiri. :)



gambar : Utusan


Saturday, December 29, 2012

. lets do it! .






sleep solves everything.




Friday, December 28, 2012

. emas .



Perempuan dan barang kemas. Perempuan dan berlian. Dorang kata, kami sinonim. Ahahaha. Tapi aku,.. aku tak suka sangat emas ni. Aku lebih suka silver, stainless steel atau emas putih. Hooo. Emas lah jugak kan.

Tapi, bila umur dah menjangkau 2X ni, rasa la jugak nak ada aset sendiri kan. Kereta, rumah, tanah tu memang la tak mampu lagi. Emas je la yang mampu aku beli setakat ni. Tu pon kedekut gila nak kuar duit. Dah simpan banyak-banyak, memang sayang la nak guna. huuu.

Kagum tengok kawan aku, Nadia, muda-muda lagi dah kahwin, (jeles tahap tinggi), lepas tu ada rumah sendiri, kereta sendiri and kerja pon bagus. Phewww. Aku pon berangan nak macam tu jugak. InsyaAllah, tak lama lagi. :)

Sebenarnya aku nak cerita pasal emas. Haha. Habis melencong plak kan. Ermm. Hari tu aku pegy kedai emas, tapi bukan nak beli cincin ke rantai ke. Tapi nak potong gelang. Besar sesangat. So, sempat la aku tinjau-tinjau barang kemas kan. Phewww... Banyak yang berkenan. Tapi, duit tarak maa. :D



gambar hiasan ||  cincin dan gelang pemberian my mom ||


Kesimpulannya, aku telah berazam kumpul duit. Tapi aku ni, dah kumpul duit, sayang pulak nak keluarkan. Acaner tu????


Thursday, December 27, 2012

. aku syakkkkk...





Musim cuti sekolah. Musim hujan. Dedua musim ni jika bergabung dan berlaku serentak, maka hasilnya = gemuk!

Percaya ke tak? Huuu. Sila percaya uols. Aku kalau kat rumah, makan kalah anak jin. Kejap-kejap ngunyah. Kejap-kejap ngunyah. Time cuti ni la nak berjalan sana sini. Bercuti. Then, konpem makan banyak punyeee. Dah tu, musim hujan, duduk kat rumah, konpem la rasa lapar aje.

Bila tak tahu aku nak kurus. Angan-angan jela. Skang, aku syak pipi aku makin tembam dan badan aku makin mengembang. = ='






Monday, December 24, 2012

. mentua vs menantu .




Pernah tak korang rasa macam ni.. Apa perasaan korang bila first time pegy  rumah bakal mentua. Biasa lah kan. Tapi apa rasanya kalau first time korang masak kat rumah mentua? Seram sejuk jugak kan? Walaupun korang dah lama kenal dengan family bakal suami koranggg, tapi, bila first time kena masak bagai, heiiii, cuak jugak weh.

Tambah-tambah kalau kat rumah memang jarang masuk dapur. Tapi kalau selalu masuk dapur pun, cuak jugak weiii. Macam-macam dalam kepala. Nak masak apa, dorang suka pedas ke tak. Dorang ni suka ke makan ni. Eh, dorang suka ke kalau aku masak macam ni.

Bukan tu aje, benda-benda remeh pon macam was-was jugak.  ' Eh, masin ke tak ni? Ke kurang garam? Nak tambah lagi ke tak? '

' Eh, air ni banyak ke ae? Kang lembik nasik aku, karang mentah pulak. '

Lepas tu empat lima kali try makanan tu, takut tak sedap. Haha.

gambar hiasan


Haa. Macam-macam hal. Biasa la, first impression kan. Mesti la nak kena buat yang the best giteew. Tapi, bagi aku, setiap orang mesti di beri peluang untuk berubah menjadi lebih baik. Tak boleh la kita terus hukum mereka bila dorang buat satu kesalahan yang kecil.

Orang selalu anggap, perempuan tak pandai masak tak boleh dijadikan isteri. Bagi aku, semua tu boleh belajar. Semua orang pun bermula dari TAK PANDAI kepada PANDAI. Kan? Benda boleh belajar, hanya perlu kesungguhan dan niat kita untuk ubah diri. Kann?


#sekadar perkongsian.


p/s : lelaki tanya perempuan, awak pandai masak untuk saya tak? kita MESTI tanya dia balik, awak boleh jadi imam untuk saya tak?  :)

Thursday, December 20, 2012

. eksiden lagi .





Accident. Kemalangan. Huh. Sungguh akuu fobia. Trauma. Sumpah beb! Aku ni kalau dah trauma. Memang berbulan-bulan lah aku ketoooor (gigil) lutut nak memandu. Kecuali motosikal. Aku memang tak pernah trauma. Sebab tak pernah alami dan kalau tengok orang eksiden pon, aku macam tak takut nak bawak motor lagi. Lain pulak kalau kereta. Trauma habisss.

Sebab apa eh? Maybe kereta tu besar? Eh. Ada kaitan ke? Serius cakap, aku suka bawak motor. Kawan-kawan aku ramai yang 'kureng' dengan motor. Alah, gegurl kan. Sopan-sopan sikit kalau pandu kereta. Tapi aku, wahh. Motor lagi best. Leh cilok-cilok. Kalau hujan baru menggagau cari kunci kereta, Ye idokkk? Hiii. Nak kata aku ganazzz, tak hade pon. Pakai swit-swit macam kaum perempuan lain kot.


Ni gambar eksiden dua hari lepas, depan UITM Machang, dekat dengan rumah aku. Punyalah terkejut. Eksiden ni melibatkan tiga buah kereta dan sebuah lori. Seorang meninggal. Kejadian betul-betul depan 7 Eleven pada pagi Selasa lepas. Lori tu terbabas langgar divider then langgar dua buah kereta. Then, kereta tu terbabas dan rempuh kereta yang parking kat tepi jalan.


Seorang yang meninggal tu kawan mak su dan pakcik aku. Mak su aku cerita, semalam (Isnin) dia ada datang kat kedai makan mak su and biasanya dia ni suka buat bising. Kalau dia (allahyarham) pergi kat kedai, mesti kecoh. Masa dia datang tu, mak su tanya la, nak minum apa, then dia cakap, 'tak de selera'..
Terkejut betul mak su aku bila pagi Selasa tu dapat tahu dia dah tak de. Ajal dan maut ni kita tak tahu bila kan. Huhu

Tapi memang la. Depan Uitm ni aku trauma kot. Huhu. Divider tu selalu jadi mangsa langgar lari. Haha. Siyes bahaya. Peringatan untuk diri sendiri supaya berhati-hati kat depan UITM tu. Semoga kejadian sama tak berulang kembali. :)





Inilah divider yang amat bahay iteuuuuwwww. Hihi. Malu pulak kalau ingat. :P
#gambar dari arah bus stand. Tempat kejadian tu depan lagi..


Kawasan depan Uitm ni selalu sibuk. Jalan besar. Highway, mesti la sibuk kan. Student Uitm memang guna jalan ni untuk melintas. Tapi, kalau kita hati-hati boleh kita elak kejadian yang tidak di ingini. Ada seorang hamba Allah ni komen, dia cakap, ' kadang2 driver lori ni macam celake'

Heloo bro! Suka hati lu je kan. Pemandu kereta pon kadang-kadang ada yang macam @#$%^&* jugak kan. Jangan la suka nak menuduh atau maki orang. :)


p/s : AES? Suka atau tidak? Tak pernah lagi aku kena saman.


Monday, December 17, 2012

. aku dan cermin ajaib .



Kau orang penah dengar tak cerita dongeng yang ada pasal cermin ajaib tuh? Snow White kalau tak silap aku. Am i rite?? Namun aku bukan watak jahat tu. Aku baik tahu. ^^

Aku ni suka sangat ambik gambau depan cermin. Ahakss! syok sendiri seh. SS kata koo. Antara sebab-sebab aku suka amek gambau kat cermin ni SEBAB, tak hade orang nak ambik gambau hakuu! Sadis uols! Sobsob..


Antara tempat-tempat spot...
 #tolong picit butang X kaler merah kalau kau orang mula menyampah.


1. CERMIN HOSTEL


 
Before keluar, wajib dah lalu depan cermin ni sebab ni lah satu2 jalan untuk keluar dari blok. So, tiap kali nak gi kelas or keluar, acara WAJIB ialah MESTI pandang cermin. Walaupun before keluar bilik, dah 34 kali tengok cermin kan. Bila sampai kat sini, CONFIRM pandang cermin walau sekilas pandangg. Cewahhh.



See? Hah. Tol WAJIB. Haha.


2. CERMIN KAT RUMAH


Cermin depan bilik. Tempat yang cukup PRIVACY untuk syok sendiri. Haha.  :p




Cermin kat ruang tamu. Tempat fevret sebab di kelilingi oleh tingkap yang menyumbang cahaya supaya aku nampak lebih PUTIH. Hewhew..



Kann? Nampak sangat cahaya dari luar tuuu!



Ok. Untuk 'cover' yang aku ni syok sendiri, aku ajak la Yana skali. Haha.



Oh mann..! Cerminnya kotor bangat dehhh. Sila cuci!
 


Ok. Cermin dah di cuci!



Alamak! Cermin kotor balik!
#kalau cermin ni boleh bercakap macam cermin ajaib tuh, mesti dia menyampah kann? :P

Boleh katakan tiap kali nak keluar rumah, aku akan amek gambar. Hoho. Parokkkks!


3.  CERMIN KAT MALL / KEDAI




Standard la kan, kat kedai-kedai skang banyak dorang letak cermin kat dalam kedai. Bukan fitting room tau, kat dorang display barang-barang tu. Haa. Tanpa segan silu je snap-snap. Haha. 


Wif gegurls. Ni kat KBMALL. Kat tempat jual jeans tu. Haa. Akak tu tengok je kami dok snap-snap. Konon belek-belek jeans. Padahal nak amek gambau. Lepas snap, terus belah. Hewhew.. MaaP kak!

#masa ni aku tembam gile. hoi!

4. FITTING ROOM

Ahaa. Tempat FEVRET kot. Alah. kau orang pon mesti biasa buat kannn? Haha. Jangan tipu k. Deng! 

Aku ada banyak koleksi gambar dalam FR ni. Dengan kawan-kawan pon hade. Kau pernah masuk FR bertiga? Haa. Gilak lu. Try-try baju sambil amek gambau. Hiii.
 


Kekadang baju yang try tu aku beli. Kekadang try je. Amek gambar je lebih seh. T_T


Nampaknya bila aku dah ada rumah sendiri nanti, WAJIB lah aku letak cermin besar-besar macam kat rumah NADIA! Mesti!

Untuk pengetahuan korang, Nadia ni kawan sekolah guwa. Rumah dia sangat awesome tahu!


p/s : sori la. aku tetibe syok sendiri melambakkan gambau sendiri. Ngeh3



Saturday, December 15, 2012

. bayar bil .



Sejak akhir-akhir ni, bil BB aku melambung dengan tinggi. Kalau masuk olimpik, dapat pingat emas kauuu. Huhu. Awatnye la banyak bebenor bil ni. Haish. Nasib baik ayah aku baik hati. Dia yang bayar bulan-bulan. Nanti dah kawen. encik suami lah pulak bayarkan ae? ^^




Aku syak, adik-adik aku yang 'kerjakan' bb aku nih. Sebab time aku cuti je bil bb ni naik dengan mendadak. Laju macam EVO 10. :P
Tanya sorang-sorang, tanak ngaku.  Tak hape. Aku sorokkkan bb pasni. Hahaha.


#sori eh. tajuk entry tidak berunsur lucah. :P

Monday, December 10, 2012

baru kau tahu apa itu erti penyesalan




Yuhhhu. Hari ini dalam sejarah, lama gila aku tak update blog. Biasanya, kalau aku ada kat luar kawasan, aku dah stanby siap-siap scheduled post.  Tapi kali ni, ak biar cenggitu je. Kuikui. FB pon lame tak bukak. Lappy pon berhabuk. Fon 2 3 hari tak caj. On kejap-kejap sudah. Ini baru di namakan Percutian yang penuh dengan PRIVACY. Kihkih.

 Kenapa la cuti-cuti cenggini la mud nak swing. Ada je benda nak spoil. Sokay. 2 minggu aku hilang. Baru hang tau apa itu erti penyesalan  kan? Kihkih. Kalau sorang kat utara, sorang kat selatan. Macam ni la jadinya. So, baik aku cari yang dekat-dekat aje. Kehkeh,




gambar hiasan



Kononnya cuti ni, aku nak la sambung lesen kete. Tapi, tak jugak. Banyak benda la nak kena buat. Banyak benda nak kena setel. Hmm. Nak buat macam mana, bercuti aje. Lepas cuti, tak hade duit. Nak mintak ayah? Malu seyh. Pergi bercuti pon ayah sapot. Pergi dating pon dengan ayah. Apa kes?  Pokai tahap gila dah neyy bro. Hahaha.

 Tak hape la. Tak hade lesen bukan bermakna tak boleh bawak kete. Kihkih. Sampai Johor pon boleh bawak. #bernasib baik kau tak kena saman# . Kalau panjang umur. Kau test. Alah, tinggal test je. :P
Ayah aku dah bebel-bebel dah. Sampai bila nak jadi pemandu haram,. Muahahaha. :P



Utamakan perkara yang paling penting daripada perkara yang penting. :-)